Saya, Aku, Orang…!!!
ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!
Dah lama agaknya tak up-date blog nih. Bukan busy, tapi malas.Rasa-rasanya banyak sangat benda yang nak share tapi kemalasan itu sangat menjadi raja dalam diri ini. Disamping itu, sibuk jugak mencari kerja baru dah dah berkali-kali resuma ini diubah suai. Tapi satu company pun tak ada yang panggil untuk di interview..errm…biarlah hati ni belajar untuk bersabar. Alhamdulillah masih mampu bersabar..
Ok lah. Biarkan dulu pasal kerja tu. InsyaAllah, ada rezeki dapat lah, yang penting dah berusaha dan perlu tingkatkan lagi usaha sambil itu banyak
Kali ini, rasanya nak share pasal kata ganti nama yang say gunakan bila berbual-bual dengan rakan-rakan dan juga family. Banyak kata ganti yang saya guna. Kadang-kadang AKU, SAYA, KITE, SUE, ORANG,KAK NI. Penggunaan yang berbeza-beza berganyung pada individu yang sedang saya bercakap.
Aku- aku, saya gunakan pabila bercakap dengan kawan yang menggunakan perkataan aku dengan saya. Saya gunakan aku dengan kawan2 lelaki, kawan perempuan yang biasanya bukan teman rapat saya. Agak kasar tapi itu lah, kadang2 terasa janggal jugak.
Saya- apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa dr saya, bos, orang yg baru dikenali, pensyarah, cikgu. Lebih sopan
Kite- digunakan bile bercakap dengan parents, makcik pakcik sedara. Maklumlah, orang terengganu memang menggunakan “kite” bile bercakap. Dan sometimes, digunakan juga dengan kawan2 yang pastinya kawan rapat lah.
Sue- biase saje. Memang digunakan dengan sume rakan2 pompuan. bukan nak diskriminasi terhadap lelaki, tetapi rase janggal menggunakan “sue” bile bercakap dengan lelaki. Minta maaf kepada lelaki sekalian.
Orang- salah satu kata ganti yang digunakan dengan kawan2 pompuan jugak…hehehe…semua pompuan
Juga digunakan bile bercakap dengan mak ayah dan nenek/datuk.
Kak Ni-ni panggilan yang dipanggil oleh kakak dan adik2 dan juga sepupu2.
Nani- dipanggil oleh tok dan to’ki saya belah ayah. Panggilan yang paling saya suka.
Nani takut katak!!! (dalam buku mari membaca 1, masa darjah satu)
Noni- panggilan oleh makcik pakcik sepupu belah mak dan ayah.
Aye- hehe…digunakan masa sekolah dulu. sebenarnya merujuk kepada saya. Tapi time tu tak tau lagi nak beza
Kami-pernah guna perkataan ni masa belajar di MRSM Balik Pulau. “Mane kami tau”..hehehe…ini lah pengaruh dengan budak2 utara. Tapi seronok..
Itulah, antara beberapa kata ganti nama yang saya guna bile bercakap dengan orang. Seronokjugak bile ingat balik. Terpikir jugak, nanti dah kawen nakpanggil suami ape…tak nak lah panggil saying, ayang darling, honey…macam biase sangat
Wassalam…dan selamat malam…jangan lupa bace doa tidur…
Bila Saya Bercakap
Bulan ramadhan sudah tiba...jom kita beribadat bersama-sama...
semuga dapat berpuasa dengan sempurna dan tertib.
jangan lupa memperhebatkan lg amalan2 lain...
agar ramadhan kali kini lebih baik daripada ramadhan2 yg lepas..
jangan tinggal kan sahur...
marilah kita sama2 memperbaiki peribadi pd bulan yg berkat ini...
semoga berjaya dan selamat berpuasa!!!
InsyaAllah!!!
Ameenn...!!!
Marhaban ya Ramadhan
Kali pertama emak aku mengungkit kan hal ini. Aku fakir selama ni die tak kisah dan tak pernah menyuarakan benda2 mengarut cam nih. Mengarut bagi akulah dan mungkin tidak bagi orang lain. Apa die? KAHWIN!!! Argghhh…Aku tak percaya…!!!
nape isu ini mak ak bangkitkan…selama tidak pernah…die pom x pernah selidik sama ada aku dah berpunya or tidak…huhuhu…
Mak: “Apsal ank org lain senang jer kawen…blajar tak tinggi pom, senang dapat kje, senang dapat jodoh”.
Ayah: “Anak org lain suka melayan lelaki, bertegur sape, bergaul macam mane…anak kite, org tegur xpenah nk senyum, masam mencuka muka”
Aku: sengih cam kerang busuk jer lah, memang busuk pom…hehe… bagi aku xperlu nk melayan lelaki..aku bkn perempuan murah…mungkin org kate ak gedik…ak mengaku ak gedik tetapi ak x gedik dgn lelaki…ak gedik kat kwn2 pompuan jer…mungkin korang tak percaya dlm henset ak hanye ade bbrp shj no phone lelaki…bg aku xpenting nk simpan sume no diorg sekiranya ak bukan slalunye menelefon diorg…
Kadang2 aku pom terpikir jugak..ak nih ade perasaan kat lelaki tak…? Sebab dlm ati aku kosong…nk berkawan pom mesti nk mencari kwn pompuan.. entah la..malas nkpikir sbb ak percaya suatu ari nanti ak akan bertemu juga dgn saifudin ak tu…org kate berusaha, tapi diorg tak penah bgtau cam mne nk berusaha…mungkin ak perlu jd seprti siti khadijah, meminang rasulullah…tp siapa yg perlu ak pinang, sbb di keliling ak tiada lelaki…atau?!!! Aku pom tak tau..
Takpe lah..buat masa nih ak tak fakir lagi..sbb nye ak dah tak kje…dlu memang ak target if dapat kje ak akan bg ruang untuk hati ak tuk sape2 sje yg sesuai (ak tak memilih walopom ramai kwn2 kate ak memilih…perut bunci pom ak xkesah janji die tau nk jaga kesihatan)…tp skang mungkin terpaksa ak tangguh dlu…
Dah lah..takleh tulis byk2..nnt pecah pulak rahsia2 aku…biarlah menjadi rahsia…hehehe…
“Dengarlah wahai temanku, Allah memujukmu, at-toyyibat littoyibin, (an-Nur;26). Wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki baik dan sebaliknya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Loh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika engkau teguh di atas jalanyang diredhai, InsyaAllah, si dia turut di jalan yg sama. Lupakan kegundahan , teguhkan diri pada cintaHakiki. Nescaya cinta lelaki soleh turut kau milikki.”
Aku bukan lah Rabiatul Adawiyah, tetapi aku telah cuba untuk menjadi seperti die walaupom tak sesempurna die…