Assalamualaikum

Annyeonghaseyo. Haiii...!!!
Tetiba terkeluar bahasa korea pula but i likeee. Cik Suri bukan di Korea Selatan sekarang ini tetapi Cik Suri berada di guesthouse negara Singapura. 

Kali ini, hadir untuk training API Standard 9th Edition. Tersangat boring kerana tiada partner yang sekepala macam tahun 2012 lalu. Sudah masuk hari keempat Cik Suri berada di Singapura ini. 

Sejak sampai ke sini hari Ahad lepas, tidak sempat pergi ke mana-mana lagi. Housemate pula sejenis yang pasif. Tidak mahu keluar jalan-jalan, enjoy the time and takes some photos sebagai kenangan. Tidak berjiwa remaja betul.

Hendak ajak si Ridhuan, dia pula nampak macam tidak mahu berkumpul dengan Cik Suri sekarang. Tahun 2012 lepas, dialah yang menjadi kepala yang mengajar kami bukan-bukan. Sakan kau bawa Cik Suri dan tiga lagi awek ke sana, ke mari. Kali ini tiada cewek cun, terus kau lupakan aku, ya. Kau hendak kena, mas ridhuan. Tiba-tiba bersinetron Indonesia pula. Maklumlah Ridhuan itu staff dari Jakarta. Pacar yang senyum manis berbaju kelabu di belakang itu.


Actually, Cik Suri tinggal bersama Barbara dari China dan seorang lagi staff dari Thailand, Som, namanya. Barbara ini seorang yang gila shopping dan dia datang ke singapura seminggu lebih awal dari Cik Suri. She is very shopahollic. Semua benda dia hendak beli. Pantang nampak perkataan "SALES", "PROMOTION", mesti dia terus meluru masuk ke kedai itu dan berbelanja. Wahhh....banyak betul duit dia. Almaklumlah, isteri boss untuk branch China.


Hari kedua Cik Suri pergi ke Tampiness Mall, mencari makanlah kekonon. Ya Allah, susahnya hendak jumpa kedai yang menjual makanan Halal. Padahal, first day datang sini, Kak Rosnah, staff HQ telah bawa Cik Suri ke Tampiness dan tunjukkan tempat untuk makan. Tetapi Cik Suri terlupa mana satu kedainya. Terpaksalah bungkus McDonald dan bawa makan di food court yang mana satu pun tiada jual halal food. Naik loya tekak ini, tetapi terpaksa cover sebab dua orang nyonya ini mau makan mee yang ada daging babi.   


Salah satu makan yang wajib kena ada. Buat alas perut time lapar. No choice. Pada asalnya rasa ragu-ragu juga dengan instant noodle ini. Tapi, tetiba ternampak tanda halal, pantas tangan terus grab 2 cup for standby.

Belum sempat hendak pergi beli souvenir untuk family and friends. Sedihnya. Hendak pergi jalan-jalan seorang diri terasa takut pula. Takut sesat dan masa yang free hanya waktu malam sahaja. Pening kepala memikirkannya sebab belum sempat beli cenderamata lagi.


Gambar di atas Cik Suri hendak tunjukkan yang beg Cik Suri rosak. Sebabnya servis Firefly yang sangat teruk. Masa Cik Suri berada departure lobby, Cik Suri nampak diorang sedap sahaja campak beg-beg kita ini ke dalam perut kapal terbang. So, inilah hasilnya. Geram betul di dalam hati. Nasib baik beg ni murah and sudah lama beli di Langkawi dulu. Nampaknya, kena beli beg baru.


Ini adalah kali pertama Cik Suri naiki kapal terbang. Katanya Firefly tambang murah, tetapi kena juga dalam RM650 pergi dan balik. Murah sangatlah, kan. Kalau naik Airasia atau MAS, sah-sah mahu kena dekat seribu ke atas juga. First time naik flight, seorang diri pula. Ingatkan rasalah berdebar atau nerbes ke atau takut ke. Rupanya tidak rasa apa-apa pun. Tetapi bila sudah sampai cecah awan, boleh pula terfikir kapal terbang meletup. Apalah perangai otak ini. Terpengaruh dengan cerita mat saleh bulu ketiak kuninglah ni.


