NOTA CIK SURI - Namaku Lisa
"Ya, memang dulu orang panggil saya Lisa".
Balas Cik Suri kepada client ini. Dia menegur shawl Ariani berwarna biru yang Cik Suri pakai hari ini. Hari ini Cik Suri membelit tudung.
"Dah macam Lisa Surihani, Kak Suri hari ini", katanya.
Automatik Cik Suri balas begitu. Sengaja menyahut gurauannya. Kalau tidak disahut, akan rasa janggal pula. Krik...krik..krik!!!
Kisahnya, tempoh kerja Cik Suri disambung sehingga hujung bulan September. Stok tudung yang dibawa di homestay ini tidak banyak dan shawl biru ini plannya dipakai ketika pergi menonton wayang sebelum pulang ke Kemaman nanti. Semua plan Cik Suri terpaksa dibatalkan dan terpaksa bekerja lagi untuk dua minggu lagi.
Teringat kembali kisah nakal ketika usia remaja. Ikutkan sudah tamat usia remaja sebab ketika itu Cik Suri sudah berusia 23 tahun. Ini hanya sebuah kenangan yang pernah tercatat di dalam hidup Cik Suri. Nakal juga bila dikenangkan kembali.
Kisahnya.
Hari itu adalah pertama Cik Suri menjejak kaki ke pejabat Sime Darby sebagai Geologist. Kebetulan Cik Suri terpilih sebagai salah seorang MAP. MAP adalah satu program yang diadakan untuk graduan yang baru tamat pengajian. Hari ini kalau di PETRONAS ia dikenali sebagi GEES.
Setelah kami tamat satu bulan program orientasi yang diadakan di Palce Golden Horses Hotel, The Mines, kami akan ditugaskan ke anak-anak syarikat Sime Darby mengikut jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan kami.
Pagi itu, kami dikumpul di bilik meeting untuk sesi memperkenalkan diri. Beberapa classmate Cik Suri di UKM yang sudah menjadi staff tetap untuk jabatan ini. Tidaklah terasa segan sangat. Sesi memperkenalkan diri berjalan dengan lancar dan berakhir juga dengan lancar.
Seusai waktu itu, kami dibawa oleh HR untuk ke workstation masing-masing. Masa ini riuh sedikit sebab masing-masing tengah excited. Kebetulan pula ada antara mereka dapat berkumpul kembali dalam group semasa orientasi yang lepas. Bermacam cerita yang dapat dikongsi.
Cik Suri keseorangan kerana ahli kumpulan kebanyakan di tugaskan di anak syarikat yang lain. Tapi, it's okay. Alhamdulillah dapat adapt situasi. Tambahan pula rakan serumah satu office juga. Itu pun baru berkenalan sebab menyewa bersama.
Fast forward. Cik Suri tidak berapa ingat sangat situasi Cik Suri menipu namaku Lisa.
Work station kami dalam bentuk cubicle. Tetapi Cik Suri, ditempatkan di dalam satu bilik berkongsi dengan lima orang lagi. Ini team geologis dan geophysicist.
Pada hari itu, rasanya pada hari first day juga. Ada one guy ni, dia panggil my housemate, Gee Hajiroh dan bertanya, "Siapa nama budak tu". Refer to me. Gee panggil Cik Suri dan bagi tahu yang dia tanya nama Cik Suri.
"Nama aku LISA SURIYANI. Boleh panggil Lisa."
Selamba Cik Suri bagitahu nama tanpa rasa bersalah. Tidak sangka pula budak itu percaya. Cik Suri pun tidak tahu siapa namanya. Maklumlah tengah kalut dan excited dapat kawan geologis baru. Macam-macam cerita yang hendak dikongsi. Cik Suri pula bukanlah sejenis mengambil tahu hal semua orang. Pada masa itu!
Macam mana terkantoi namaku BUKAN LISA?
Rupa-rupanya, Si Ali ini masih percaya nama Cik Suri adalah Lisa. Namanya Ali, nama sebenar. Setelah beberapa hari mula bekerja. Kebanyakan masa, Cik Suri dan team akan keluar ke site. Jadi, jarang sangat kami akan berada di office melainkan pada waktu pagi. Kami akan sarapan dahulu di office dan kemudian baru akan keluar ke site.
Jadi, Si Ali ini akan panggil namaku dengan nama Lisa. Asalnya Cik Suri tak perasan sebab jarang bercakap dengan dia. Rasanya, tidak pernah. Jadi, pagi itu, dia suruh salah seorang officemate di cubiclenya memanggil Cik Suri. Jadi, kawan itu peliklah, siapa Lisa kerana tiada orang yang bernama Lisa. Semua orang di stastin kami mengenali Cik Suri dengan nama Suriyani atau Sue.
Tiba-tiba Cik Suri lalu untuk masuk ke bilik kerja Cik Suri, terus Si Ali tunding jari kepada Cik Suri. Itu namanya Sue, balas kawan kami. Masa itu barulah kantoi nama sebenar Cik Suri. Kecoh jugalah kerana tidakk disangka si Ali ini percaya. Rasa bersalah jugalah.
Ada lagi ke yang memanggil Cik Suri dengan nama Lisa?
Yes. masih ada. Gee Hajiroh selalu memanggil nama Cik Suri dengan Lisa. Kebanyakan masa dia menggunakan nama Lisa ini. Sehinggakan satu hari, Cik Suri menerima kad jemputan kahwinnya yang dipos ke alamat rumah dengan nama Lisa Suriyani.
Fenomena Lisa Surihani.
Pada tahun itu, Lisa Surihani tersangat popular. Lagi-lagi tengah hangat drama Akasia "ADAMAYA". Semua orang lelaki dan perempuan sangat meminati Lisa Surihani. Cantik dan tersangat cantik. Cik Suri salah seorang peminat Lisa Surihani dan drama "Adamaya" yang sememangnya fenomena pada ketika itu.
Satu kisah yang mana ada rakan sekelas Cik Suri berjanji untuk membawa Cik Suri menonton filem Lisa Surihani. Tetapi janji itu tidak tertunai. Masa ini kami baru bertemu kembali dan baru berani berkawan dengannya.
Masih ingat katanya, "Kalau kau Lisa, akulah Adam". Wahh...gitu. Namanya dirahsiakan.
Kami pun sudah lama lost contact selepas Cik Suri kembali ke Kemaman. Walaupun sempat berhubung melalui Yahoo Messenger dan mesej telefon seketika itu, tetapi kerana kesibukan bekerja dan jarak, ianya terputus begitu sahaja sehinggalah beliau berkahwin beberapa tahun kemudian.
Begitulah kisah Cik Suri yang bernama Lisa. Kisah empat belas tahun yang lalu. Zaman Cik Suri pernah menjadi nakal dan ting tong kata kawan-kawan yang mengenali Cik Suri ini.
No comments:
Post a Comment