Showing posts with label Curhat. Show all posts
Showing posts with label Curhat. Show all posts
Assalamualaikum

Salam Ramadhan. Hari ni hari kedua kite semua berpuasa. Harapan hari kedua ini kita akan lagi bersemangat untuk meneruskan ibadat puasa dengan lebih cemerlang dari hari semalam.

Ada seorang rakan facebook share video ni. Menarik sungguh.



Tiada apa yang Cik Suri mahu katakan. Tapi Cik Suri berasa bangga, seperti yang Cik Suri sedia maklum. Negara Korea bukanlah negara yang orang beragama Islam ramai. Tetapi, kita semua kena tahu dan  sedar, agama Islam sedang berkembang di sana. Alhamdulillah.Syukur nikmat agama fitrah yang Allah berikan kepada kita.

Selamat Berpuasa
Wassalam

RAMADHAN

by on July 11, 2013
Assalamualaikum Salam Ramadhan. Hari ni hari kedua kite semua berpuasa. Harapan hari kedua ini kita akan lagi bersemangat untuk menerus...
Assalamualaikum

Tajuk entry kali macam keputusan pengundi tempoh hari pula. Wake up call for Barisan Nasional. Kebangkitan generasi muda. 

Tapi, entry Cik Suri kali ini tidak ada kaitan dengan election tempoh hari ya. Sudah basi hal-hal mengundi itu. Apa yang penting kita kena move on untuk memajukan diri sendiri. Usaha tanpa jemu dan terus berusaha. No one can help us kalau bukan kita yang lakukan sendiri.

Wake up call untuk Training Manager Cik Suri. Bukan Cik Suri sengaja ingin mencari fasal dengan dia. Tapi just nak bagi reminder dekat dia. Lagi pun Cik Suri sudah ingatkan sebulan yang lepas. Dia lagi suka mengambil jalan sambil  lewa. Bila Cik Suri hantar email and cc to Quality Director in Singapore, baru menggelabah tidak tentu fasal. Barulah hendak bising dan mula menempel dekat Cik Suri. Malas hendak tolong!!!

Lepas itu, bukannya dia menjawap issues yang Cik Suri bangkitkan, tetapi dengan professionalnya dia lebih suka mengatakan ada gapping between me and him. What the hell. Kerja aku siap kut. My intention is to remind you about our QMS system and to complete the filing system. Kalau sudahnya record delayed sejak dari January lagi, apa yang kau buat. Do nothing but talk to much.

Inilah orang kata, bunyi banyak kerja tidak jalan. Bukan satu dua benda yang Cik Suri remindkan dia, tapi tiada tindakan yang diambil. Banyak weii...!!! 

Tak tahulah apa yang dia buat dekat dalam bilik tu. Bila jawab phone call, baru nak keluar bilik dan ulang alik depan kita orang sambil cakap kuat-kuat. Kalau cakap dalam bahasa Melayu atau English, still accepted. Sudahlah cakap bahasa Urdu *bukan Urdu tapi Hindi*, lepas itu buat gelak kuat-kuat. Sooo annoying.

Cik Suri tidak faham betullah dengan orang-orang atasan ini. Yang buruk still nak simpan, yang elok dibuang macam itu sahaja. Tiga minggu lepas dengan senangnya CEO kami turun datang ke office sini dan terminate our Operation Manager macam itu sahaja. Notice 24 hours. Kesian dekat dia. Dialah harapan kami untuk melihat satu perubahan dalam company ini. Tapi, tiba-tiba harapan itu hancur begitu sahaja. Ibarat debu hilang ditiup angin. Keadaan kembali seperti mula-mula Cik Suri masuk sini. Tidak teratur. Sadisnya!!!

Tiada apa yang mampu Cik Suri lakukan. Teruskan bekerja sahaja, lakukan selagi perlu. Cik Suri perlukan perubahan juga. I have to move on, for a better future and to develop my skills and career. I don't see my future here. I just like memperhambakan diri untuk kepentingan dua ekor makhluk perasit ini. Kesiannya!!!

