TRIP KE TAIWAN - Terokai Keindahan Bandar Taichung dan Sun Moon Lake (Hari 1)
Assalamualaikum semua!
Sambungan kepada trip 6 hari 5 malam percutian kami di Taiwan. Untuk makluman, ini adalah perkongsian yang telah "basi" sebenarnya. Saya dan kawan baik iaitu Cik Dayah telah pergi melancong ke Taiwan pada hujung bulan Januari 2019 - iaitu setahun sebelum pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. Baru sekarang saya tergerak hati untuk berkongsi pengalaman bercuti di negara yang terkenal dengan julukan "Heart of Asia" ini.
Harap anda sudi untuk membaca perkongsian ini sehingga habis ya!
Bermula dari Kuala Terengganu ke KLIA2
Perjalanan kami bermula dari Kuala Terengganu. Kami mengambil penerbangan petang ke Kuala Lumpur kerana penerbangan AirAsia kami dari KLIA2 ke Taipei adalah seawal jam 6 pagi keesokan harinya. Jadi, mahu atau tidak kami terpaksa bermalam di KLIA 2 dahulu. Sempat juga untuk mandi dan bersarapan sebelum bergegas untuk check-in.
Dari Taoyuan Airport Terus ke Bandaraya Taichung
Setibanya kami di Taoyuan International Airport, kami segera bergerak ke kaunter imigresen untuk urusan kemasukan, mengisi white form dan cop passport. Ketika ini kami banyak membuang masa dengan berswafoto kerana excited. Maklumlah, kali pertama menjejakkan kaki ke Taiwan. Waktu ini jugalah baru terhegeh-hegeh hendak menulis white card (kad ketibaan).
Tips Laluan Kami:
Kami memulakan perjalanan ke Taichung iaitu daerah selatan Taiwan, baru bergerak naik ke utara Taiwan iaitu Taipei, kemudian mengarah ke timur iaitu Keelung dan Hualien. Saya sengaja mengatur perjalanan begini memandangkan masa yang agak suntuk dan banyak tempat yang mahu kami lawati.
Ini adalah lauluan yang terbaik:
Taichung ➡️ Taipei ➡️ Keelung ➡️ Hualien ➡️ Taipei
Setelah selesai segala urusan imigresen, kami terus turun ke Aras 1 untuk menaiki intercity bus ke Taichung. Sebelum itu, saya sempat membuat tukaran wang di kaunter money changer dan membeli Easy-Card di kedai 7-Eleven.
Untuk menaiki bas antara-bandar, tiket perlu dibeli menggunakan mesin automatik yang terletak bahagian luar iaitu sekitar parking bas. Kami bernasib baik dibantu oleh orang tempatan yang sangat ramah kerana tidak familiar untuk menggunakan mesin tersebut.
Kami membeli tiket bas untuk perjalanan pada jam 4:00 petang, supaya kami sempat sampai di Taichung sebelum malam. Tidak sangka, bas yang kami beli tiketnya itu akan bergerak tepat pada waktunya. Kami berjaya menaiki bas tepat jam 4:00 petang kerana bas sudah menunggu dan akan bergerak pada bila-bila masa. Nasib baik sempat nampak nama bas dan kami bertindak pantas, kalau tidak tertinggal bas jawabnya.
Harga tiket bas untuk ke Taichung ialah NT140 seorang dan perjalanan mengambil masa sekitar 90 minit ke 2 jam.
Setibanya di Taichung Bus Terminal hampir jam 7 malam. Kami mengambil teksi untuk terus ke rumah inap (guesthouse) yang ditempah awal melalui Booking.com. Tambang teksi cuma NT100 untuk jarak tidak sampai 5 minit. Rupa-rupanya guesthouse kami tersangat dekat dengan hentian bas, jalan kaki pun boleh!
Hari 1: Menjelajah Sun Moon Lake (Nantou County)
Dari Taichung County kami menaiki bas menuju ke Sun Moon Lake. Sun Moon Lake terletak di Nantou County. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam dan bas berhenti betul-betul di terminal bas utama Sun Moon Lake (berhadapan dengan Sun Moon Lake Boat Ticket office).
Untuk mengelilingi sekitar tasi ini, anda boleh memilih samaada untuk menaiki bas transit, menaiki bot atau menyewa basikal. Pilihan kami adalah dengan menaiki bas khusus yang akan mengelilingi tasik ini.
![]() |
| Hentian terakhir bas inter-city dari Taichung adalah Sun Moon Lake Bas Terminal. |
Kemudian kami menaiki bus yang di khususkan untuk mengelilingi The Sun Moon Lake ini. Perhentian pertama kami adalah di Wenwu Temple. Cik Suri pun tak pasti kenapa kami memilih berhenti di sini. Mungkin mengikut pelancong-pelancong yang lain yang turut sama turun di situ.
1. Wenwu Temple & 'Stairway to Heaven'
![]() |
| Wenwu Temple |
Perhentian pertama kami ialah Wenwu Temple. Saya tidak pasti kenapa kami memilih untuk turun di sini. Sebenarnya, kami tidak familiar lagi dengan laluan bas dan attaction spot, jadi kami hanya mengikut majoriti pelancong lain di dalam bas yang turun.Kami tidak masuk ke Wenwu Temple, sebaliknya kami memilih untuk menuruni tangga di depan Wenwu Temple Hiking Trail ini. Ia dikenali sebagai "Stairway to Heaven'.
![]() |
| Stairway to Heaven |
"Stairway to Heaven" memiliki 366 anak tangga yang mana setiap anak tangga mewakili hari-hari dalam setahun.
Ukiran tarikh pada setiap batu anak tangga turut diukir mewakili tarikh lahir orang-orang terkenal. Mendaki keseluruhan anak tangga ini simboliknya adalah seperti kita menghabiskan keseluruhan satu tahun, 366 hari.
Di hujung tangga, akan ada pondok untuk berehat. Kita dapat melihat pemandangan tasik yang luas terbentang.
![]() |
| Pemandangan Sun Moon Lake, air yang berkaca seperti kristal. |
![]() |
| Tunggu bas untuk ke next stop. |
Songbolun Section, Bikeaway
Selepas penat bersiar-siar di sekitar Wenwu Temple Hiking Trail, kami menaiki bas lagi untuk ke next stop. Kali ini kami turun di Songbolun Section, ia itu laluan berbasikal menuju ke Sun Moon Lake Tourist Centre. Sebenarnya, kami main turun sahaja sebab tidak faham dengan route bas Sun Moon Lake ini.
![]() |
| Bas yang membawa kami mengelilingi Sun Moon Lake |
![]() |
| Laluan dalam hutan buluh ini sangat best sebab teduh dan berangin. Tambah pula dengar bunyi desiran daun-daun. |
![]() |
| Tiba di THSR Taichung Station untuk mengambil tiket THSR |
![]() |
| Berehat dahulu. Tidur. |
Perjalanan untuk sampai ke Taipei mengambil masa lebih kurang satu jam. Sempatlah untuk kami melelapkan mata.
![]() |
| Pemandangan bandaraya melalui THSR dengan kelajuan kilat...hehehe!!! |
![]() |
| Di Songsang Airport |

























Tiada ulasan:
Catat Ulasan