Serius.........!!!
Assalamualaikum….salam hari sabtu…salam hari miggu...

Mungkin agak lambat atau out of the date untuk saya menceritakan perihal meeting saya semalam…bengkel yang sepatutnya diadakan selama 2 hari di Hotel Equatorial ini terpaksa diubah plan nye dek kerana project leader busy terlampau…hehehe…jangan marah yer Prof Aziz Deraman…maklumlah skang ni prof dah naik pangkat jd VC di UMT…tahniah2…

Berbalik kepada meeting semalam yang sememang pengendalian yang dilakukan oleh aku nih agak kelam kabut…huhuhu…

Sehari sebelum meeting diadakan, aku mendapat call dr PA Prof Aziz nih, die tanye aku siape yang akan attend meeting nih…siap tanye aku dah call ahli2 project or belum…cis!!!dia tanye aku camtu, padahal isnin lepas, die cakap tak payah call, nnt dia akan buat comfirmation dgn org2 besar nih…tup2…last2 minute die pulak yang tanye aku call or tak…nak jer aku ketuk kepala die tu ngan telefon nih…sib baik die takde kat ofis aku nih…sabar2!!!

So, kelam-kabut lah aku ngan seorang lg RA (asnida) under project geodiversity ni call ahli2 project, bukan sorg dua, tapi adalah dlm 7-8 org…satu pom xder yang angkat..aku dah cuak dah nih…esok meeting nih..alternative lain..try call hpone depa.. All of contact number that I have…prof shafeea, tanot..kak marilah, datuk Ibrahim komoo… satu pom tak dijawab…okey..sms and email… no reply… huhu…takpe2…relax…aku kuar lunch until 2pm…hehehe…

Sampai jer ofis, terus check email..erm… xde reply pom..oklah…aku rase prof shafeea tak datang kut..maybe die pegi fieldwork, maklumlah skang ni kan cuti semester…hehehe…sesuka ati jer buat andaian…

About 3 pm, I got reply from prof shafeea…comfirm die dating…fuhh..Lega…terus jer inform dekat cik PA tuh…pandai2 lah die…after office hour... dapat sms from tanot, “ok, saya dating”…two of LESTARI’s members confirm to attend this meeting…Alhamdulillah..aku ade kawan dah…but I’m still worried coz my data collection is not fully complete…hehehe…

The next day…

Pegi ofis awal..jam 730pg dah siap dah…tunggu bas…tp bas lambat…jam 8 bru ade bas…sampai ofis 830am..Masih ade 1 jam sblm meeting…apa nk bawak tuk meeting nih…untuk meeting2 yg lepas..semua kje aku akan dpt arahan from Dr. Jamaiah…but since die balik ke UUM, aku pulak yg kena buat…dpt arahan pom thru YM jer…hahaha…tp kali ni die tak suruh buat ape pom…ari tu die srh aku buat presentation data tp tetiba die ckp xyah ade presentation pulak…so, pikir2 nk bawa ape nih…last2, decide nk bagi agenda meeting dan minit meeting yang lepas and also paperwork from MSKota…baik ade drpd bawak tangan kosong…hehehe…so, settle dgn confident nya…berjalan2 ke meeting room…

Xder org lagi…kena setup meeting room serba ckit…yg lain technician dah siapkan..Prof Aziz datang…then wakil MSKota pom dah sampai..tunggu ahli lain sampai…I’m start nervous…relax…cam tak biase meeting jer…hehehe..kena naik to my room coz I missed something…back to meeting room…wahh…sume org dah sampai…Prof Shafea, Tanot, Lim, Kak Marilah ( 3 of them bakal memegang title Dr). Alhamdulillah…semua berjalan lancar…mukadimah from Prof aziz…panjang lebar…then die tanye aku pulak..ade ape2 nak cakap…aku cakap xder…die tanye pasal presentation, so aku jawab takde..dah cancel..die angguk…alih2…die mintak paper yg dibentangkan di Egypt bulan lepas…konon nak tunjuk kat MSKota..aku tak bawak…so terpaksa lari2 ke room aku…

On the way terserempak dgn Dr sufian(ahli project juga) bitau dia meeting bla..bla…settle…masuk meeting…datuk ibrahim komoo ade(biasenya dia tak datang)...cuaknye but pretend cool(cool ker???cam nk nangis jer)…hehehe…bitau prof just ade paper jer xder slide show…prof kate xper…pasang cd tu…rupanye prof nk suruh aku present (aku dpt tau dr asnida) but luckly Dr sufian ade…lg pom die yg present kat Egypt ari2… aku duduk tempat aku sml…pura2 cool..focus2…(maklum lah duk sebelah prof shafea)…hehehe…banyak isu di bangkit kan…selesai bahagian kitorg…

Then, presentation from MsKota…bla..bla..bla…actually, ada 3 company hantar paper work…but they decided to hire MSKota to design Mygeo-RS nih…Datuk Ibrahim Komoo kata, if this system berjaya dibangunkan, Malaysia adalah negara pertama yg buat database for geopark…coz geoparks members yg lain belum buat lagi…check kat GGN (Global Geoparks Network). Langkawi adalah salah satu geopark yang mendapat endorsement from UNESCO.

Meeting selesai…lebih kurang jam 12thari…mkn2…selesai…MSKota beredar…

Aku berbincang sedikit ngan prof shafeea…tunjukkan data yag aku dah dapat…die check…ape yang salah die betulkan…datuk Ibrahim komoo pom ade bagi aku sedikit info…die kate kena phm betul2 geopark nih..die ade step2nye dalam pengumpulan data nih…kne follow the rules baru tak confius..okey…Kemuncaknya, ade satu bahagian yg mne diorg (ahli penyelidik nih) belum decide nme satu landscape tu…so, on the dot diorg decide lah nk bagi ape nme..prof shefeea serah kan pada tanot…so, tanot explain kat aku…die cadangkan nme tu…aku ikut jer coz aku xder kuasa…satu perbincangan yg serius berlaku…perselisihan pendapat berlaku between datuk and tanot…masing2 pertahankan pendapat.. I’m in between…takutnye tengok diorg nih… jalan penyelesaian perlu dicari…tanot mengalah dlm ketidakpuasan hati…prof shafeea terpaksa mengambil jalan tengah, aku hanya terima apa yang diberi…hehehe…risau jugak aku time tu coz tanot dah merajuk…huhu…but everything back to normal…neutral!!!

Habis perbincangan!!!

Ringkasan!!!

~Langkawi Geopark telah diiktiraf seluruh dunia pada 2007…sebaris dengan China, UK, Romania, Spain, Brazil dan lain2 lagi…
~dalam meeting (beberapa meeting yg aku tlh hadiri) , asyik aku jer yang terkena…pening…cuak…malu…seribu macam rase…
~Managing Director MSKota, Hj Syukor… called me PUAN Suriyani…omg…berpandangan aku ngan asnida sambil ulang perkataan Hj Syukur nih…senyum jer lah…(muka aku nih dah mcm puan ker??!!)takleh terima!!!!
~aku suka style tanot…
~kali pertama berbincang dengan Datuk Ibrahim Komoo…seronok2…walaupon ni kali ke-3 aku bersua muka ngan die…hehehe…
~prof shafeea Tanya aku dah register master belum(under project nih/research)???!!!aku dah tak igt kali ke berapa die tanye aku soklan ini…jawapan aku: BELUM…comfius nk wat master or tak…tp aku dah dpt surat tawaran tuk MSc. Engineering Geology/ coursework…tanot pom pernah tanye soklan yg same bulan lepas…
~dr jamaiah (UUM), memohon utk pindah ke UKM....datuk kata buleh la die join LESTARI..peluang nih...
~this Monday, meeting wif tanot, MSKota and I at LESTARI.
~release tension: kuar g jalan smpai petang….hehehe…
**ak rase kena CUT ckit entry nih...panjang terlampau....melalut...tp xreti nk CUT..huhu!!!**

Meeting Geodiversity

by on May 23, 2009
Serius.........!!! Assalamualaikum….salam hari sabtu…salam hari miggu... Mungkin agak lambat atau out of the date untuk saya menceritakan p...
Perbincangan Tentang Ikan Rebus di dalam Majalah SOLUSI

Assalamualaikum…

Hari ini saya ingin share sedikit kisah tentang ikan
Masakan berasaskan ikan memang makanan kegemaran saya. Lagi-lagi ikan bakar cicah dengan air asam…
Nyummy-yummy. Sedapnya. Kalau mak mentua lalu dekat belakang memang tak perasan lah…hehehe… :)

Saya ingin kisahkan tentang ikan yang dimasak tetapi tidak disiang atau dibuang isi perutnya terlebih dahulu. 
Dahulu semasa menetap di kolej (ketika itu saya masih tahun pertama di ukm), saya selalu akan beli lauk ikan, tetapi satu perkara yang menjadi persoalan di otak saya ialah kenapa makcik café  jual ikan yang tidak belah perutnya dan tidak di buang insang ikan tersebut? 
Waktu itu saya masih tidak tahu sebabnya dan hanya tahu beli dan makan sahaja. Zaman jahil boleh dikatakan.

Kemudian, hendak dijadikan cerita…

Pada hari raya tahun 2006, ketika berada di rumah nenek saya di Marang, saya dan adik-beradik tengah makan malam dengan tok and to’ki di dapur. Ketika itu, to’ki saya tengah makan berlauk ikan terumbuk, ikan itu memang banyak tulang. Dia tidak benarkan kami makan sebab katanya kami tidak reti makan ikan banyak tulang. Nantikan terlekat tulang pula.

Saya pun buka lah cerita tentang ikan yang tidak dibuang perut dan insang. Saya beritahu kepada to’ki saya yang di kolej, mereka jual ikan tetapi tidak disiang terlebih dahulu. 
Saya tanya,"Boleh dimakan ke?" 
Jawab to'ki saya, “mana buleh makan…ikan tu kena disiang bersih dulu, buang perut, insang dan cuci molek-molek. Kalau tidak, tidak boleh di makan. Najis jadinya.,,”. Begitu jawapannya. Terkejut juga sebab tidak tahu hukumnya.

Saya bertanya lagi, “kenapa?”. Datuk saya kata, “Perut ikan itu kotor ada darah, tahi dan sisa makanan yang ia makan, jadi kita tidak boleh makan selagi tidak dibuang dan dibersihkan”. Saya anggukkan sahaja. Barulah faham. Selama ini makan makanan yang tidak bersih. Mula dari hari itu, saya hanya memilih ikan yang betul-betul  dimasak dengan elok dan tidak lagi makan secara sebarangan.

Dan...
Hari ini, saya terbaca satu majalah, majalah ini sudah famous sekarang. Majalah “SOLUSI” adalah majalah terbitan daripada publisher Telaga Biru. Majalah ini pada pendapat saya sangat bagus dan banyak infomasi serta soal jawab berkaitan hal-ehwal agama Islam. Sedang saya baca dan belek helaian muka suratnya, saya tertarik dengan satu artikel di ruangan ‘fiqah amali’. Di mana pembaca boleh bertanyakan tentang keraguan berkait dengan kehidupan dan ianya akan dijawab oleh Ustaz Fazli al-Yamani.

Satu soalan yang di kemukakan oleh pembaca ini menarik perhatian saya,

Soalannya:
“Saya ada terbaca artikel yang menyatakan bahawa haram memakan ikan yang direbus atau digoreng tanpa disiang (dibuang isi perutnya), termasuklah ikan bilis. Apa pendapat ustaz mengenai perkara ini?"
Jawapan daripada Ustaz Fazli al-Yamani:
"Ikan adalah sejenis haiwan yang halal dan bangkainya boleh dimakan. Tetapi apa yang perlu kita faham ialah tahinya. Dalam fiqah, semua tahi adalah najis termasuklah tahi haiwan yang halal dimakan. Tahi kambing adalah najis, tahi lembu adalah najis dan termasuklah tahi ikan. Jadi, jika ikan yang direbus atau digoreng sekali dengan tahinya, maka ianya menjadi najislah. Kalau kita makan ikan tersebut bererti kita telah memakan najis." 

