Antara Musuh Atau Kawan Iblis!!!

Assalamualaikum….

Saya ada terbaca sesuatu dan berminat untuk berkongsi dengan kawan2 yang rajin membaca blog saya…terima kasih sebab mengambil masa anda untuk membaca kat cni…hehehehe…

Cerita ini saya petik daripada buku yang saya baca, yang bertajuk “sedarlah kamu wahai manusia: antara semalam dan hari in”. himpunan pesanan dari hadis dan al_quran. Penulisnya adalah Wan Md. Jamal Bin Wan Md. Saman. Buku ini saya perolehi semasa saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC beberapa bulan yang lepas.


15 Musuh Iblis

Menurut riwayat Wahab bin Munbih, pernah terjadi peristiwa di mana Allah s.w.t memerintahkan iblis laknatullah menemui Nabi Muhammad s.a.w dan menjawab segala pertanyaan baginda. Lalu iblis pon mengunjungi baginda Rasulullah dengan menyamar sebagai seorang tua bangka yang memegang sebatang tongkat.

Nabi bertanya: “Man Anta?” (Siapa anda?)
“Saya iblis”, jawabnya
“Apakah maksudmu datang?” Tanya Rasulullah
“Tuhan memerintahkan ku supaya menemui anda dan menjawab segala
Pertanyaan anda,” jawab si iblis.
“Wahai iblis, berapa banyakkah musuh-musuhmu dari umatku?” tanya
Rasulullah.
“Lima belas orang” jawab iblis.

Lima belas orang itu adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w
2. Imam yang adil
3. Orang kaya yang rendah hati
4. Oedagang yang jujur
5. Orang alim yang sembahyangnya khusyuk
6. Orang beriman yang suka memberi nasihat
7. Orang beriman yang pengasih
8. Orang yang bertaubat dan tetap atas taubatnya
9. Orang yang tidak mahu berbuat kemungkaran
10. Orang beriman yang sentiasa berwuduk
11. Orang beriman yang banyak bersedekah
12. Orang beriman yang berkelakuan baik
13. Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
14. Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca al-Quran
15. Orang yang menegakkan ibadatnya pada waku malam, sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w bertanya pula,
“Berapa banyak kawan2mu dari umatku?”
“Sepuluh orang” jawab iblis laknatullah.

Mereka adalah:

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang tidak jujur
4. Peminum arak
5. Penghasut kepada orang lain
6. Orang yang beramal kerana ingin nama(riak)
7. Orang yang memakan harta anak2 yatim
8. Orang yang mempermudahkan solat
9. Orang yang tidak mahu berzakat
10. Orang yang suka termenung (melamun)

(petikan dari Hari Besar Islam oleh H.A Fuad Said)

Apakah kita yermasuk digolongan mana?
Adakah musuh iblis atau sahabat iblis..
Semuga kita menjadi musuh dia kerana iblis adalah musuh kita..

Sesungguh iblis adalah makhluk tuhan yang engkar apabila disuruh tunduk kepada manusia, dan iblis telah meminta daripada Allah untuk menyesatkan anak2 adam sehingga ke hari kiamat…subhanaAllah…

Semoga Allah S.W.T akan melindungi kita daripada syaitan..

Renungan sejenak..Karya seni ciptaan al-Mahrum Prof. Hamka:

Kain basahan dibawa mandi
Setelah mandi dibawa pulang
Amal ibadat dibawa mati
Harta yang banyak diambil orang
Kayu ara tepi laut
Jatuh sebiji dimakan ikan
Kalau datang Malaikat Maut
Kemana nyawa nak disembunyikan
Burung layang terbang melayang
Hinggapnya di kayu jati
Untungnya orang yang bersembahyang
Mukanya jernih hatinya suci
Solatlah engkau sebelum disolatkan
Menangislah kamu sebelum kamu ditangisi
Mandilah kamu sebelum kamu dimandikan
Hisablah dirimu selagi di atas dunia
Sebelum dihisab Allah di Padang Mahsyar nanti

Notes:

