Assalamualaikum

Tengah-tengah malam sempat lagi nak mengupdatekan blog cik suri ni. bulan march adalah bulan yang agak sibuk bagi cik suri. terpaksa hadapi dua external audit daripada Baker Hughes dan Halliburton. bulan yang memenatkan. terpaksa kerja lebih masa untuk memastikan segala document tersedia dan dikemaskini walaupun yang nyata cik suri bukanlah pekerja yang baik. tetapi cik suri cuba untuk memastikan semua teratur dan sediaada untuk audit.

Ditambah pula dengan kesibukan cik suri membusybodykan diri untuk mendapat update2 terkini tentang MH370 dan juga spekulasi2 dan kontroversi yang ada di laman2 sosial...kesibukan sampingan. dan yang nyata, masih belum ade khabar yang menggembirakan kite semua... teruskan berdoa untuk mh370. InshaALLAH...

Sedikit tips untuk persediaan ketika anda diaudit.
1- Get ready dengan semua document. pastikan anda tahu di mana anda simpan document, file no., control no, di rak mane, dan sebagainya.
2- Jangan gelabah, relax sahaja. pastikan anda memberi apa sahaja dlocument yang diminta oleh auditor. jangan tunjukkan file kepada auditor. seboleh2nya hanya bagi copy sahaja, yang diminta sahaja.
3- Bear in mind, auditor tak makan orang. diorang datang untuk mengaudit, dan bukan untuk mencari kesilapan. setiap auditor memang dilatih untuk membetulkan apa sahaja kekurangan di dalam sesuatu organisasi. tak semua company adalah perfect. so, kena ingat, setiap kesilapan adalah untuk diperbetulkan bukan untuk saling menyalahi.
4- Mengetahui setiap bidang tugas masing-masing. fahami setiap kerja dan proses rutin setiap individu itu sendiri. bersedia dengan segala pertanyaan yang akan diajukan oleh auditor. kena ingat, komitmen kita pada kerja adalah sangat membantu kite.
5- Bersikap jujur. jangan cuba menyembunyikan kekurangan. berterus terang adalah langkah terbaik kerana audit bukan untuk mencari kesilapan tetapi untuk memperbetulkan kesilapan. menerima Ncs adalah satu cara untuk kita meningkatkan prestasi kite. jawablah dengan fakta bukan auta.
6- Auditor adalah tetamu yang bertandang ke rumah kita (office). jadi sambutlah mereka dengan baik dan elakkan daripada rasa tertekan dan tegang. sentiasa berikan mereka tanggapan yang positif tentang kita dan jangan lupa selalu senyum.

Jadi, cik suri telah selesai dengan dua external audit dan berasa sangat lega. cik suri tak berasa kisah sangat pasal keputusan audit itu. apa yang penting, i've learned something from the auditors. cik suri sangat suka bile ada audit. hahahaha :)

Cik suri dah boleh enjoy.
dan, korang pernah dengar tak pasal zumba. macam menarik jer kan. haritu cik suri ada menonton zumba di youtube bersama rakan2. zumba ni ala-ala macam kite bersenam aerobik jugak. rasa macam excited pulak nak berzumba. petang tu, terus ke kedai sport membeli kasut sukan. alasan untuk berzumba.

Berzumba bagus untuk kita meregangkan badan. lagi-lagi lepas penat seharian bekerja. so, cik suri dah make a promise dengan office mate to join her to kelas berzumba. tak sabar...

Korang boleh tonton video ni. cam best jer diorang menari. macam nih boleh kurus dan ramping pinggang. jom kite try reramai...

dan, lagi...

okey....!!!

Wassalam,
senyum sokmo
:.excitednakberzumba.:

AUDIT DAN ZUMBA

by on April 05, 2014
Assalamualaikum Tengah-tengah malam sempat lagi nak mengupdatekan blog cik suri ni. bulan march adalah bulan yang agak sibuk bagi cik s...
Assalamualaikum

First of all, condolences to Malaysian Airline System (MAS) di atas kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. Kehilangan yang menjadi misteri dan kerisauan di hati setiap ahli keluarga penumpang yang terlibat.

