"Ya, memang dulu orang panggil saya Lisa".

Balas Cik Suri kepada client ini. Dia menegur shawl Ariani berwarna biru yang Cik Suri pakai hari ini. Hari ini Cik Suri membelit tudung.  

"Dah macam Lisa Surihani, Kak Suri hari ini", katanya.

Automatik Cik Suri balas begitu. Sengaja menyahut gurauannya. Kalau tidak disahut, akan rasa janggal pula. Krik...krik..krik!!!

Kisahnya, tempoh kerja Cik Suri disambung sehingga hujung bulan September. Stok tudung yang dibawa di homestay ini tidak banyak dan shawl biru ini plannya dipakai ketika pergi menonton wayang sebelum pulang ke Kemaman nanti. Semua plan Cik Suri terpaksa dibatalkan dan terpaksa bekerja lagi untuk dua minggu lagi.

Teringat kembali kisah nakal ketika usia remaja. Ikutkan sudah tamat usia remaja sebab ketika itu Cik Suri sudah berusia 23 tahun. Ini hanya sebuah kenangan yang pernah tercatat di dalam hidup Cik Suri. Nakal juga bila dikenangkan kembali.

Kisahnya.

Hari itu adalah pertama Cik Suri menjejak kaki ke pejabat Sime Darby sebagai Geologist. Kebetulan Cik Suri terpilih sebagai salah seorang MAP. MAP adalah satu program yang diadakan untuk graduan yang baru tamat pengajian. Hari ini kalau di PETRONAS ia dikenali sebagi GEES. 

Setelah kami tamat satu bulan program orientasi yang diadakan di Palce Golden Horses Hotel, The Mines, kami akan ditugaskan ke anak-anak syarikat Sime Darby mengikut jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan kami.

Pagi itu, kami dikumpul di bilik meeting untuk sesi memperkenalkan diri. Beberapa classmate Cik Suri di UKM yang sudah menjadi staff tetap untuk jabatan ini. Tidaklah terasa segan sangat. Sesi memperkenalkan diri berjalan dengan lancar dan berakhir juga dengan lancar.

Seusai waktu itu, kami dibawa oleh HR untuk ke workstation masing-masing. Masa ini riuh sedikit sebab masing-masing tengah excited. Kebetulan pula ada antara mereka dapat berkumpul kembali dalam group semasa orientasi yang lepas. Bermacam cerita yang dapat dikongsi.

Cik Suri keseorangan kerana ahli kumpulan kebanyakan di tugaskan di anak syarikat yang lain. Tapi, it's okay. Alhamdulillah dapat adapt situasi. Tambahan pula rakan serumah satu office juga. Itu pun baru berkenalan sebab menyewa bersama.

Fast forward. Cik Suri tidak berapa ingat sangat situasi Cik Suri menipu namaku Lisa. 

Work station kami dalam bentuk cubicle. Tetapi Cik Suri, ditempatkan di dalam satu bilik berkongsi dengan lima orang lagi. Ini team geologis dan geophysicist.


 Pada hari itu, rasanya pada hari first day juga. Ada one guy ni, dia panggil my housemate, Gee Hajiroh dan bertanya, "Siapa nama budak tu". Refer to me. Gee panggil Cik Suri dan bagi tahu yang dia tanya nama Cik Suri.

"Nama aku LISA SURIYANI. Boleh panggil Lisa." 

Selamba Cik Suri bagitahu nama tanpa rasa bersalah. Tidak sangka pula budak itu percaya. Cik Suri pun tidak tahu siapa namanya. Maklumlah tengah kalut dan excited dapat kawan geologis baru. Macam-macam cerita yang hendak dikongsi. Cik Suri pula bukanlah sejenis mengambil tahu hal semua orang. Pada masa itu!

Macam mana terkantoi namaku BUKAN LISA?

Rupa-rupanya, Si Ali ini masih percaya nama Cik Suri adalah Lisa. Namanya Ali, nama sebenar. Setelah beberapa hari mula bekerja. Kebanyakan masa, Cik Suri dan team akan keluar ke site. Jadi, jarang sangat kami akan berada di office melainkan pada waktu pagi. Kami akan sarapan dahulu di office dan kemudian baru akan keluar ke site. 