Selamat Malam dan...
Jangan lupa, Senyum Sokmo :)

Wassalam

WAKE-UP CALL

by on May 28, 2013
Assalamualaikum Tajuk entry kali macam keputusan pengundi tempoh hari pula. Wake up call for Barisan Nasional. Kebangkitan generasi muda....
Assalamualaikum

Dah dinner semua. Cik Suri hari ni just makan burger jer. Tu pun mak yang pergi beli dekat town sana. Sambil-sambil dia nak beli ubat, singgah kejap gerai burger. So malam nih, kite orang dinner dengan burger jer. Tak kisah pun sebab kadang-kadang if Cik Suri terasa nak makan burger, sanggup rempit motor ayah pergi beli dekat rumah jiran tu. Biar pun dah malam. Sanggup weiii...

Semalam, hari Ahad on the way nak pi keje. Kete Cik Suri kena langgar dari belakang. And, u know what. My manager yang langgar. Ala...ingat tak I pernah cite pasal manager from India tu. Dia lah yang langgar. Angin satu badan. Dah la I tak suka kat dia. Tup-tup die tak pasal-pasal sondol kete kite dari belakang. Calarlah sikit Si Sunan kesayangan Cik Suri. Nasib baik tak banyak. Tapi, bengang jugak la dengan si bangla tu. Cik Suri turun dari kete, saja mahu tengok sape yang langgar. Alih-alih, tengok bangla nih. Dia siap boleh tunjuk tanda tumb up. What the heck!!!Ko langgar aku kut!!! Okey, kite settle dekat office.

Setiap pagi Cik Suri kena pergi dekat site office for daily meeting a.k.a toolbox meeting. So, we meet there. You know what, lepas je I parked kereta. Turun and dia dah siap tunggu dekat kete dia, and boleh tunjuk dekat I, nak bagitau yang kereta dia rosak teruk. Teruk sikitlah dari kereta Cik Suri nih. Bengang lagi. Cik Suri pun jalan terus, buat dunno jer... Konon nak tunjuk sakit hati ah. Ha Ha Ha...Padan muka ko.

Dia pun takde nak cakap, nak bayar ke apa. Claim for repair or what. He say nothing. Even to say SORRY.

Bengang.

Habis je meeting, Cik Suri terus balik ke office. Terus cite dekat Account Manager, Mr. K. Kebetulan pulak, bos telefon. Apa lagi, Mr. K ni pun citelah dekat bos. Bos cakap suruh slow talk with that bangla and settle it nicely. Cik Suri panas baran sikit. So, tak tau nak settle macam mane.

Sambil-sambil breakfirst dekat office dengan makanan yang dibeli dekat kantin tu. Tak de selera and mood nak makan. Tetiba, si bangla tu masuk office then terus come to me. He ask me to go to workshop and settle my car. I just say okey and then my officemate suggest me to do it by myself and claim bill from him. So, I told him that way and he agreed. Settle but till now I didn't go to the workshop to settle up my car. Malas la!!!

You know what?!!!
Actually dia kena marah dengan bos I. So, that's why lah die beria-ia nak repair kete I tu. And, today, dia tanya lagi dah pergi repair belum. Because tomorrow bos balik dari outstation. Takut kena marah la tu. Ha Ha Ha. Again....

Tapi hari ni, Cik Suri rasa macam malas pulak nak pergi repair and claim from him. Sebabnye kete cik suri calar sikit je tapi nampaklah buruk sikit sebab dah terkopek cat kereta tu. Dalam RM 300-400 jugak lah kata officemate. Cik Suri bukan reti pun bab-bak repair kereta nih. Silap-silap nanti Cik Suri pulak yang kena kencing dengan pomen nanti. Huhuhu :(

KENA LANGGAR

by on March 11, 2013
Assalamualaikum Dah dinner semua. Cik Suri hari ni just makan burger jer. Tu pun mak yang pergi beli dekat town sana. Sambil-sambil dia...
Assalamualaikum

Dulu cita-cita Cik Suri hendak menjadi seorang doctor. Puas belajar tapi nak buat macam mana tidak tercapai juga impian untuk menjadi doctor. Tapi saya sangat bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada saya untuk belajar dalam bidang geology. Mungkin memang Allah tetapkan bukan rezeki untuk menjadi seorang doctor, tapi bukan rezeki juga untuk menjadi geologist yang berjaya.


Entahlah. Sejak dua-tiga hari ini fikiran tidak selesa. Selalu memikirkan tentang sesuatu. Mungkin kerana Cik Suri di"suspect" menghidap penyakit itu. Jadi, mula rasa menyesal, dulu tidak serius belajar untuk menjadi seorang doctor. Mungkin dengan menjadi doktor sekurang-kurangnya dapat tau serba sedikit tentang sakit dan penyakit.  

Takut ke?!!!

Tak tahu. Cuma fikiran macam masih belum positive untuk memikirkan tentang itu. Walaupun, pernah Cik Suri memujuk hati ini "Bukan aku seorang sahaja yang sakit. Ramai lagi. Allah memilihku untuk menjadi salah seorang daripada mereka".

Kalau Cik Suri jadi doktor pun, mampukah diri ini mengubati diri sendiri. Benda macam ni memang tidak kita duga kerana semua itu ketentuan Allah. Sesungguhnya bila Allah berkata, " Kun, fa yakun". Jadi maka jadilah. Cik Suri kena ingat, setiap kejadian itu adalah atas kehendak Allah. 

Jadi, Cik Suri REDHA.
Redha dengan seikhlas hati ini.

Dan...

Ya Allah, kuatkan hati ini.

Sekadar menulis untuk tenangkan hati.

Doctor

by on February 28, 2013
Assalamualaikum Dulu cita-cita Cik Suri hendak menjadi seorang  doctor . Puas belajar tapi nak buat macam mana tidak tercapai juga impi...
Assalamualaikum

Hai...Nama saya Pok Yen. Tapi Cik Suri telah tukar name saya kepada Abe Galok. Sungguh kejam Cik Suri!!!
























Ah'ha...
Inilah dia kucing yang nakal, Mr. Pok Yen. Name dia Pok Yen sebab bulu dia berwarna oren dan juga matanya yang sama colour dengan bulu die. 

Tetapi,
Malang nasibnya, kerana Miss Suri telah menukarkan nama dia kepada Abe Galok. Kenapa? Why? Why she change my name?!!!
Padan muka mu Pok Yen. Siapa suruh galak sangat, kan dah dapat gelaran Abe Galok. Hehehehe...
Saya tukar nama dia ni bersebab tau...

Nak tau kenapa....
Sebab dia ni aktif sangat. Suka menikus. Suka acah-acah nak cakar orang. Suka kejar orang. Suka kacau orang. Suka masuk dalam selimut orang. Suka naik atas badan orang. Suka tidur dekat punggung mak kita. Suka curi ikan mak kita. Suka tidur dekat katil kakak kita. Suka kacau orang main laptop. Suka tarik tali mouse. Suka tarik tali headphone kita. Dan yang paling penting, suka cakar kaki kita yang tengah berayun atas kerusi sambil tengok cerita drama Korea Selatan. Kacau betul. Terkejut Cik Suri tau!!!

Galok kalau dalam loghat Terengganu banyak maksudnya. Biasa kita akan kata, galak tu gatal, salah satu maknanya. Satu lagi, galok bermaksud aktif, suka bermain ke hulu ke hilir dan juga bermaksud gediksss!!!
Hahaha...Pok Yen gediksss!!!

Pok Yen seekor sahaja yang masih tinggal. Asalnya, Pok Yen ini ada empat beradik iaitu Pok Yen, Pok Tam, Tompok dan Putih. Tapi, biasalah anak kucing, umur dia orang tidak panjang. Ada yang mati sebab kurus sangat. Tak cukup susu. Asyik Pok Yen minum. Kesian adik-adik dia kelaparan, Tompok dan Putih mati tidak cukup susu. Yang si Pok Tam mati sebab kecacingan. Tak tau macam mana boleh sakit kecacingan. Tapi, Pok Tam memang kurus dan kurang makan. Dia pun jarang minum susu ibu dia.

Akhirnya, tinggallah Pok Yen. Senang-lenang duduk dekat rumah. Siang tidur, malam pula kacau orang tidur. Ataupun kacau cicak dekat tingkap dapur atau ruang tamu kalau dia tidak ada kerja hendak buat. 

BOYEN, SI ABE GALOK

by on February 27, 2013
Assalamualaikum Hai...Nama saya Pok Yen. Tapi Cik Suri telah tukar name saya kepada Abe Galok. Sungguh kejam Cik Suri!!! ...

Ad Code

Responsive Advertisement