LANGKAWI - LAWATAN HARI KELUARGA PART 1


Assalamualaikum

Sebagai penutup kepada tahun 2018, kami semua bersuka ria di Pulau Langkawi, Kedah ditaja oleh syarikat. Terima kasih Boss.

Alhamdulillah, berpeluang untuk turut serta buat pertama kalinya. Sepanjang 10 tahun bekerja, di antara empat syarikat. Ini syarikat pertama yang ada cik suri sempat join sekali #feelingbertuah.

Percutian selama tiga hari dan dua malam ini sangat bermakna, disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pekerja dan ahli keluarga mereka.

Untuk entry kali ini, cik suri tidak berniat untuk menulis panjang lebar. Kali ini cik suri nak biarkan gambar yang berbicara. Gambar-gambar ini yang akan expresskan perasaan kami.

Sekitar jeti Kuala Kedah.

 


Aktiviti pertama sesudah sampai di Pulau Langkawi adalah dapatkan van, isi minyak, terus ke Makam Mahsuri.




















Selepas puas berjalan di Makam Mahsuri, kami bergerak ke Langkawi Cabel Car. Muka-muka ceria sebelum naik cabel car.




Muka-muka yang mengalami kemurungan bila gayat di dalam cable car. Sila ikuti arahan keselamatan yang ditampal pada pintu cable car. Jangan melompat di dalam cable car. Sekian, pesanan khidmat masyarakat di radio ERA.










Telaga Tujuh lokasi terakhir kami sebelum bergerak ke guesthouse. Review tentang guesthouse yang kami menginap akan saya tulis di entry lain.


Akan bersambung untuk hari kedua lawatan kami di Pulau Langkawi. Malam nanti bersiap-siap untuk keluar shoping pula.

Sekian, wasalam



No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement