Catatan: Menggamit Kenangan Buah Keranji, Mengaji dan Masjid Rusila
"Sorong papan, tarik papan,Buah keranji di dalam perahu,Suruh makan, aku makan (banyak pulak tu),Suruh mengaji aku tidak mahu."
Siapa berani balas, Cik Suri jual pantun ni!
Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi singgah blog Cik Suri yang suam-suam kuku ini. Harapnya setiap perkongsian di sini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Apa kaitannya pantun popular ini dengan kisah buah keranji, mengaji, Tuan Guru Haji Hadi dan Cik Suri? Jom ikuti coretan nostalgia kali ini.
Menggamit Kenangan Kanan-Kanak di Marang, Terengganu
![]() |
| Beginilah rupanya buah keranji yang saya beli di pasar berhampiran dengan Masjid Rusila, Marang. |
Mengimbau kembali sekitar awal tahun 1990-an, ketika itu saya baru berusia lingkungan 5 tahun. Saya ketika itu dijaga oleh Tok dan To'ki yang menetap di Marang, Terengganu.
Menjadi rutin wajib kami setiap pagi Jumaat untuk pergi ke majlis ilmu di Masjid Marang, atau lebih dikenali sebagai Masjid Haji Hadi (Masjid Rusila). Kawasan masjid memang sentiasa penuh dengan penduduk tempatan malah ada yang datang dari jauh demi menuntut ilmu akidah, sirah dan akhlak.
Masih segar dalam ingatan, Tok akan membawa tikar mengkuang untuk kami duduk santai di bawah pokok nyor (pokok kelapa) sambil mendengar ceramah.
Siapakah Tuan Guru Haji Hadi?
Masa kecil dahulu, saya tidak mengenali siapa pemilik nama besar yang selalu disebut-sebut oleh Tok dan To'ki sehinggalah apabila dewasa, barulah saya faham bahawa beliau merupakan seorang agamawan tersohor dan seorang ahli politik.
Masjid Rusila sebenarnya dibina oleh ayah beliau sebagai pusat pengajian Islam. Di situlah tempat bermain dan tempat saya menikmati buah keranji yang dibeli oleh Tok kepada saya setiap kali menjelang hari Jumaat. Rindunya zaman kanak-kanak!
Nostalgia Buah Keranji Dalam Perahu
Bercakap tentang buah keranji, sudah lama benar saya tidak memakannya walaupun buah ini sebenarnya mudah didapati di pasar berhampiran dengan rumah saya. Cuma entah mengapa, kali ini tekak tiba-tiba teringat penangan buah kegemaran zaman kecil ini.
Sudah lama betul saya tidak makan buah keranji ini. Kali terakhir saya makan buah keranji ini pada tahun pertama masa belajar di UKM. Makan buah ini semasa pergi projek kerja lapangan Jalur Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung. Buah keranji ini memang sedap, rasanya lembut seperti kapas.

Info Ringkas Tentang Buah Keranji:
Bagi generasi moden yang mungkin kurang mengenali buah yang hampir pupus ini, sedikit info untuk pengetahuan anda:- Nama saintifik: Dialium laurinum
- Ciri fizikal: Kulitnya berwarna hitam kekelabuan, manakal isi di dalamnya berwarna oren, bertekstur seperti span, dan mempunyai rasa manis-manis masam yang sedap.
Inilah kisah buah keranji dalam perahu yang berjaya menggamit memori lama. Anda pula ada kenangan tersendiri dengan buah keranji?
Jemput kongsi di ruangan komen!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan