Assalamualaikum...

Jangan risau...
Hati ini milik Allah...
Andai ditakdirkan dia adalah jodoh kita,
Pasti Allah akan temukan kita dengan dia, walau berapa jauh pun jarak kita
dengan dia..
Allah akan memudahkan urusan hamba-hamba selagi ia bersabar dan berusaha....

















In Sha Allah....

HATI INI MILIK ALLAH

by on January 29, 2013
Assalamualaikum... Jangan risau... Hati ini milik Allah... Andai ditakdirkan dia adalah jodoh kita, Pasti Allah akan temukan kita...
Assalamualaikum…

Salam Maulidur Rasul Semua…
Salam Hari Kekasih Allah...
Walaupun sudah lepas beberapa hari, tetapi masih lagi ada siaran-siaran tv yang menayangkan program ceramah tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w, nabi kesayangan kita semua. Alhamdulillah.
In Shaa Allah.

Sayu hati setiap kali mendengar ustaz-ustaz di kaca TV menceritakan kisah-kisah suka duka Rasulullah s.a.w.

Sedih. Dalam menghayati setiap patah kata-kata yang diucap. Membayangkan betapa peritnya pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam usaha untuk menegakkan syiar Islam yang agung ini. Allahu Akbar. Subhanallah…

Membayangkan diri ini, jika diletakkan pada zaman itu. Tidak pasti adakah diri ini tergolong dalam kumpulan Islam yang baru ingin bersinar atau tergolong di kalangan kaum-kaum musyrikin yang kencang membuat ancaman kepada kumpulan Islam. Mampukah diri ini berjuang mempertahankan Islam atau diri ini adlah orang yang akan menentang dan melakukan kekejaman terhadap orang Islam. Allahu Akbar. Timbul perasaan takut di dalam hati ini. Takut untuk membayangkannya. Ya Allah!!!

Ingin sekali berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Bagaimanakah rupa Rasulullah s.aw. agaknya. Mesti raut wajah sinar bercahaya dan tenang hati memandang. Budi pekerti sungguh mulia, kasih sayangnya tiada tandingan.

Di dalam diri setiap ummat Islam telah ada Rasulullah s.a.w. 
Telah ditinggalkan kepada kita, kasih sayangnya, akhlaknya, Cuma kita perlu mempertahankannya dan menghidupkannya melalui sunnah yang telah ditinggalkan untuk panduan kita.



Andai kata ditakdirkan ajal menjemput cepat atau lambat, Ya Allah, matikan lah aku dalam agama-Mu, Islam.

SALAM MAULIDUR RASUL

by on January 28, 2013
Assalamualaikum… Salam Maulidur Rasul Semua… Salam Hari Kekasih Allah... Walaupun sudah lepas beberapa hari, tetapi masih lagi ada siar...
Assalamualaikum…

Sihat semua…
Harap-harap semua sihat. Saya kat sini tidak berapa nak sihat. Sedikit mengalami pening, batuk dan selsema. Pendek kata symptom-simptom kepada demam.

CANTIK…

Apa yang anda semua faham tentang cantik. Apa yang saya faham tentang cantik adalah sesuatu benda yang kita suka tengok, menarik perhatian dan ingin kita miliki. Tetapi, pendapat bagi setiap orang adalah berbeza.
Pernah seorang kawan pernah bertanya kepada saya” Tak mahukah saya menjadi cantik”. Jawapan saya” Tak”. Saya tak mahu jadi cantik.  

Dia berkata lagi,” abis tu bila awak akan kahwin. Jadilah cantik. Cantik itu satu bonus untuk dapat suami kaya”. Jawapan saya,” Kaya tetapi kalau tiada iman di dada…macam mane mahu mendidik saya dan anak-anak saya nanti. Tak ape lah kalau tak kaya, sekurang-kurangnya cukup dan kite bahagia. Kekayaan tidak akan menjamin ape2 pun”. Saya rasa jawapan saya menyebabkan dia mula berasa sakit hati dengan saya. Tak pe lah, sekurang-kurangnya saya telah memberi pendapat peribadi dan pegangan saya.

Dan, dia tidak berjaya memujuk saya untuk membeli product jualannya. Tetapi sempat berkata, “ Nak cantik tak payah berkira”. Pelik kenapa dia berkata begitu. Abaikan saja lah.

Saya memang tak cantik dan tak mahu jadi cantik. Kenapa saya tak mahu jadi cantik. Bagi saya menjadi cantik itu akan menyusahkan hidup. Kita akan menjadi perhatian setiap orang. Mula lah akan kata-kata pujian, berjalan pun orang pandang, mesti akan ade usikan-usikan nakal si lelaki, panggilan telefon yang nombor kite sendiri tidak tahu. Itu semua adalah gangguan dalam kehidupan seharian. Saya percaya orang-orang cantik akan alami semua ini.

Tetapi saya suka akan orang yang cantik. Saya suka tengok orang yang cantik. Ia ibarat sesuatu yang indah dan sejuk mata memandang. Orang yang cantik, dengan pakaian yang cantik. Cantikkan.