1. Petang tadi terima call from HR Sime Darby…Invitation for the interview this Monday at Lagend Hotel, KL…huhu…tak tau kat mne…tp dia ckp dekat PWTC…tp aku nih bukan familiar sgt ngan jln2 di KL nih… tak buat preparation lg…nak jawab ape nnt ek??...Ya Allah permudahkan lah urusan hamba-Mu ini..dan murah kan lah rezeki ku dan keluarga ku…ameen..
2. semalam aku terima call from Prof. Madya Dr. Rosnan Yaacob, lecturer dr UMT…dia dah confirm tuk jd supervisor ku for my MSc…aku decide nk wat MSc. Dln oceanography…kerana itu..aku telah menolak tawaran Msc. Engineering Geology…huhu…tp..Dr. Rosnan ckp dia nye project dah habis…so, xder sponsorship lah…and he advice me to apply scholarship drp.MOSTI…harap dapat…aku mengharap…mudahkan lah perjalananku Ya Allah…
3. and NOW, aku tengah pkir tentang proposal…nak wat tajuk ape..Dr. Rosnan pulak belum bg aku ape2 idea lagi…nak buat sediment pantai or sediment marine?huhuhu….next week aku akan ke UMT tuk bincang kan hal ini….doa2 kan lah yer …
4. nk sgt balik ghanung…penat dah dok kat negeri org…drp Penang…turun ke Johor dan naik ke Bangi..skang nih masih tersadai kat Bangi lg…Pulanglah!!!! HUHUHU…..NAK BALIK!!!!

Siapa Kita

by on June 26, 2009
Antara Musuh Atau Kawan Iblis!!! Assalamualaikum…. Saya ada terbaca sesuatu dan berminat untuk berkongsi dengan kawan2 yang rajin membaca bl...
My Ayah, My Hero!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi, hari yang bahagia…hari yang ceria…

Selamat Hari Bapa kepada ayahku dan atukku…dan bapa2 di dunia…semuga anda bahagia sempena Hari Bapa ini….kepada ayahku…ayah adalah ayah terhebat yang aku ada…My Dad, My Hero…Semuga ayah selamat dunia dan akhirat…InsyaAllah..Ameen…

Sempena Hari bapa nih, aku nak cerita kan sedikit pasal adik kesayangan kami semua, Saiful Haikal Fadhilah Bin Ramli…semua orang sayang kat dia nih…ish33x…manja sungguh nih…tapi….apa kaitan dengan Hari Bapa nih???

Name budak kecik nih….Haikal…panggilan manja ekal, dan nanti klu dah ade anak buah, dia akan dipanggil Bong…(Huhu…suke-suki ati aku jer bagi name tu, semua orang tak setuju)..hehehe…

Dilahirkan pada 030305, skang nih umor dah 4 tahun dah…tahun depan baru nak masuk skolah tadika…suka berlagak macam abang…abang macho…huhuhu…

Skang masih ditinggal bersama mak and ayah, berstatus single…hehehe…

Hobi die…makan banyak tp x gumuk2 pom…camtu jugak kering nye…tang pipi jer muncit skit…lain, suka tengok tv…wonderpet, ultraman, spongebob…antara faverate die…dan lain-lain…sib baik kat umah tak der astro…klu tak, tau lah…mase kecik2 dia suka tgk wrestling…gusti yang main kat TV3 tu, setiap ari khamis…tp skang nihdah dilarang…tak leh tengok dah…sbb suka sangat blasah aku…hwa..hwa…
Lain-lain hobi die suka baca buku and colouring…tak tau lah ape yang dia baca…colouring pulak termasuklah muka sendiri..ish33x…org colour kat buku, die colour kat muka sendiri…huhu…

Cite-cite, nak jadi bomba…penyelamat cam wonderpet…hehehe…kami tak besar, kami tak kuat, yang penting kerjasama…hehehe…

Mainan kegemaran adalah koleksi2 kren dan lori…kereta2 mainan yang lain kurang minat, coz kecik…kren dan lori akan digunakan dalam proses penyelamatan…maklumlah bomba katakan…isk33x…hehehe…aktiviti pagi2 berkawad. Setiap pagi kejutkan abang dia ajak berkawad…ish33x…nakal sungguh…sebaik adik aku yang tu tgh practical, so tak duk kat kolej lah…

Skang ni aku tgh rindu dekat si haikal nih…hehehe…coz die lah penghibur kami semua…
kate mak...haikal nih combination perangai anak2 die...sume perangai kitorang ade kat die...entah lah...hanye mak yang tau perangai kitorg mse kecik...

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku suka dengar lagu nih…

Anak nabi kita ade 7 orang
Empat perempuan, 3 lelaki.
~lalala~lalala~
Lagu mase sekolah kat pasti...time tu pakai jubah hijau lumut ngan jilbab...hehehe...dah la muka bulat...

Sama ngan kami adik beradik...7 beradik, 4 perempuan, 3 laki-laki...

Kehadiran Haikal dlm family aku mmg betul2 mengajar aku erti kehidupan yang sebenar...daripada seorg remaja yang agak pelik dan sekarang aku sudah beransur-ansur untuk mengenal diriku sendiri dan belajar menghargai orang sekeliling ku terutama hati dan perasaan ahli keluarga ku...

Igt lg mase tu...aku tak nak ade adik lagi.. aku dah besar, umur dah nak masuk 20 tahun.bagi aku, sudah cukup aku mempunyai kakak,2 adik laki dan 1 pompuan. Sampaikan satu tahap tu, aku sedih sgt bile dapat tau mak aku dah bersalin...serius, aku tak pernah tau yg mak aku ni pregnant....tetiba jer dpt adik...mase tu dah sem 2, first year kat UKM...terasa macam tak nak balik umah pom ade...tak leh nk terima dapat adik lg...hehehe...

Time tu adalah masa sukar family ku...family kami bukan lah org senang2 seperti org lain…mase tu, kerja ayah ku tak berapa nak elok sgt…faham2 je lah kerja sendiri, terpaksa mencari project utk kerja…besar dugaan pabila mak aku terpaksa ditahan di wad sbb die bersalin melalui pembedahan...bru aku sedar betapa sakitnya mak aku...ade lg parut pembedahan tu sampai skang...aku insaf...

Seminggu lepas itu, adik aku yg laki pulak mendapat result SPM...memang membangga kan mak aku lah...alhamdulillah...aku tak dapat pulang time tu coz ade fieldwork selama 2 minggu di jalur timur...tp pulang juga lah (cuti akhir semester), time tu haikal dah nk masuk 1 bulan...alhamdulillah along ade..time tu dia dah grade di UTM...

Bulan seterusnya dan berikutnya....
Adik aku mendapat tawaran dr Mara to~~..tp aku tak sure tetiba xde pulak…puas aku bertanya kan org MARA coz ms online kate dapat tp surat tawaran tak de..call2, tetiba dia kata tidak disenaraikan...ntah la aku pom confius...kwn2 dia dpt lah fly jauh2...xde rezeki..

Habis la kat c2 jer...then die dpt UIA tuk medic tp time tu die dah register ke matrikulasi..okey, dia janji akan balik buat preparation and registration on mon but fri morning die call mak aku and ckp xnk jd Dr tp nk jd engineer, so tolak lah offer tu..alhamdulillah..aku rase adik aku yang takde la sgt masalah die..., sem 2 di matrikulasi dia dapat schola from PETRONAS....until dia masuk ke UTM...

Kami diuji lagi...adik lelaki aku yg lg satu...aku igt lg dia sakit di sekolah..tp tak tau puncanya...terpaksa dibawa ke hospital pakar dan suspect cancer tulang...besar sungguh dugaan mak ngan ayah time tu...setiap malam dia sakit(mne nk jaga haikal, mana nak jaga die)..tak buleh sejuk kaki tu...terpaksa ulang alik ke hospital utk medical check-up. Tp pelik nya smpai skang(arini) dr xleh pastikan sakit adik ku itu...dah byk sample tisu di test. Dah berapa kali masuk mesin MRI tu..ntah...

Adik aku yang ni nakal sikit...ade satu hari tu, dia cakap kat mak aku dia tak nak pegi exam SPM...die tak nak sekolah...ntah la...kenapa jd cam2...puas dipujuk, ayah dan tak tau nk cakap pe...peranan kami nk brainwash dia nih...alhamdulillah pegi jugak and result pun bagus...so, dapat tawaran ke kolej Mara, Kuantan...tp, apakan daya..dia diuji..adik aku nih panas baran sikit...bergaduh di kolej...dia menarik diri dr kolej krn parent pelajar tu ugut akan lapor pada polis...walhal adik ku tak bersalah...puas jugak lah pengetua halang spy tidak berenti..tp bg aku bangga tindakan adik aku tu betul...dia bukan kena kick-out...pengajaran buat dia... Lepas dia kuar dr Kolej Mara...dia dpt offer UNISEL tp tolak sbb course tu dia tak minat...
Skang ni dia belajar di kolej Sultan Mizan ni lg elok dr kolej MARA...every sem dean list..alhamdulillah...betul2 skang nih dia dah matang...lebih matang drp aku...tp manje jer skit...huhu...

Ni adik pompuan aku…aku paling gembira bila dapat adik pompuan sebab time tu aku xde adik pompuan…asyik main ngan adik laki and kengkawan die jer…aku mne ade kawan2 pompuan..skang die dia dah duk hostel…aku tak leh jumpa dia kat hostel..mesti nangis…kat umah buleh…maluuunyee…

Baru aku sedar, semua bermula drp lahirnya Haikal...kehadiran die betul2 membuka mata aku tentang kasih sayang dan kerjasama antara ahli keluarga…entah la, mungkin dlu aku tak matang dan sedikit cetek untuk berfikir…tp aku perlahan-lahan mula belajar tentang kehidupan…terima kasih kat mak and ayah sebab bagi HAikal kat kitaorang...

Sebenarnya, aku bangga ngan parents aku..kami adik-beradik mmg dibesarkan dengan motivasi yg disampaikan secara tidak langsung..dengan cerita2 menarik yg menyebabkan kami lebih kuat untuk berusaha dan memahami situasi mereka...

Emak ngan ayah aku merupakan superwoman dan superhero kami...mereka tabah menghadapi cabaran bersama2...bagi aku, tanpa mereka aku tak leh hidup kerana aku bergantung kpd mereka...walaupon banyak kesusahan, cabaran, walaupom tiada kemewahan...

I love my emak and my ayah...

Whatever happens, we’ll stand together to face it.

erm...mood nak tgk cite Nur Kasih, Jumaat 9.00 pm...
cite Father of The Bride I, II..best sangat2...kasih ayah kekal selamanya..

pssstt...
nak bocorkan rahsia...mak ngan ayah aku slalu dating kat pantai, nnt klu free aku skodeng diorg and snap a few pic...hehehe...gelak jahat...

Selamat Hari Bapa

by on June 22, 2009
My Ayah, My Hero!!! Assalamualaikum dan selamat pagi, hari yang bahagia…hari yang ceria… Selamat Hari Bapa kepada ayahku dan atukku…dan bapa...
My sista’ engagement day…

selesai sudah majlis pertunangan along ku pada 06/06/09...alhamdulillah..
majlis diketuai oleh atuk ku dan pak uda(belah lelaki)
sedikit gambar2 yg disnap...tgok jelah...


***nnt I update...skang ni tgh busy and demam pom blum baik lg...so semangat kurang skit ler...***
Assalamualaikum

Surprise from my friends aka ofismate…thanx girls!!

 
Birthday cake from my family…
Hadiah!!!
Bantal drp Lina, x-roomate/x-housemate
Set kerongsang from my sista
Gelang Kristal from my bro…
Thanx guys…
Love u all…

Hadiah drp Dr. Kan…huhu…

My (23+1)th Birthday

by on June 05, 2009
Assalamualaikum Surprise from my friends aka ofismate…thanx girls!!   Birthday cake from my family… Hadiah!!! Bantal drp Lina, x...
Lagu: Ada Untukmu
Nyanyian: NubHan

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati

Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku...
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku

Aku...
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku...
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Aku...
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku

Aku...
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu

Aku...
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya


Cerita Aku

Aku suka sangat lagu ni.
Entahlah tak tahu kenape...

Maybe kerana lagu ini selalu didengari di kaca tv semasa iklan promo drama "Cinta Batu Belah".
Aku pun tak pernah lagi tengok drama tersebut. Tetapikan suara si budak Nubhan ini memang sedap weii. Boleh lentok tertidur mendengarnya.

Aku memang minat giler dengan si Nubhan ini. Sejak dari zaman Akademi Fantasia lagi. Suka tengok dia mengusik si Stacy tu. Comel je!

Ad Code

Responsive Advertisement