Assalamualaikum

Sambungan kepada lawatan hari keluarga company di Langkawi. Aktiviti kami pada hari kedua sedikit padat. Nasib baik, malam tadi kami dah siap-siap shopping coklat dan periuk belanga, pinggan mangkuk di Haji Ismail Mall. So, lega lah sikit. 

Hari kedua kami dimulai dengan aktiviti island hopping. lebih kurang la kut.  






Gambar bagi burung helang makan. agak susah lah dapat dapat satu gambar yang cantik.




Teringat zaman kerja di UKM dulu. Masa tu project antara UKM-Lestari dengan Fakulti Sains Komputer dan Multimedia bersama LADA. Cik suri adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengumpul semua data geologi untuk pembangunan database Langkawi Geopark ni. Agak pening jugaklah untuk kumpul segala data tu. Tapi, sayang cik suri tidak menyelesaikan project di hingga ke akhir.  


Gambar paling terbaik cik suri pose. (baca dengan nada sinis)




Sebelum pergi makan tengahari, kami singgah sebentar di Ayer Hangat Village. Sekadar untuk bergambar memenuh tentative lawatan. Bukti kami pernah datang ke sini. 

Cik Suri berkenan dengan mainan helang kayu yang boleh letak atas jari. Harga dia murah sangat, RM 10. Asalnya nak beli, tapi pikir mesti akan ada dekat tempat lain. Last-last tak jumpa dah, kalau jumpa pun semua yang diperbuat daripada plastik. Tak cantik.


Untuk next aktiviti, kami ke Langkawi Underwater World. Memang aktiviti lawatan kami dirangka untuk lawatan sambil belajar. Lepas ni kita akan belajar tentang ikan pulak yer.



Pasangan baby, Inara dan Ikhwan ni dah penat dah. Terlentok dah.



Bloated cheek, gambar di bawah. Hey, single ladies.


Seterusnya, selepas puas tengok ikan. Kami ke Beras Terbakar. Time ni, team cik suri tak jumpa beras terbakar ni. jadi, kami berjalan di kawasan parking je. menyesal pulak tak ikut diorang ni.


Selepas puas berjalan, kami bergerak pulang ke guesthouse. Solat. Rehat. Dan, bersiap sedia untuk makan malam. 


Highlight untuk makan malam.Pencuci mulut yang wajib setiap orang rasa. Sedap. Cik Suri suka. Makan malam kami di Restoran Sara Thai. Hidangan yang sangat sedap. Recommende. Kalau korang ke Langkawi, boleh la cuba makan dinner di sini.



 Malam terakhir di Langkawi. Kita bergambar di Dataran Helang. Tak tau nak pilih gambar mana yang elok. Kita letak dua-dua lah. Baru puas hati.



Berakhir sudah dua hari di Langkawi. Esok dah nak kena balik Kemaman. Baju nak kena kemas. Souvenir nak kena susun elok-elok dalam bag. Kasi cun.

Jom balik. Selamat Tinggal Langkawi. Kita jumpa lagi next time.


Apa yang korang faham tentang gambar di bawah ni. Tergolek-golek cik suri tengok gamar ni. Senak perut duk gela. Apa yang sedang kami lakukan tu. Bertafakur sebelum naik feri kah?




Singgah makan tengah hari di rumah bonda boss. Terima kasih boss belanja makan. Makanan semua sedap-sedap pulak tu. Bergambar kenangan.


Akhirnya, kami pulang ke pangkal jalan. Kemaman...tunggu kami sampai.

Satu grup trip yang paling best cik suri join. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang. Mana-mana yang buruk dan unplanned, kita abaikan. Jadikan sebagai panduan di kemudian hari. Terima kasih untuk percutian yang terbaik ini...

Wassalam.

Assalamualaikum

Sebagai penutup kepada tahun 2018, kami semua bersuka ria di Pulau Langkawi, Kedah ditaja oleh syarikat. Terima kasih Boss.

Alhamdulillah, berpeluang untuk turut serta buat pertama kalinya. Sepanjang 10 tahun bekerja, di antara empat syarikat. Ini syarikat pertama yang ada cik suri sempat join sekali #feelingbertuah.

Percutian selama tiga hari dan dua malam ini sangat bermakna, disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pekerja dan ahli keluarga mereka.

Untuk entry kali ini, cik suri tidak berniat untuk menulis panjang lebar. Kali ini cik suri nak biarkan gambar yang berbicara. Gambar-gambar ini yang akan expresskan perasaan kami.

Sekitar jeti Kuala Kedah.

 


Aktiviti pertama sesudah sampai di Pulau Langkawi adalah dapatkan van, isi minyak, terus ke Makam Mahsuri.




















Selepas puas berjalan di Makam Mahsuri, kami bergerak ke Langkawi Cabel Car. Muka-muka ceria sebelum naik cabel car.




Muka-muka yang mengalami kemurungan bila gayat di dalam cable car. Sila ikuti arahan keselamatan yang ditampal pada pintu cable car. Jangan melompat di dalam cable car. Sekian, pesanan khidmat masyarakat di radio ERA.










Telaga Tujuh lokasi terakhir kami sebelum bergerak ke guesthouse. Review tentang guesthouse yang kami menginap akan saya tulis di entry lain.


Akan bersambung untuk hari kedua lawatan kami di Pulau Langkawi. Malam nanti bersiap-siap untuk keluar shoping pula.

Sekian, wasalam



Assalamualaikum

Jom esok pakai baju biru. tetiba cik suri terima mesej di aplikasi whatsApp grup office. siap attached dengan gambar lagi.


okey, biru sebagai tanda sokongan sempena "Hari Kesedaran Autisme". part berjanji nak pakai baju sama-sama ni cik suri tak berapa yakin. haritu janji nak pakai baju kurung. alih-alih, cik suri seorang diri yang pakai baju kurung.

disebabkan keyakinan kurang tentang janji itu, cik suri buat pilihan untuk pakai tudung biru sahaja. jadinya, inilah gambar "KEBIRUAN" kami.




not bad lah kan. asalkan ada biru. sikit-sikit.

kalau nak cerita serba sedikit pasal autisme ni, cik suri tak berapa pandai. tapi, cik suri adalah follow instagram beberapa selebriti-selebriti malaysia, yang mempunyai anak-anak istimewa ini. antaranya, fynn jamal, adamautismefamily, zarinazainudin, edrykru, catrionarose dan beberapa lagi.

anak-anak istimewa ni sangat cute, kreatif, pandai dan adorable. tak dapat bayangkan betapa susah dan payahnya ibu bapa mereka untuk memahami dan handle anak-anak ini. kita cuma mampu doakan mereka diberi kekuatan, kesabaran untuk melayan anak-anak ini.

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul (yes, kalini peribahasa cik suri betul). tiada apa yang mampu kita katakan, melainkan doa. austime ini bukanlah penyakit yang boleh diubati. 

dan cik suri faham autisme ini sendiri bukanlah sejenis penyakit. ia sesuatu yang susah untuk ditafsirkan. ia seperti anak-anak ini terperangkan di dalam satu medium/spektrum yang kita sendiri tidak mampu memahaminya. 

hanya mereka saja yang tahu. waallahu a'lam.

Note: Hari ini adalah Autism Awareness Day and April is Autism Awareness Month. Autism need Acceptance not Attention.

wassalam.

Ad Code

Responsive Advertisement