CANTIK

by on January 14, 2013
Assalamualaikum… Sihat semua… Harap-harap semua sihat. Saya kat sini tidak berapa nak sihat. Sedikit mengalami pening, batuk dan selse...

Assalamualaikum semua

Selamat pagi dan selamat bekerja…
Curi masa sikit tulis blog. Sejuk sangat dekat opis nih. Terganggu otak untuk mencari idea untuk prepare material presentation HSE. Rileks kan otak sikit.

Ayah…
Kenapa dengan ayah…Semua orang ade ayah kan. Cuma yang membeza saya dan anda semua adalah sama ada ayah anda masih hidup ataupun telah menemui Pencipta Yang Agung, Allah swt.

Alhamdulillah…
Ayah saya masih ada. Masih sihat wal’afiat. InsyaAllah semoga Allah swt sentiasa member kesihatan yang baik buat ayah saya. Dimurahkan rezeki ayah saya dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang memudaratkan.

Tapi,
Kenapa entry arini ayah?
Kenape ye?
Ermmm…

Sebabnya adalah…
Saya sayang sangat ayah saya…

Walaupun saya adalah anak yang selalu melawan cakap ayah saya. Saya bukan lah anak yang baik untuk ayah saya. Saya tak mampu menjadi anak yang terbaik walaupun saya cuba untuk menjadi anak yang terbaik…sedihnya….huhuhu

Saya tak mampu menjadi yang terbaik tetapi saya akan cuba sentiasa berdoa untuk ayah supaya sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

Hari ini dan hari-hari sebelum ni, saya sentiasa mendengan ayah berkata kepada Haikal, adik bongsu yang sekarang sekolah darjah 2. Setiap pagi ayah akan selalu kata, "belajarlah rajin-rajin" .

Memang inilah pesanan yang saya selalu dengan 20 tahun yang lepas.
Dan kerana pesanan ini lah saya menulis entry ini.
Tak sangka, saya akan mendengar lagi ayat ini tetapi bukan untuk saya, tetapi untuk adik yang masih tinggal.
Kerana pesanan itulah, saya berusaha belajar rajin-rajin. Saya mahu jadi orang berguna seperti yang ayah harapkan.

Begitulah pengorbanan ayah. Bekerja penat-penat untuk menyekolahkan kami adik beradik. Memberi kata-kata semangat supaya suatu hari nanti kami dapat menjadi orang yang berguna dan tidak susah di masa depan.

Ayah bukan lah orang yang belajar tinggi. Bukan lah bekerja opis atau kerajan. Ayah, cuma seorang buruh, yang memerah keringat untuk menyuap mulut-mulut kami semua, untuk membayar yuran-yuran kami. Apa yang penting bagi ayah, masa depan dia tidak mahu melihat anak-anak dia hidup susah macam dia…

Maaf ayah,

Saya masih tidak mampu menunaikan janji saya untuk menyenangkan ayah. Malah saya sentiasa melawan kata-kata ayah.

Jahatkan saya.
Ingat lah untuk diri sendiri,
Jangan sesekali lupa untuk mendoakan kebahagian untuk ayah, kerana doa anak-anak lah sebagai bekal untuk ibu dan ayah di hari kelak.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “ Apabila seseorang manusia itu mati, maka putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang sentiasa mendoa untuknya.”

Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad

Jadi,
Marilah kita mendoakan untuk ibu dan ayah kita ketika mereka masih hidup dan walaupun mereka sudah tiada. InyaAllah…

Amin…

Wassalam…
Assalamualakum....

Selamat petang semua...

Hari ni 01.01.2013, hari pertama untuk tahun 2013 dan selamat tinggal 2012.
Macam mana dengan 2012 yang telah anda semua tinggalkan. Banyak suka dan duka. Baik lah, biarkan yang sedih itu berlalu tanpa dikenang, dan hidupkan yang manis itu dalam kenangan. Wahhh...macam best pulak ayat nih...

Well,

Saya memang berniat ingin meninggalkan segala kenangan yang tak best pada tahun 2012 dan bermula 2013 ni saya ingin sesuatu yang sentiasa membuahkan senyuman dalam kehidupan saya. Mampukah?
Doakanlah yang terbaik untuk diriku yang kecil ini...InsyaAllah!!!

Aja-aja fighting!!! \(^_^)v peace no war....

Azam baru?

Tiada azam untuk tahun ini. Teruskan hidup. Teruskan hidup dengan baik. Teruskan hidup untuk menjadi yang terbaik. Pastikan dapat menjadi yang terbaik.


Selamat menyambut kedatangan tahun baru.
Jadilah yang terbaik untuk tahun 2013. 
Mulakan hari ini dengan sesuatu yang indah.

Dan,
Habiskanlah tahun ini juga dengan sesuatu yang indah..
Selamat berjuang semua.

InsyaAllah!!!

SELAMAT TAHUN BARU 2013

by on January 01, 2013
Assalamualakum.... Selamat petang semua... Hari ni 01.01.2013, hari pertama untuk tahun 2013 dan selamat tinggal 2012. Macam mana ...

Ad Code

Responsive Advertisement