Sudah memasuki hari yang ketiga kehilangan, yang mana pesawat tersebut mula terputus hubungan semenjak jam 2 pagi pada 8 March 2014. Let us together pray that MH370 safely back to Malaysia without any kecederaan atau bencana.

This incident really test our patience level and pleased with Allah. All of this is His test for us, to show that He is really love us and want us to rely on Him, back to Him. Indeed Allah knows best and everything is beyond the limit of our pengetahuan. May every family member persevere with this ujian and willing to accept any consequences. Keep praying to Allah and never stop performing Solat Hajat. Ask for His guidance.




Dan,

One more story Cik Suri like to tell is about majlis pernikahan Shamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dengan kehendak Allah swt.

Congratulation on the wedding and hopefully got blessed and  redha from ALLAH s.w.t. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah. Semoga pasangan ini dapat membantu satu sama lain dalam mendidik hati dan sentiasa istiqamah.

Cik Suri suka tengok Puteri Sarah dan Shamsul Yusof ni. Kedua-duanya mempunyai sejarah silam dan kedua-duanya memilih untuk kembali menunaikan tuntutan ALLAH s.w.t dan agama Islam.

Alhamdullilah. Pray for them. In shaa Allah :)




Dua peristiwa yang berbeza pada hari yang sama, 8 March 2014. Kedua-duanya, menuntut kepada kita agar sentiasa meletakkan ALLAH swt di tempat teratas di hati kita.

Wassalam,
dan, senyum sokmo :)
:.bilepulakturnsaya.:
Assalamualaikum

Bersawang blog saya ini. Dah nak hujung bulan February 2014 but baru ada satu post pada January. Semangat dah hilang berkobar ke. Adeh...!!! Cik Suri tak sempat nak update blog. Banyak story to tell but not enough time to blogging. Busy with my work and task...(ye ker!!!).
And, before I leave, enjoy this song from my best favorite boyband.



Have a nice day...
Wassalam and senyum sokmo :)

BLOG JADI SESAWANG

by on February 26, 2014
Assalamualaikum Bersawang blog saya ini. Dah nak hujung bulan February 2014 but baru ada satu post pada January. Semangat dah hilang be...
Assalamualaikum

Tahun baru 2014. Perlu ke ucapan selamat tahun baru tak ni? 
cik suri tidak menyambut tahun baru, rasa macam klise sangat. Semalam pun terus tidur awal, dan memang dalam beberapa tahun kebelakangan ini tak menyambut tahun baru. 

Bagi cik suri sudah tidak ada apa yang perlu untuk disambutkan tahun baru. Mungkin ketika cik suri masih berada di universiti, sambutan tahun baru seperti satu kemestian, cuma hanya menyambut dalam kampus ukm sahaja. Tengok percikan mercun yang disediakan oleh universiti. Ketika itu memang tergediklah, darah muda. Terlebih "excited"lah, perangai macam budak-budak tetapi stili enjoyed the show. 

But now, sudah tidak kuasa untuk melayan benda-benda itu semua, I am old enough, sudah tidak larat untuk menggedik. ahha. 

Lagi satu perangai menangis tiba-tiba. Alahai, perangai apakah ini? Perangai yang ini memang tidak mampu hendak diubah walaupun tiap-tiap tahun menjadi azam untuk tidak menangis.
Terlalu sensitive agak?

Jadi, tahun baru, life should be changed to be better than yesterday. Meaning, better than last year. Walhal baru beberapa jam memasuki tahun 2014. Semoga tahun 2014 tahun yang memberi tuah kepada cik suri.

Tahun baru ini, cik suri berharap untuk memulakan kehidupan yang lebih bahagia. Cik suri akan cuba untuk menjadi seorang yang lebih terbuka dan lembut hati. Tiba masanya untuk berkorban pada diri sendiri pula. 

Tiba masanya untuk cik suri memikirkan hak diri sendiri yang telah banyak kali diabaikan. Memulakan sesuatu yang telah lama tertangguh. Merendahkan ego yang selalu dipertahankan dan ego itu yang mungkinakan menghancurkan diri jika terus dibawa bersama. 

Belajar untuk lebih terbuka menerima pendapat orang di sekeliling cik suri. Menambah kebaikan dan memperbaiki kelemahan dalam bab-bab agama. It's time to change, to be someone better.

Masanya sudah tiba!!!

Semoga semua urusan yang cik suri rancangkan untuk tahun 2014 ini dipermudahkan oleh  tuhan, Allah Yang Maha Satu.

cik suri boleh,!!!
Inshaa Allah
#berdiridikakisendiri #berdikari


iklan google yang buat cik suri gelak sorang-sorang dari semalam. kelakar, cute dan macam comel jer...macam comel jer *yang ni penyakit orang giler*

sebelum tu, silalah layan lagu ini, nyanyian Yuna.



She thinks she’s all alone
And all her hopes are gone
And so I wrote this song
So she can move along.

But things were bad
She was in despair
Her things were bad
And you were never there

But things were bad
She came up for air
She said a little prayer, she found herself

Chorus:
Yeah, she’s got light in her face
She don’t need no rescue and she’s okay.
Yeah, she’s got life in her veins
She don’t need no rescue and she’s okay.
No SOS me then rescue when she’s finally there
No SOS me then rescue when she’s finally there, yeah
She’s got a life in her veins,
She don’t need no rescue and she’s okay

She looks into the sky
And all her tears are dry
She kissed her fears goodbye
She’s gonna be alright.

But things were bad
It was beyond in repair
She was scared, she couldn’t handle it.
The things were bad, but now she’s glad
Can’t you tell, she’s walking on air?

Chorus:
Yeah, she’s got light in her face
She don’t need no rescue and she’s okay.
Yeah, she’s got life in her veins
She don’t need no rescue and she’s okay.
No SOS needed no rescue when she’s finally there
No SOS needed no rescue when she’s finally there, yeah
She’s got life in her veins,
She don’t need no rescue and she’s okay

That girl is you yeah and that girl is me
That girl is strong girl and don’t let you see
That girl is you yeah and that girl is me
That girl is strong girl and don’t let you see

[Chorus:]

semoga tahun 2014 akan memberi kebahagiaan kepada cik suri. cik suri tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa pun. maaf andai ada yang terluka. i am innocent (tetiba laks)

akhir kata,

ujian itu Allah datangkan kerana Dia sayangkan kite semua. Redha lah dengan ujian-Nya kerana mereka yang sabar itu tergolong dikalangan orang-orang yang beriman.

Jagalah sembahyang kerana sembahyang itu tiang agama, kukuhkanlah ia agar tidak runtuh. ikhlaskanlah hati dalam beribadat dan semoga Allah sentiasa menjaga hati kite dan dijauhkan daripada sifat-sifat buruk, mazmumah.

Wassalam
Senyum Sokmo :)
#timetorescuemyself
Assalamualaikum

"It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel"

itu dia, quote untuk pagi ini. bukan kerna cik suri putus cinta tau, tetapi sebab mms yang cik suri terima daripada celcom. perghh...jiwang siot.  

but still can be something yang korang boleh pikir-pikirkan. bagi yang single macam cik suri. pernah seorang sahabat pesan, jodoh tak datang bergolek yer, kalau kau duduk diam tanpa usaha. but how to usaha, sedangkan dia tidak pernah ajar macam mana mahu cari jodoh. alamak, melencong cerita pasal jodoh pulak. sowi-sowi, cik suri memang sengaja. hahaha :)

by the way, sebenarnya cik suri nak relate kan quote di atas dengan lagu alyah ni, "tak mungkin kerna sayang". tadi dengar dekat radio. sedap jugak suara si alyah ni. memang tak dinafikan sebab cik suri memang peminat alyah.


bait-bait lirik lagu ni memang cantik. "tak mungkin kerna sayang, cuma terganggu oleh perasaan" 



Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Mode : cik suri tengah susah hati, tak tau mahu pikir apa, menulis blog dengan harapan masalah boleh hilang buat seketika. jangan lari dari masalah tetapi cubalah berusaha untuk selesaikan masalah. tetapi sebenarnya itu bukan masalah cik suri tetapi terlibat dan terpaksa mengambil bahagian untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian. mohon doakan untuk cik suri. sekurang-kurangnya, jika masalah ini dapat diselesaikan, ia dapat mengurangan bebanan perasaan yang cik suri hadapi sekarang.

Wassalam
Senyum Sokmo :)

Ad Code

Responsive Advertisement