"Oleh itu, kalau hendak memasak ikan sama ada direbus atau digoreng hendaklah dibuang tahinya dan segala isi perutnya terlebih dahulu. Kemudian bersihkan yakni bilas dengan air yang bersih, toskan airnya dan barulah dimasak. 

"Kecuali kepada ikan bilis kerana ia kecil dan suatu kerenah hendak dibuang tahi dan isi perutnya. Ikan bilis yang susah dikopek untuk buang tahinya maka dimaafkan."
Setelah saya baca tentang ini, barulah saya faham kena tidak dibenarkan memakan ikan yang tidak dibuang isi perutnya. Saya juga baru tahu yang ikan sejenis haiwan yang mempunyai tahi. Huhu!

Tapikan, kalau hendak masak nasi lemak atau jemput bilis kenapa emak saya selalu suruh saya kopekkan ikan bilis. Nak kena buang kepala segala bagai. Penat betul, dahla ikan tu kecik!

Emak saya juga eslalu pesan, kalau hendak masak kenalah basuh elok-elok bahan yang hendak kita guna itu. Lagi-lagi bila sudah bersuami. Apa yang kita masak kena bersih kerana berdosa memberi suami makan makanan yang kotor. 

Waallahualam...!

Ikan Rebus

by on May 22, 2009
Perbincangan Tentang Ikan Rebus di dalam Majalah SOLUSI Assalamualaikum… Hari ini saya ingin share sedikit kisah tentang ikan Masakan berasa...
by on May 10, 2009
selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu di dunia nih..selamat hari ibu kepada ibu ku rohayah binti awang..terima kasih kerana menjadi ibu yang ...
Stand Together

Here we are living in this world
A journey to the end
We are servants
We bow to Allah
From Him a helping hand
We are different races
From countries far and wide
Together we can face it
Uphold what's pure and right
We can stand and work hand in hand
We're stronger when we unite
Share the words and spread the truth
With Iman Allah's light
In our hearts can't fake it
When Allah's love embraced
Together we can make it
The world a better place
Everything in life
We can take everything in stride
Cause we live in this worldly life
Can only try
Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try

And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another
And in team we should stay
Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night

By: In-team

Stand Together

by on April 30, 2009
Stand Together Here we are living in this world A journey to the end We are servants We bow to Allah From Him a helping hand We are differe...
Kisah tentang aku, dia, mereka dan tuan rumah

Mangsa: aku dan housemate,
Suspect: penyewa terdahulu
Penyelesai: tuan rumah...

Apa yang sudah terjadi?

Kejadian ini berlaku dua hari yang lepas dan petang semalam houselord (diambil daripada perkataan landlord) datang ke rumah untuk settlekan problem ini!

Apakah masalahnya?
Tangki air rumah sewa kami ada sumthing...
sumthing yang memang kami tidak expect langsung berada di situ. Huhu..😭😭

Apakah ia?

Ianya adalah seekor ikan buntal..
opps..salah. Ikan bandaraya!!!
(aku pom xpernah dgr nme ikan nih..tp tuan umah ckp ikan tu)..

Ikan ini telah menetap dan menjadikan tangki air rumah kitorang sebagai habitat semulajadi dia...cehh.!
Kesian dekat kitorang ni. Rupa-rupanya mandi air ikan selama ini.
Tidak pula kami dugaan, air yang berbau busuk ini adalah disebabkan oleh ikan itu sudah mati. Agak-agaklah baru mati barangkalilah.
Malam itu, time aku cuci baju memang sudah ada bau yang kurang menyenangkan..tetapi lebih kurang bau macam clorox. So, aku fikir, pagi tadi mungkin ada orangg cuci main tank dekat bawah kawasan flat ini...

