Resepi Ayam Masak Kunyit Tiru Cara Che Nom: Sedap, Garing & Sangat Mudah

Siapa yang tidak kenal dengan sosok bernama Che Nom. ikon masakan digital negara yang sentiasa berkongsi resepi-resepi masakan yang menjadi dan lengkap dengan petua? Pasti anda kenal dan ingat Che Nom yang sentiasa muncul di papan muka youtube. 

Antara menu simple tetapi sangat membuka selera yang sering menjadi pilihan ramai ialah Ayam Masak Kunyit

Walaupun nampak mudah, ada beza antara ayam masak kunyit yang biasa dengan versi Che Nom - terutamanya dari segi tekstur ayam yang ranggup di luar, lembut di dalam serta kombinasi rasa gurih dan manis semulajadi daripada jus sayur-sayuran.

Jom ikuti resepi dan langkah-langkah mudah di bawah!


🛒 Bahan-Bahan Utama

1. Bahan Perapan Ayam:

  • Ayam: 500 gram - dipotong kiub atau potongan bersaiz kecil

  • Serbuk Kunyit: 1  hingan 1 ½ sudu besar

  • Garam: 1 sudu kecil - secukup rasa

  • Tepung Jagung: 1 sudu besar - Rahsia Che Nom supaya isi ayam lebih garing dan juicy! 

2. Bahan Tumisan & Sayuran:

  • Bawang Besar / Bawang Holland: 1 biji - dihiris bulat

  • Bawang Putih: 3 ulas - diketuk atau dicincang halus

  • Halis: 1 inci - dihiris memanjang atau halus

  • Cili Besar Merah / Cili Padi: 3 - 5 biji - dihiris 

  • Kacang Panjang: 4 - 5 urat - dipotong sepanjang 3 ke 4 cm

  • Bunga Kubis: Mengikut selera - dipotong kecil (lagi banyak, lagi sedap)

  • Minyak Masak: digunakan umtuk goreng ayam dan juga menumis

🍳 Cara Masak Langkah Demi Langkah

Langkah 1: Perapkan Ayam

  1. Bersihkan isi ayam dan toskan sehingga betul-betul kering.
  2. Masukkan serbuk kunyit, garam, dan tepung jagung.
  3. Gaul sebabti dan perak sekurang-kurangnya 10-15 minit.

Langkah 2: Goreng Ayam

  1. Masukkan minyak masak secukupnya ke dalam kuali dan panaskan beberapa minit.
  2. Masukkan ayam yang diperap tadi dan goreng pada api sederhana besar.
  3. Masak sehingga lapisan luar kelihatan keperangan dan garing.
  4. Apabila ayam sudah masak, angkat dan toskan.
Petua: Jangan goreng terlalu lama supaya isi ayam tidak menjadi keras atau garing. 

Langkah 3: Menumis Sayuran

  1. Ceduk keluar separuh daripada minyak bekas gorengan ayam dan tinggalkan anggaran 2 - 3 sudu besar untuk menumis.
  2. Masukkan bawang putih, halia, dan cili, kemudian tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bunga kubis, kacang panjang serta ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang Holland.
  5. Kacau sekejap di atas api selama 1 - 2 minit sahaja supaya sayur kekal ranggup.

Langkah 4: Siap Untuk Dihidang!

  1. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa tambahan jika perlu. Mengikut selera anda.
  2. Matikan api dan sedia dihidang ke dalam pinggan.

💡 Tips Tambahan Rahsia Che Nom:

  • Tepung Jangung: Menambah 1 sudu tepung jagung dalam perapan membantu menyerap kelembapan isi ayam, sekaligus menjadikan bahagian luarnya garing apabila digorengan tanpa mengeringkan bahagian dalam.

  • Kawalan Api: Pastikan api besar semasa memasukkan sayuran ke dalam kuali supaya sayur kekal segar dan ranggup, warna hijau cantik dan tidak terlalu layu atau lembik!


🍽️ Cadangan Hidangan

Ayam Masak Kunyit style Che Nom ini paling padu bila dimakn bersama:

  • Nasi putih panas-panas
  • Telur mata kerbau - kuning telur separa masak / cair
  • Sambal belacan atau dengan kicap lemak manis. 

 
Selamat mencuba! Jangan lupa untuk share artikel ini dengan rakan-rakan anda yang suka masak hidangan ringkas tetapi padu dan sedap!


Ulasan

Ikuti perjalanan saya di Instagram

Popular Posts

Panduan Lengkap Hiking di Kemaman: 7 Best Spot Hiking Wajib Cuba Bagi Pencinta Alam

Rabiatul Adawiyah

Maka diciptaNya Adam dan Hawa

Resepi Nasi Goreng Ikan, Menu Tradisional Terengganu Yang Sedap & Padu