Aku Ingin Berjaya Seperti Orang Lain
Assalamualaikum …
Entry yang kedua untuk ari nih…
Post di FB pagi tadi : “Apa yang
cuba disampaikan tidak tersampai tetapi menjadi satu salah faham~Aku tidak
layak menjadi pakar motivasi~”
Ini semua gara-gara salah faham budak-budak operation dengan apa yang
aku cuba sampai kan…
Hasilnya, di kalangan mereka berasa hati dengan kata-kata itu…huhuhu…
Nampaknya, terpaksalah aku ambil kelas berkomunikasi dengan
betul dan berkesan…
Jadi,
Aku buat lah sikit research apa yang aku cuba bagitahu pada
mereka. Boleh rujuk pada item no 2.
Esok aku akan share artikel nih untuk mereka…
Harap dapatlah
menjadi pekerja yang bertanggungjawab pada diri sendiri yang pentingnya…InsyaAllah!!!
Kita tidak perlu malu untuk meniru bangsa lain, jikalau kita semak
bersama point-point di bawah sebenarnya di dalam diri bangsa sudah ada pada kita. Hanya sekarang ini tanpa kita sedari ia sedang tenggelam oleh keangkuhan dan
dihanyutkan dengan budaya kebendaan.
MALAHAN HAMPIR SEMUA AMALAN INI ADALAH
AKHLAK YANG PERLU DI MILIKI OLEH ORANG ISLAM
Berikut 10 resepi maju yang patut kita contohi dari tingkahlaku
orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari bangsa kita ini;
1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara
purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi jika dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman
(1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Seorang pekerja di Jepun dapat
menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain
memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja
Jepun boleh dikatakan boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh
5-6 orang. Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di
Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan”
oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat
pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana
kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun
menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan
kemakmuran Jepun boleh tercapai.
2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri
dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai, iaitu
ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit
berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat (menteri, politikus,
dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan
negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala membunuh diri, kerana
keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas. Kerana malu jugalah,
orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan semasa beratur. Mereka
secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti
pembelian ticket, masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, menaiki bas,
bahkan untuk menggunakan tandas awam. Mereka beratur rapi menunggu giliran.
Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan
ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.
3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam keseharian. Sikap anti
konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan
orang Jepun ramai belanja di supermarket pada sekitar jam 19:30. Ini kerana
sudah menjadi perkara yang biasa bahawa supermarket di Jepun akan memotong
harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup. Seperti
diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00. Contoh
lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak
jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun
yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih
berjimat menggunakan bas. Ruangan pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak
tanah yang berbau, padahal sudah cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan
panas. Alasannya ternyata satu, minyak tanah lebih murah daripada elektrik.
Professor Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan
mahasiswa-mahasiswanya.
4. SETIA
Setia membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit
berbeda dengan sistem di Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang
bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan
sampai pencen. Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan
hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik
sendiri sesuai dengan bidang (core business) perusahaan. Bandar Hofu mungkin
sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan
dengan penduduk yang terlalu padat. Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan
(tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja keras
siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden.
Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran
kendaraan mencapai 160,000 setahun.
5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam
mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati
oleh masyarakat. Menarik membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony
Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh
perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah
model portable sebagai sebuah produk yang meletup selama puluhan tahun adalah
Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu. Sampai tahun 1995, tercatat
lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta
produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya
dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat
mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan murah. Kereta yang
dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih
jimat bahan bakar. Perusahaan Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan
sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan mesin pembuat
rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang
berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka
International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery)
berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.
6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang
menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke
luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi. Ketika pemulihan Meiji
(meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner.
Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya
menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun
berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima
dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan
adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis. Dalam beberapa
tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan
juga keretapi laju (shinkansen) . Mungkin cukup menakjubkan bagaimana
Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari
perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula
dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini.
Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk
Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi
legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang Cukup unik bahawa ilmu dan teori
dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama
shippaigaku (ilmu kegagalan).
7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta
elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca
buku atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang
memanfaatkan waktu di densha untuk membaca. Ramai penerbit yang mula membuat
komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah. Pelajaran Sejarah, Biologi,
Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin
tinggi. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses
penerjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).
8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat
individualistik.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan
tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti
itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan. Kerja
dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah
yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang
professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat
mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”. Mesyuarat atau muafakat
atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan
strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.
9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari.Di Jepun setiap kanak-kanak
dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap
barang miliknya sendiri. Semasa di kolej hampir sebagian besar tidak meminta
belanja daripada ibu bapa mereka. Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah
dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang
kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.
10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi
dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih
ada dan hidup sampai sekarang. Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang
Jepang.Sehingga zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak”
untuk apabila mendapat tawaran dari orang lain. Pertanian merupakan tradisi dan
aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan
Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah Jepang untuk
melindungi para petaninya.
Mungkin seperti di atas 10 resepi berjaya yang dapat
dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir kesemuanya resepi orang Jepun diatas,
hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik.
Kita yakin ada faktor
“kesilapan teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan
ekonomi. Mari kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini.
Kita juga harus tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang
baik kita ikut tapi yang buruk kita hindari.
AKU TIDAK LAYAK MENJADI PAKAR MOTIVASI
by
Suri Suriyani
on
November 21, 2012
Aku Ingin Berjaya Seperti Orang Lain Assalamualaikum … Entry yang kedua untuk ari nih… Post di FB pagi tadi : “Apa yang cuba d...