Keesokan paginya, aku mandi macam biasa sahaja. Takkan lah luar biasa😂😁..aku sudah start demam dan selsema. So, hidung aku sudah tidak dapat kesan any bau-bauan. Housemate dah bising, air berbau lain macam katanya..macam-macam andaian yang dapat dihuraikan (betul ke dihuraikan).. ada yang kata berbau macam bangkai, tapi aku tetap kata bau clorox. takleh tahan, siap aku katakan patutlah lantai bilik air putih lain macam jer...😄

Pada petang itu, balik dari ofis, kami pergi makan dekat kedai makan (memang lately ni kitorg sudah jarang memasak di rumah)

Then, sampai ke rumah dalam jam 630 petang. Terus melayan drama Matahari sekejap sementara nagi makanan turun ke perut sambil tunggu giliran untuk mandi dan maghrib. Tiba-tiba si Zai bising lagi. Katanya, air bau sesangat busuk, dah macam bau bangkai. Dia suruh aku cium bekas air di tangan dia ni. Aku pun trylah hidu. Unfortunately (mat salleh word), hidung aku tersumbat. Jadi, tak berbaulah. Mahu bertanya pada jiran sebelah kut-kut air tangki rumah diorang berbau juga tak, masing-masing penyegan. Last-last si Zai send text message to our tuan rumah.

Jam pukul 7malam,  tuan rumah dan husband dia sampai. Pakcik tuan rumah pun panjatlah ke tangki air tu. Tengok-tengok apa yang ada. Mula-mula dia tengok takde pape pun. Puas disuluhnya.
Haaaa... Itu dia. Ada ikan katanya. Seekor ikan bandaraya yang telah mati. huhuhu😅😅
Patutlah busuk gilerrzzz. Hidung aku yang tersumbat ini pun boleh bau sikit-sikit bila tuan rumah keluarkan ikan tu. Agak besar jugalah...isk!!😏

Bermulalah misi tuan rumah mencuci tangki air. Kesian ada juga, tapi lagi kesian dekat kitorg berempat nih. Sudah tiga bulan bermandikan air ikan, dan semalam mandi air bangkai ikan pula...hwaa33x😭😭

Bekerja keras pakcik tuan rumah mencuci tangki air. Sudahlah sorang-sorang dan hanya dibantu oleh makcik tuan rumah. Kami pun bantu jugalah apa yang terdaya. yer ker😄😎

Semuanya settle dalam jam 8.00malam. Terima kasih pakcik dan makcik tuan rumah.
So, masing-masing tengah fikir hendak mandi atau taknak...phobia hoii!!! 
Last-last, mandi jugalah masing-masing. Yakin air sudah bersih, suci dan menyucikan.

Alhamdulillah...

Moral of the story:

1~ klu pindah rumah, 1st thing kena check adalah tangki air. MAna tahu kut-kut ada mende2 yang tidak sepatutnya. Contohnya ikan, kucing ker, tikus ker..or anythinglah..
2~ tuan punya rumah @ penyewa sebelumnya., klu kaki pancing..jangan lah simpan ikan yang dipancing tu ke dalam tangki air..kesian dekat ikan tu...terkurung...kesian lagi dekat orang lain..mandi air ikan... busuk, tahu tak?

Sedikit info tentang ikan bandaraya nih

1~ Common ikan bandaraya species found in Malaysian households include the H. plecostomus (sucker mouth) or leporacanthicus galaxies (vampire plec). This is in addition to several other species of dotted or spotted sucker fish variety.
>
2~ sesetengah orang gunakan ikan bandaraya ini sebagai pencuci akuarium kerana ikan ini suka makan lumut dan kotoran.
3~ mempunyai kulit yang keras dan mukanya seakan-akan catfish tapi takde sengat..memang pun sebab ade orang kata ianya adalah dari suku sakat keturunan kumpulan ikan keli.
4~ ikan bandaraya suka mengorek tanah tebing sungai or tasik. kadang2 sampai beberapa kaki ke dalam tanah...just to lay their eggs in...hati-hati dengan korekan ini kemungkinan boleh menyebabkan small erosion.
Inilah rupanya seekor ikan bandaraya. 

Nota:
Kami di Terengganu, belum pernah jumpa atau dengar lagi nama ikan bandaraya ini. Saya yakin ikan ini hanya tinggal di bandaraya Kuala Lumpur sahaja. 😜😝

Ad Code

Responsive Advertisement