Shopping di Butik Jefferson


Assalamualaikum

Hari sabtu adalah hari untuk berehat, kena pula esok juga hari cuti ganti sempena sambutan hari yang dipertuan Agong Malaysia. cik suri guna hari cuti dengan sebaik mungkin. Maklumlah, nak dapat cuti lebih dari dua hari adalah sesuatu yang sangat sukar melainkan terpaksa ambil annual leave, sayanglah nak habiskan cuti tahunan, nanti bila hendak guna lagi time raya, time emergency bagai.

Jadinya, hari ini cik suri bawa mak dan adik pergi shopping ke Mesra Mall di Kemasik. Untuk makluman, cik suri memang jarang pergi sana, melainkan bila ada kawan-kawan ajak pergi tengok movie. Dekat Kemaman, tiada apa yang menarik. Tidak seperti di Kuala Lumpur, happening sepanjang hari, dari siang sampai ke malam. Tetapi, cik suri lebih suka tinggal di Kemaman, tak habis duit. hahaha!!! 

Dalam syok-syok berwindow shopping sebagainya, sebelum bawa emak pergi beli groceries, preparation untuk sambut ramadhan yang bakal tiba. Terngiang-ngiang pula lagu ramadhan tiba, ramadhan tiba dalam otak ni. Hahaha, aduh!!!

Aduh, dalam berjalan laju-laju ke TMC tu, ternampak pula orang ramai mengerumuni kain baju di tengah-tengah mall itu. 

Ohhh, ada sales dari butik Jefferson rupanya. Jefferson ni sebenarnya, butik pakaian lelaki tetapi untuk girl yang tubuh ala-ala macho macam cik suri ni, muat jugalah kalau sarung baju tu. Cantik-cantik pula designnya. Apa lagi, jangan lepaskan peluang. 

Jom, bergaduh dengan bebudak lelaki. Haha.


Itu dia, dapat saya tangkap dua helai baju. Memang berkenan sangat dengan design yang tulis "I don't hate you, I just lost respect for you". Lepas ini bolehlah saya tunjuk dekat manager, yang sesuka hati dia terminate staffs. Bukan cik suri yang kena terminate, tapi cik suri geram jugak si pendatang asing itu, suka hati dia buang orang tanpa ambil tahu pasal labour law negara Malaysia ini. Huh, sakit hati betul. Mahu penyek-penyek aje dia ni jadi sambal belacan, lepas tu bagi makan dekat monyet.

okay, untuk kali ni saja entry cik suri kongsikan. Sengaja nak tayang baju baru. Konsepnya, hidup kena show off . chiachiachia...

Kalau korang nak boleh check butik jefferson atau boleh terus juga beli online.

wassalam
#seeyounextentry

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement