SELAMAT TINGGAL 2014
Assalamualaikum
Cik suri tak ada niat nak ucapkan selamat tahun baru. bukan tidak mahu mengalu-alukan kedatangan tahun 2015 ini, tetapi terlalu banyak cerita duka di tahun 2014. terlalu banyak musibah yang telah melanda negara kite ini. ini petunjuk yang kite perlu kembali kepada Allah. jangan terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang lalai dan merugikan.
pada akhir tahun 2014, kita juga telah diuji dengan kejadian banjir yang tersangat luar biasa. lebih luar biasa daripada tahun 2013. tetapi cik suri bersyukur kerana pada tahun ini rumah cik suri tidak mengalami banjir yang teruk, seteruk tahun 2013 di mana paras air sehingga mencapai paras rusuk.
kami sekeluarga sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang bakal tiba. rumah telah dikemas seawal mungkin, begitu juga barang-barang, dan alhamdulillah segalanya dengan izin Allah, kami dihindari daripada musibah itu lagi. tetapi masih ada sebahagian bilangan jiran tetangga yang mana rumah mereka juga dinaiki air kerana limpahan air dari alur sungai. dan jalan untuk keluar dari kampung juga ditutupi oleh air. jadi, kami semua terperangkap. bekalan elekrik juga terpaksa diputuskan oleh tnb selama 3 hari.
cik suri tidak dapat membayangkan perasaan pada hari air mula-mula menunjukkan tanda akan melimpah. ketika itu cik suri baru pulang dari kerja dalam jam lima petang. dan ketika berada di jalan cik suri sudah terlihat ada kawasan sebelah di sekitar jalan utama kemaman-terengganu telah dinaiki air. pada ketika itu, cik suri berada di lampu trafik merah. hati terasa paniK dan tetiba nak menanggis melihat air yang melimpah. tangan terasa menggigil memegang stereng kereta, muka mula terasa panas, tangan kiri dah mula terasa kebas. ketika itu juga terus capai telefon untuk menelefon ayah cik suri. ayah kata masih okay, dia cakap terus pulang rumah.
dan, ketika cik suri memasuki lorong ke kampung cik suri, air sungai sudah hampir melimpahi jalan. dan kebetulan pula, ketika itu diramalkan air pasang besar bakal berlaku untuk tempoh beberapa hari. sampai sahaja di rumah, cakap dengan ayah dan terus alihkan kereta ke kawasan yang tinggi. hujan malam itu lebat dan tidak menunjukkan akan berhenti, ditambah pula dengan keadaan angin yang kuat. pada malam itu kami bergelap untk selama tiga hari.
cik suri mohon agar semua mangsa bersabar atas ujian ini. Allah memilih kita kerana Dia tahu kita kuat untuk hadapi ujian-Nya ini. bersabarlah terutama bagi rakyat di negeri kelantan, kerana mereka telah mengalami banjir yang teramatlah luar biasa. tiada apa yang tinggal. semuanya ranap ditimpa air bah yang sangat besar ini. sabarlah wahai sahabat.
takziah juga kepada keluarga penumpang airasia, nahas qz8510. semoga tabah menghadapi ujian ini. innalillah wa innalillah hirrojiun untuk mangsa banjir dan juga untuk nahas qz8510. sama-sama kita sedekah al-fatihah untuk muslim yang terkorban.
dan,
akhir kata
::SALAM MAULIDUR RASUL::
mari kita sama-sama berselawat ke atas nabi dan mengikut jejak sunnahnya. in shaa Allah!!!
wassalam
senyum sokmo
No comments:
Post a Comment