LIRIK LAGU TAK MUNGKIN KERANA SAYANG - ALYAH
Assalamualaikum
"It
hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most
painful is to love someone and never find the courage to let the person
know how you feel"
itu
dia, quote untuk pagi ini. bukan kerna cik suri putus cinta tau, tetapi
sebab mms yang cik suri terima daripada celcom. perghh...jiwang siot.
but
still can be something yang korang boleh pikir-pikirkan. bagi yang
single macam cik suri. pernah seorang sahabat pesan, jodoh tak datang
bergolek yer, kalau kau duduk diam tanpa usaha. but how to usaha,
sedangkan dia tidak pernah ajar macam mana mahu cari jodoh. alamak,
melencong cerita pasal jodoh pulak. sowi-sowi, cik suri memang sengaja.
hahaha :)
by
the way, sebenarnya cik suri nak relate kan quote di atas dengan lagu
alyah ni, "tak mungkin kerna sayang". tadi dengar dekat radio. sedap
jugak suara si alyah ni. memang tak dinafikan sebab cik suri memang
peminat alyah.
bait-bait lirik lagu ni memang cantik. "tak mungkin kerna sayang, cuma terganggu oleh perasaan"
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Mode : cik suri tengah susah hati, tak tau mahu pikir apa, menulis blog dengan harapan masalah boleh hilang buat seketika. jangan lari dari masalah tetapi cubalah berusaha untuk selesaikan masalah. tetapi sebenarnya itu bukan masalah cik suri tetapi terlibat dan terpaksa mengambil bahagian untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian. mohon doakan untuk cik suri. sekurang-kurangnya, jika masalah ini dapat diselesaikan, ia dapat mengurangan bebanan perasaan yang cik suri hadapi sekarang.
Wassalam
Senyum Sokmo :)
No comments:
Post a Comment