Monday, January 28, 2013

::MAULIDUR RASUL::

Assalamualaikum…

Salam Maulidur Rasul Semua…Salam Hari Kekasih Allah...walaupun dah lepas beberapa hari…tetapi masih lagi ada siaran-siaran tv yang menayangkan ceramah-cerah tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w, nabi kesayangan kite semua…
In Shaa Allah…

Sayu hati setiap kali mendengar ustaz-ustaz di kaca TV menceritakan kisah-kisah suka duka Rasulullah s.a.w.

Sedih. Menghayati tiap-tiap patah kata-kata yang diucap. Membayangkan betapa peritnya pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam usaha untuk menegak kan Islam yang Agung ini. Subhanallah…

Membayangkan diri ini, jika diletakkan pada zaman itu. Adakah diri ini tergolong dalam kumpulan Islam yang baru ingin bersinar atau tergolong di kalangan kaum-kaum yang kencang membuat ancaman kepada kumpulan Islam. Mampukah diri ini berjuang mempertahankan Islam ataupun diri inilah yang akan melakukan kekejaman terhadap orang Islam. Allahu Akbar. Timbul perasaan takut. Takut untuk membayangkannya. Ya Allah!!!

Ingin sekali berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Bagaimanakah rupa Rasulullah s.aw. agaknya. Mesti raut wajah sinar bercahaya dan tenang hati memandang. Budi pekerti sungguh mulia, kasih sayangnya tiada tandingan.

Dalam diri setiap umah Islam telah ada Rasulullah s.a.w. Telah ditinggalkan kepada kita, kasih sayangnya, akhlaknya, Cuma kita perlu mempertahankannya dan menghidupkannya dari sunah yang telah ditinggalkan untuk panduan kita.


Andai kata ditakdirkan ajal menjemput cepat atau lambat, Ya Allah, matikan lah aku dalam agama-Mu, Islam.

No comments: