Assalamualaikum.

Ini entry saya yang kedua. Bukan sambungan untuk entry SUARA KITA. Kali ini saya letak tajuk ADIL.
Kenapa ADIL. Maksud ADIL. Kalau ikutkan pada buku rujukan Pendidikan Islam Tingkatan 4 atau 5 (random), adil bermaksud meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Kalau mengikut kepada carian mr. google, adil bermaksud kesamarataan. Fair and square, bak kata mat saleh bulu ketiak kuning.

Tadi waktu lunch, biasa lah kalau sudah namanya perempuan makan pun sambil sembang. Jadinya, saya telah mengeluarkan suatu statement menyebabkan mereka tak setuju *mungkin*?

Apa saya kata?
Ayat saya lebih kurang macam ni,:
“Saya mintak maaf, jangan ambik hati saya nak cakap ni. Kita kalau jadi parents, bagilah kasih sayang yang sama rata pada anak-anak”.

Mereka bukanlah tidak setuju tetapi kurang bersetuju dengan kata-kata itu. Entahlah. Mungkin maksud yang ingin saya sampaikan tidak tersampai atau mungkin tersalah faham.

Kenapa saya berkata begini.

Saya bujang and memang tidak ada pengalaman as a parent. Tetapi ada sebab kenapa saya berkata begitu kerana, one of my officemate ni cakap:

Lebih kurang macam nih:

Si A, “ Beza anak yang minum susu ibu  dengan susu botol. Tengok macam A*tak boleh bubuh nama sebenar* taat dan dengar cakap ibu. Kalau si E ni, lain sikit perangai.

Disambung pula,
Si B, “ Ehem…Q *name anak die, maaf xnak sebut*…mmg minum susu dada kejap aja. Lepas tu dah tak mau, nak minum susu botol gak. Itu yang perangai lain pelik sikit. Sebab tu gemuk. 

Bagi saya, memang tiada masalah tetapi apabila kita mula membanding anak-anak kita antara satu sama lain, tak mustahil suasana yang kita create itu akan mempengaruhi peribadi anak-anak kita.
Kenyataan saya*yang di atas tadi* dibalas,

“Sue, memang lah kena adil, tapi tak kan lah kalu kita beli satu permainan dekat si A  ni, kita pun kena beli jugak ke B. Susahlah macam nih. Beli satu, tapi berkongsilah.”
Oh…saya faham term of kongsi. But what I trying to say is the way we give kasih sayang to your kids. Bukan atas dasar material or giving of something. Apa yang cuba saya nyatakan adalah atas dasar perkataan atau ucapan kita pada mereka.

Let say:
“Abang long ni pandai lah, rajin belajar, dengar cakap. Adik nih pulak, belajar macam nih…malas. Tengok abang dah la rajin, pandai pulak”
Memang pada kita, apa yang kita cakap dah betul, tetapi ada tak kita fikir penerimaan anak-anak terhadap percakapan kita.

Cuba kita cakap macam nih,
"Abang long ni rajin, selalu tolong mama. Bila adik nak tolong mama, adik pun rajin tapi jarang tolong mama. Abang long nanti tolong adik belajar, sama-sama jadi pandai yer". *mungkin?*
Mungkin kita boleh cuba gunakan secara reverse psychology pada anak. Janganlah kita membandingkan anak-anak. Kita fikir dengan membeza-bezakan mereka, menyebabkan anak ini akan terus berusaha tetapi adakah kita fikir perasaan mereka apabila dia dibandingkan dengan abangnya. Oleh sebab itu, ada anak yang memberontak. Mereka akan fikir mak dan ayah sayang abang saja, mak kate saya tak pandai, mak kata saya malas dan sebagainya. Dan, secara automatiknya, anak itu membentuk peribadi yang negative. Walaupun dia berusaha untuk memenuhi kehendak hati ibu bapa tetapi nilai dalam dirinya mungkin sudah tidak ada. Sebab itu lah wujudnya anak yang suka melawan, bersikap tidak menghormati dan besar kepala.

Jadi,
Mungkin kita fikir kita dah lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tetapi, wahai parents, watch out your words. Anak-anak ada hati dan perasaan. Bila kita tersalah, padahnya kita yang menanggung dan akhirnya, apa akan jadi pada anak kita. Siapa yang rugi. Anak-anak adalah amanah Allah kepada kite.

Anak-anak itu memang kain putih. Kita lah yang mencorakkan mereka. Bagaimana?
ITU ADALAH PILIHAN KITA!!!


**Saya masih bujang dan ini pandangan saya, bercakap memang senang dan saya akui memang susah untuk melakukannya**

Last word,

Sentiasalah mendoakan kebahagian dan kesejahteraan ibubapa kita. Dan sama-samalah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh-solehah dan berusaha untuk membahagiakan ibubapa kita.

Wassalam,
senyum sokmo
saya mahu jadi anak solehah

ADIL

by on February 19, 2013
Assalamualaikum. Ini entry saya yang kedua. Bukan sambungan untuk entry SUARA KITA. Kali ini saya letak tajuk ADIL. Kenapa ADIL. Maks...
Assalamualaikum.

Hi. Selamat pagi semua.
Alhamdulllah.
Pagi yang ceria. 
Cuaca yang cerah dengan matahari yang memancar lembut tak panas dan tak redup. Suasana yang sungguh selesa.

Ha!!!
Cik Suri teringin hendak share video ini dekat korang:




Selamat menengoklah ya... 
Tetiba hilang idea pula hendak tulis entry kali ini. Begitulah kehidupan, tiba-tiba hilang dan lupa.
Nanti jika ada kelapangan dan ilham, saya sambung kembali. 
Hehehe...

SUARA KITA

by on February 14, 2013
Assalamualaikum. Hi. Selamat pagi semua. Alhamdulllah. Pagi yang ceria.  Cuaca yang cerah dengan matahari yang memancar lembut tak panas d...
Assalamualaikum...

Jangan risau...
Hati ini milik Allah...
Andai ditakdirkan dia adalah jodoh kita,
Pasti Allah akan temukan kita dengan dia, walau berapa jauh pun jarak kita
dengan dia..
Allah akan memudahkan urusan hamba-hamba selagi ia bersabar dan berusaha....

















In Sha Allah....

HATI INI MILIK ALLAH

by on January 29, 2013
Assalamualaikum... Jangan risau... Hati ini milik Allah... Andai ditakdirkan dia adalah jodoh kita, Pasti Allah akan temukan kita...
Assalamualaikum…

Salam Maulidur Rasul Semua…
Salam Hari Kekasih Allah...
Walaupun sudah lepas beberapa hari, tetapi masih lagi ada siaran-siaran tv yang menayangkan program ceramah tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w, nabi kesayangan kita semua. Alhamdulillah.
In Shaa Allah.

Sayu hati setiap kali mendengar ustaz-ustaz di kaca TV menceritakan kisah-kisah suka duka Rasulullah s.a.w.

Sedih. Dalam menghayati setiap patah kata-kata yang diucap. Membayangkan betapa peritnya pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam usaha untuk menegakkan syiar Islam yang agung ini. Allahu Akbar. Subhanallah…

Membayangkan diri ini, jika diletakkan pada zaman itu. Tidak pasti adakah diri ini tergolong dalam kumpulan Islam yang baru ingin bersinar atau tergolong di kalangan kaum-kaum musyrikin yang kencang membuat ancaman kepada kumpulan Islam. Mampukah diri ini berjuang mempertahankan Islam atau diri ini adlah orang yang akan menentang dan melakukan kekejaman terhadap orang Islam. Allahu Akbar. Timbul perasaan takut di dalam hati ini. Takut untuk membayangkannya. Ya Allah!!!

Ingin sekali berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Bagaimanakah rupa Rasulullah s.aw. agaknya. Mesti raut wajah sinar bercahaya dan tenang hati memandang. Budi pekerti sungguh mulia, kasih sayangnya tiada tandingan.

Di dalam diri setiap ummat Islam telah ada Rasulullah s.a.w. 
Telah ditinggalkan kepada kita, kasih sayangnya, akhlaknya, Cuma kita perlu mempertahankannya dan menghidupkannya melalui sunnah yang telah ditinggalkan untuk panduan kita.



Andai kata ditakdirkan ajal menjemput cepat atau lambat, Ya Allah, matikan lah aku dalam agama-Mu, Islam.

SALAM MAULIDUR RASUL

by on January 28, 2013
Assalamualaikum… Salam Maulidur Rasul Semua… Salam Hari Kekasih Allah... Walaupun sudah lepas beberapa hari, tetapi masih lagi ada siar...
Assalamualaikum…

Sihat semua…
Harap-harap semua sihat. Saya kat sini tidak berapa nak sihat. Sedikit mengalami pening, batuk dan selsema. Pendek kata symptom-simptom kepada demam.

CANTIK…

Apa yang anda semua faham tentang cantik. Apa yang saya faham tentang cantik adalah sesuatu benda yang kita suka tengok, menarik perhatian dan ingin kita miliki. Tetapi, pendapat bagi setiap orang adalah berbeza.
Pernah seorang kawan pernah bertanya kepada saya” Tak mahukah saya menjadi cantik”. Jawapan saya” Tak”. Saya tak mahu jadi cantik.  

Dia berkata lagi,” abis tu bila awak akan kahwin. Jadilah cantik. Cantik itu satu bonus untuk dapat suami kaya”. Jawapan saya,” Kaya tetapi kalau tiada iman di dada…macam mane mahu mendidik saya dan anak-anak saya nanti. Tak ape lah kalau tak kaya, sekurang-kurangnya cukup dan kite bahagia. Kekayaan tidak akan menjamin ape2 pun”. Saya rasa jawapan saya menyebabkan dia mula berasa sakit hati dengan saya. Tak pe lah, sekurang-kurangnya saya telah memberi pendapat peribadi dan pegangan saya.

Dan, dia tidak berjaya memujuk saya untuk membeli product jualannya. Tetapi sempat berkata, “ Nak cantik tak payah berkira”. Pelik kenapa dia berkata begitu. Abaikan saja lah.

Saya memang tak cantik dan tak mahu jadi cantik. Kenapa saya tak mahu jadi cantik. Bagi saya menjadi cantik itu akan menyusahkan hidup. Kita akan menjadi perhatian setiap orang. Mula lah akan kata-kata pujian, berjalan pun orang pandang, mesti akan ade usikan-usikan nakal si lelaki, panggilan telefon yang nombor kite sendiri tidak tahu. Itu semua adalah gangguan dalam kehidupan seharian. Saya percaya orang-orang cantik akan alami semua ini.

Tetapi saya suka akan orang yang cantik. Saya suka tengok orang yang cantik. Ia ibarat sesuatu yang indah dan sejuk mata memandang. Orang yang cantik, dengan pakaian yang cantik. Cantikkan.

CANTIK

by on January 14, 2013
Assalamualaikum… Sihat semua… Harap-harap semua sihat. Saya kat sini tidak berapa nak sihat. Sedikit mengalami pening, batuk dan selse...

Ad Code

Responsive Advertisement