Berada di dalam awan. Baru teringat akan sang penciptanya. Sungguh agung dan besar sungguh ciptaan-Nya. Cantiknya. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan melainkan dengan hanya ingatan kepada yang mencipta. Maha Agung. Maha Bijaksana. Segalanya adalah miliknya. Maha Pemilik!!!

Last day. Hari ini, having lunch together. Our account manager masak sup. Dua hari lepas dia sangat beria-ia to cooking for us. Bertanya macam-macam dengan Kak Rosnah dan aask her to accompany him looking for halal meat and beef. Then, last night he went out again to buy the pan, knife some sort of cooking stuff. Kesian pun ada. Tapi masakan dia boleh tahan sedap juga kata mereka. Delicious, delicious. Wallah Enaklah sangat. tekak Cik Suri tidak berapa hendak rasa sedap pun. Cik Suri masak lagi sedap kut. Hihi


Perut sudah kenyang, hati pun jadi senang... La la la menari riang. Hahaha!


Gambar tukang masak, Mr. Jay at the back. He good at cooking but need to think twice if he offer to cook because he is non-muslim. For this time, Cik Suri makan kerana semua bahan-bahan masakan dibeli bersama Kak Rosnah.

wassalam
senyum sokmo :)
Assalamualaikum

Salam tengahari. 

Tiba-tiba bos masuk office pulak waktu lunch macam ni. tak suka lah. tak leh nak rileks sikit. apa-apa sajelah.

cik suri benganglah dengan perangai manusia ni. agak-agaklah kalau nak bercakap atau bergurau biarlah kena tempatnya. kalau kita bergurau kasar dengan dia, pandai pula nak marah. ingat kau seorang yang punyai hati.bergurau dengan orang tidak terasa hati ke? 
pikir-pikirlah. setiap orang pun rasa samalah macam kau. kalau kau pandai terasa hati, aku pun pandai terasa hati. aku pun manusia bukannya makhluk asing. 

kadang-kadang manusia sekeliling kita hanya tahu penting diri sendiri saja. mahu diri dia saja yang dihargai dan orang di sekeliling sesuka hati dia mahu diperlakukan macam mana. selfish.selfish.selfish!!!

sudah lama cik suri tahan diri. suka atau tidak suka, kena layan juga. terasa diri ini hipokrit but i have to be hipokrit. now, i will not care what they say about me. 
move on.move on. move on. it time to move on sue.

tidak tahu mana silapnya. tidak tahu mana kurangnya. selama ini sudah cuba be nice to all people around me. try to not hurting them. but, why they still do not understand me. bercakap sesuka hati. lidah manusia memang tidak bertulang. mengeluarkan kata-kata ibarat menghunus pedang yang menghiris hati. terluka but now i will not care about it anymore. 
i don't care. i don't care. i don't care. because it hurting me too much.

sabar is the best solution. tapi sampai tahap mana cik suri mampu bersabar. cik suri bukanlah seorang yang penyabar. 
walaupun selama ini bertahan hati dengan kerenah manusia. bertabahlah cik suri. inilah namanya dunia tipu-tipu. 
pelbagai manusia, pelbagai ragam. 


wassalam dan senyum sokmo
.::hatiyangterluka::.

AKU BENGANG DENGAN DIA

by on May 06, 2014
Assalamualaikum Salam tengahari.  Tiba-tiba bos masuk office pulak waktu lunch macam ni. tak suka lah. tak leh nak rileks sikit. apa-ap...
Assalamualaikum

Terngiang-ngiang lagi kata-kata DJ dekat radio HotFM pagi tadi. rasa macam menerima satu das tembakkan di kepala. seperti terkena batang hidung sendiri.

"dalam hati benci, tapi diam-diam rindu"

tak nak ulas panjang-panjang pasal ni. biarlah ia menjadi rahsia dalam hati. apa-apa pun, lagu ni untuk korang

"bila nak saksi, kau bukan lagi penakut"

I LOVE TAM SPIDERS



lirik dan lagu dia....best :)

Wajahmu kerap kumimpi
Wajahmu sering kupuja
Buatku terasa sepi

Kala ku bukakan mata
Kau masih belumpun kupunya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap kumimpi
Cintamu sering kudamba
Buatku terasa sedih

Kala ku bukakan mata
Kau masih belumpun kudakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?

Kau masih belumpun kupunya
Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
Bila nak saksi cintamu kugapai?

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan

wassalam
senyum sokmo
.::nowordtosay::.
Assalamualaikum

Life so many colours. Colours that you like and colours the most you dislike. This is the life. Accept it and taste your life, makes it fun and meaningful. Appreciate it. Appreciate peoples around you. Your life will be beautiful likes rainbow.



Wassalam
senyum sokmo
.::ilovesgreen::.

COLOURS OF LIFE

by on April 20, 2014
Assalamualaikum Life so many colours. Colours that you like and colours the most you dislike. This is the life. Accept it and taste you...
Assalamualaikum

Mengucap dan beristigfar cik suri melayari internet semalam dan juga hari ni. cerita tentang teguran wardina.  terhadap ustaz kesayangan semua orang termasuk cik suri, Ustaz Don Daniyal. cik suri tak salahkan wardina, mungkin sis wardina terpengaruh dengan video edit yang dilakukan oleh seseorang itu. cik suri tidak jelas mengenai video itu, cik suri tak mahu ambil pusing kerana berdiam lebih baik jika kita tidak arif tentang sesuatu itu. biarlah ustaz don daniyal menjelaskan nya sendiri.

cik suri sangat mengkagumi kekredibilitian ustaz don nih. antara lain ustaz faveret cik suri, ustaz harun din, ustaz syed hisyam, ustaz badlishah, dan beberapa lagi yang cik suri tak tahu nama, tetapi selalu mendengar ceramahnye di tv.

tetapi, untuk ustaz don, memang cabaran baginya sebagai seorang ustaz muda yang sedang berusaha untuk mengajak kita menuju ke jalan amar maaruf dan menjauhi nahi munkar. mendengar dan menghadiri majlis ilmu ustaz don adalah sesuatu yang sangat cik suri suka. mengenali ustaz don, telah membawa cik suri lebih bersemangat mengumpul ilmu agama dan mengukuhkan jiwa islam di dalam diri cik suri. setiap majlis ustaz don, telah membuatkan cik suri memegang al-Quran di tangan, sama-sama membuat rujukan. memahami setiap maksud ayat dan memahami apa yang diterangkan oleh ustaz. Alhamdulillah..ustaz sangat membantu cik suri.

dan,
hari ini, kita dihidangkan dengan pelbagai fitnah yang ingin menjatuhkan ustaz don, oleh seseorang yang sudah beberapa kali cuba membuat menfitnah terhadap ustaz-ustaz yang lain. berdiam dirikah kita dengan golongan yang cuba untuk memecah belahkan umat Islam di negara kita ini. Allahu Akbar...Ya Allah, peliharalah kami daripada fitnah-fitnah manusia yang menzalimi diri mereka sendiri ini. bukalah pintu hatinya untuk kembali ke jalan yang benar. bukakanlah hati untuk berhenti daripada melakukan perkara yang nyata merugikan dirinya sendiri.

buat ustaz don daniyal, cik suri bersama rakan-rakan islam yang lain sentiasa menyokong ustaz. teruskan memberi ingatan kepada kami tentang ajaran islam, seperti yang telah diwasiatkan oleh nabi kita, Muhamad s.a.w berlandaskan al-Quran dan as-sunnah. teruskan memberi semangat kepada kami tentang asal usul galur keturunan bangsa melayu islam nusantara. kita adalah bangsa melayu islam yang pintar seperti yang ustaz ceritakan. kami tak mahu jadi umat islam yang lupa tentang asal keturunan kita. setiap kali mendengar intipati ceramah ustaz, setiap kali itu juga air mata ku menitis. terutama apabila ustaz menceritakan tentang sirah nabi Muhamad s.a.w dan para sahabat. seronok mendengar sehinggakan ingin berada di zaman itu.

ustaz telah membuka mata saya tentang sesuatu. terima kasih :)


Wassalam
dan, senyum sokmo :)

USTAZ

by on April 17, 2014
Assalamualaikum Mengucap dan beristigfar cik suri melayari internet semalam dan juga hari ni. cerita tentang teguran wardina.  terhadap...

Ad Code

Responsive Advertisement