Jadi, Si Ali ini akan panggil namaku dengan nama Lisa. Asalnya Cik Suri tak perasan sebab jarang bercakap dengan dia. Rasanya, tidak pernah. Jadi, pagi itu, dia suruh salah seorang officemate di cubiclenya  memanggil Cik Suri. Jadi, kawan itu peliklah, siapa Lisa kerana tiada orang yang bernama Lisa. Semua orang di stastin kami mengenali Cik Suri dengan nama Suriyani atau Sue.

Tiba-tiba Cik Suri lalu untuk masuk ke bilik kerja Cik Suri, terus Si Ali tunding jari kepada Cik Suri. Itu namanya Sue, balas kawan kami. Masa itu barulah kantoi nama sebenar Cik Suri. Kecoh jugalah kerana tidakk disangka si Ali ini percaya. Rasa bersalah jugalah.

Ada lagi ke yang memanggil Cik Suri dengan nama Lisa?

Yes. masih ada. Gee Hajiroh selalu memanggil nama Cik Suri dengan Lisa. Kebanyakan masa dia menggunakan nama Lisa ini. Sehinggakan satu hari, Cik Suri menerima kad jemputan kahwinnya yang dipos ke alamat rumah dengan nama Lisa Suriyani. 

Fenomena Lisa Surihani. 

Pada tahun itu, Lisa Surihani tersangat popular. Lagi-lagi tengah hangat drama Akasia "ADAMAYA". Semua orang lelaki dan perempuan sangat meminati Lisa Surihani. Cantik dan tersangat cantik. Cik Suri salah seorang peminat Lisa Surihani dan drama "Adamaya" yang sememangnya fenomena pada ketika itu.

Satu kisah yang mana ada rakan sekelas Cik Suri berjanji untuk membawa Cik Suri menonton filem Lisa Surihani. Tetapi janji itu tidak tertunai. Masa ini kami baru bertemu kembali dan baru berani berkawan dengannya. 

Masih ingat katanya, "Kalau kau Lisa, akulah Adam". Wahh...gitu. Namanya dirahsiakan. 

Kami pun sudah lama lost contact selepas Cik Suri kembali ke Kemaman. Walaupun sempat berhubung melalui Yahoo Messenger dan mesej telefon seketika itu, tetapi kerana kesibukan bekerja dan jarak, ianya terputus begitu sahaja sehinggalah beliau berkahwin beberapa tahun kemudian.

Begitulah kisah Cik Suri yang bernama Lisa. Kisah empat belas tahun yang lalu. Zaman Cik Suri pernah menjadi nakal dan ting tong kata kawan-kawan yang mengenali Cik Suri ini.

Saya busy. Saya busy. Saya busy!!!

Assalamualaikum. 

Lama betul Cik Suri tidak update blog. Tersangat busy dua tiga bulan kebelakangan ini. Beginilah lumrah kerja sebagai "freelancer". Ada masa terlalu sibuk tidak sempat mengurus masa. Bila lapang, terlalu lapang sehingga kerjanya membuta sepanjang hari. 

Disebabkan terlalu sibuk dan ditambah pula dengan stress kerja, beberapa minggu lepas sempat Cik Suri menjengah panggung wayang di Mesra Mall selepas habis waktu kerja 7.30 pagi - 7.30 malam. Tiada perancangan asalnya, sekadar ingin menekan-nekan mesin kiosk di TGV. Manalah tahu kut-kut filem "The Meg 2" masih ditayangkan. Rupanya yilek. Sedihnya😭

Entah macammana, terasa malu pula dilihat orang perangai Cik Suri tengah main scroll mesin kiosk tanpa arah tuju, maka terbelilah tiket filem "Jawan". Rupanya teraju utama filem ini adalah Shah Rukh Khan. 

Okaylah, sekali-sekala melayan cerita hindustan apa salahnya. Tayangan pada jam 8.30 malam. Berbaki lagi 10 minit, sempatlah Cik Suri makan nasi ayam di foodcourt. Solat Maghrib sudah ditunaikan awal-awal lagi. 

Maka, jemputlah korang untuk membaca review jujur daripada Cik Suri tentang filem JAWAN ini. Semoga dapat membantu korang yang teringin menontonnya.

Cik Suri berikan ⭐⭐⭐⭐ setengah daripada ⭐⭐⭐⭐⭐.

 Sinopsis Jawan 

Jawan bermaksud "Soldier" atau askar. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin membalas dendam terhadap kerajaan yang korup dan membela nasib orang miskin yang dianiayai oleh kerajaan tersebut.

Sebelum itu, layan dahulu trailer filem Jawan ini.



Daripada sedutan trailer ini, ditonjolkan susuk tubuh manusia yang berbalut kain seperti mumia. Pada awal mulanya filem ini, Cik Suri ingatkan ia sebuah kisah horror tetapi telahan Cik Suri meleset. Sepanjang menonton bermacam teori yang berlegar di kepala, dan, "yes" ada teori yang tepat di pertengahan ceritanya. Korang kena tonton sendiri😆

Daripada scene berganti scene, I feel the vibe yang cerita ini best. Jalan ceritanya yang akan buat kita terfikir, siapa lelaki mumia ini? Kemudian, muncul mula Shah Rukh Khan yang muda remaja. Eh, pening. Satu Shah Rukh Khan tua berwajah mumia dan satu lagi Shah Rukh Khan muda. Bergerak-gerak otak sambil menonton filem ini.


Rupa-rupanya....
Haa...korang kena pergi tengok sendiri. Identiti sebenar kedua SRK ini akan terungkai sedikit demi sedikit sepanjang filem ini. Tidak best lah sekiranya Cik Suri bocorkan kenapa ada mumia Shah Rukh Khan.

 Filem Jawan Best. Kenapa? 

Pertama, intro filem ini awal-awal lagi telah menarik minat Cik Suri. Ini kerana visual cinemagrafiknya yang sangat cantik dan kemas. Bermula dengan suasana pemandangan hutan kampung yang tenang walaupun suasana gelap tetapi visualnya jelas dan cantik. Membuktikan yang pengarahnya mengambil inspirasi daripada filem-filem Hollywood. Malaysia's producer, please do the same.  

Banyak babak perlawanan yang epik nampak seperti menonton filem mat saleh. Korang sendiri akan rasa teruja dengan scene berlawan, letupan dan speed. Menggenggam tangan nanti. 

 Pengkhianatan dan Kepercayaan 

Kumpulan pencuri ini bukan mencuri kerana kepentingan diri. Sebaliknya sebagai protes kerana penderitaan mereka akibat daripada kecurangan kerajaan mereka. Hasil curi adalah untuk diagihkan kembali kepada rakyat yang menderita ditindas oleh kerajaan yang zalim.

Konsep seperti "Robin Hood" moden yang mencuri dari orang kaya untuk membantu orang miskin teraniaya.

Kepercayaan yang dikianati. Ya, filem ini turut memaparkan tentang kepercayaan seorang sahabat yang akhirnya dikianati. Tidak sangka orang yang diharapkan akhirnya belot dan merosakan hubungan persahabatan yang terjalin.

 Kasih Sayang dan Kekeluargaan 

Cerita Hindustan tidak akan menjadi sekira tiada babak yang menyentuh jiwa dan mengalir air mata. Dua babak yang akan membuatkan berlinangan air mata. 

Babak ketika kampung polis ketika kecil diserang oleh penjahat. Ketika penjahat-penjahat itu memukul ibu polis dan kasih sayang yang ditonjolkan oleh anak iaitu polis yang mempertahankan ibunya daripada dipukul.

Babak kedua adalah yang paling sedih. Berjurai air mata. Korang kena tonton sendiri. Tidak adil sekiranya Cik Suri bagi spoiler lagi. 

Kesimpulan 

Plot twist filem ini sangat tidak terjangka. Tiga jam duduk di seat pawagam tidak terasa bosan langsung. Pameran dengan aksi dan debaran membuatkan Cik Suri leka menonton. Jalan cerita yang smooth, straight forward dan mudah untuk diikuti. Tiada liku-liku seperti filem Hindustan dan Tamil yang lain.

Lakonan Shah Rukh Khan dalam filem ini sangat mantap dan luar dari kebiasaanya. Pembawaan watak yang berkesan, lagi-lagi watak mumia. Memang best giler dan sangat berbeza dari filem-filem beliau yang lain. 

Scene lawak yang memang lawak. Scene sedih yang memang meruntum jiwa dan mengalir air mata. Scene aksi yang mendebarkan dan teruja. Dan, masih mengekalkan konsep cerita India yang mesti ada lagu dan tariannya. Yang pasti tidak membosankan.

Menariknya filem Jawan ini sendiri turut melibatkan isteri Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan yang berperanan sebagai producer filem.

Ad Code

Responsive Advertisement