Ikan Rebus

Perbincangan Tentang Ikan Rebus di dalam Majalah SOLUSI

Assalamualaikum…

Hari ini saya ingin share sedikit kisah tentang ikan
Masakan berasaskan ikan memang makanan kegemaran saya. Lagi-lagi ikan bakar cicah dengan air asam…
Nyummy-yummy. Sedapnya. Kalau mak mentua lalu dekat belakang memang tak perasan lah…hehehe… :)

Saya ingin kisahkan tentang ikan yang dimasak tetapi tidak disiang atau dibuang isi perutnya terlebih dahulu. 
Dahulu semasa menetap di kolej (ketika itu saya masih tahun pertama di ukm), saya selalu akan beli lauk ikan, tetapi satu perkara yang menjadi persoalan di otak saya ialah kenapa makcik café  jual ikan yang tidak belah perutnya dan tidak di buang insang ikan tersebut? 
Waktu itu saya masih tidak tahu sebabnya dan hanya tahu beli dan makan sahaja. Zaman jahil boleh dikatakan.

Kemudian, hendak dijadikan cerita…

Pada hari raya tahun 2006, ketika berada di rumah nenek saya di Marang, saya dan adik-beradik tengah makan malam dengan tok and to’ki di dapur. Ketika itu, to’ki saya tengah makan berlauk ikan terumbuk, ikan itu memang banyak tulang. Dia tidak benarkan kami makan sebab katanya kami tidak reti makan ikan banyak tulang. Nantikan terlekat tulang pula.

Saya pun buka lah cerita tentang ikan yang tidak dibuang perut dan insang. Saya beritahu kepada to’ki saya yang di kolej, mereka jual ikan tetapi tidak disiang terlebih dahulu. 
Saya tanya,"Boleh dimakan ke?" 
Jawab to'ki saya, “mana buleh makan…ikan tu kena disiang bersih dulu, buang perut, insang dan cuci molek-molek. Kalau tidak, tidak boleh di makan. Najis jadinya.,,”. Begitu jawapannya. Terkejut juga sebab tidak tahu hukumnya.

Saya bertanya lagi, “kenapa?”. Datuk saya kata, “Perut ikan itu kotor ada darah, tahi dan sisa makanan yang ia makan, jadi kita tidak boleh makan selagi tidak dibuang dan dibersihkan”. Saya anggukkan sahaja. Barulah faham. Selama ini makan makanan yang tidak bersih. Mula dari hari itu, saya hanya memilih ikan yang betul-betul  dimasak dengan elok dan tidak lagi makan secara sebarangan.

Dan...
Hari ini, saya terbaca satu majalah, majalah ini sudah famous sekarang. Majalah “SOLUSI” adalah majalah terbitan daripada publisher Telaga Biru. Majalah ini pada pendapat saya sangat bagus dan banyak infomasi serta soal jawab berkaitan hal-ehwal agama Islam. Sedang saya baca dan belek helaian muka suratnya, saya tertarik dengan satu artikel di ruangan ‘fiqah amali’. Di mana pembaca boleh bertanyakan tentang keraguan berkait dengan kehidupan dan ianya akan dijawab oleh Ustaz Fazli al-Yamani.

Satu soalan yang di kemukakan oleh pembaca ini menarik perhatian saya,

Soalannya:
“Saya ada terbaca artikel yang menyatakan bahawa haram memakan ikan yang direbus atau digoreng tanpa disiang (dibuang isi perutnya), termasuklah ikan bilis. Apa pendapat ustaz mengenai perkara ini?"
Jawapan daripada Ustaz Fazli al-Yamani:
"Ikan adalah sejenis haiwan yang halal dan bangkainya boleh dimakan. Tetapi apa yang perlu kita faham ialah tahinya. Dalam fiqah, semua tahi adalah najis termasuklah tahi haiwan yang halal dimakan. Tahi kambing adalah najis, tahi lembu adalah najis dan termasuklah tahi ikan. Jadi, jika ikan yang direbus atau digoreng sekali dengan tahinya, maka ianya menjadi najislah. Kalau kita makan ikan tersebut bererti kita telah memakan najis." 

"Oleh itu, kalau hendak memasak ikan sama ada direbus atau digoreng hendaklah dibuang tahinya dan segala isi perutnya terlebih dahulu. Kemudian bersihkan yakni bilas dengan air yang bersih, toskan airnya dan barulah dimasak. 

"Kecuali kepada ikan bilis kerana ia kecil dan suatu kerenah hendak dibuang tahi dan isi perutnya. Ikan bilis yang susah dikopek untuk buang tahinya maka dimaafkan."
Setelah saya baca tentang ini, barulah saya faham kena tidak dibenarkan memakan ikan yang tidak dibuang isi perutnya. Saya juga baru tahu yang ikan sejenis haiwan yang mempunyai tahi. Huhu!

Tapikan, kalau hendak masak nasi lemak atau jemput bilis kenapa emak saya selalu suruh saya kopekkan ikan bilis. Nak kena buang kepala segala bagai. Penat betul, dahla ikan tu kecik!

Emak saya juga eslalu pesan, kalau hendak masak kenalah basuh elok-elok bahan yang hendak kita guna itu. Lagi-lagi bila sudah bersuami. Apa yang kita masak kena bersih kerana berdosa memberi suami makan makanan yang kotor. 

Waallahualam...!

1 comment:

miss padelito said...

aku pun baca majalah solusi..die hard fan this magazine...

Ad Code

Responsive Advertisement