Assalamualaikum



Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, sudah pastinya akan ada lagu patriotik yang akan menaikkan lagi semangat kemerdekaan setiap warga rakyat Malaysia.


Di Malaysia tercinta ini, banyak lagu patriotik yang telah dicipta dan dinyayikan sejak zaman berzaman lagi. Pelbagai rencah rasa, ada yang bersemangat, ada yang runtun jiwa juga.


Satu lagu ini yang kita akan sentiasa nyanyikan walau di mana dan apa jua acara. Iaitu lagu NEGARAKU. Lagu "Negaraku" adalah lagu kebangsaan kita. Lagu yang penuh jiwa, pengorbanan dan kasih sayang. 


Mari kita hayati bait-bait lirik Lagu Kebangsaan Malaysia ini.


Tajuk: Negaraku

Pengarang Asal: Saiful Bahri, 1957


Negaraku,

Tanah tumpahnya darahku

Rakyat hidup, bersatu dan maju

Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan

Raja kita, selamat bertaktha

Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan

Raja kita, selamat bertaktha.


Tanah Melayu ini tanah mengalirnya darah pejuang-pejuang yang tidak kenal erti lelah dan putus asa dalam berjuang menuntut kemerdekaan bumi melayu daripada penjajah. Berabad kurun tanah berkat ini dijajah. Pribumi, penghuni asal menderita akibat daripada kekejaman pendatang. 


Tanah ini adalah tanah yang akan kita pertahankan. Tanah ini tanah yang nenek moyang kita bertumpah darah untuk mempertahankannya. Janganlah kita menjadi anak bengsa yang tidak mengenang budi dan belot kepada ibu pertiwi.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-67

MALAYSIA BERDAULAT, RAKYAT HIDUP AMAN SEJAHTERA



Assalamualaikum.


Salah satu sebab kenapa Cik Suri beria-ia sangat ingin ke negara Taiwan adalah kerana hendak melawat Taroko Gorge National Park. Taroko Gorge National Park ini terletaknya di wilayah Hualien County di bahagian timur pesisir kepulauan negara ini.


Hualien adalah satu daerah yang tersangat tenang. Cik Suri sangat suka akan suasananya. Malam yang tenang, sunyi dan juga sejuk. Pagi pun tenang juga, tidak sesibuk suasana bandar dan majoriti penduduknya sangat peramah. Berbeza dengan bandar Taichung, kami kena marah dengan pemandu teksi dan juga cashier 7E yang grumpy dan tidak peramah itu.


Berada satu hari di Hualien sebenarnya tidak mencukupi. Kamu tidak akan dapat menjelajah keseluruhan tempat-tempat menarik di daerah ini. Masa satu hari ini memang membuatkan kami agak rushing. mengejar masa. Tidak semua tempat yang dapat kami lawati.


Jadi untuk kamu yang teringin ke Hualien, saya mencadangankan agar tinggal untuk 2 hari. Mungkin kamu boleh mengambil keretapi waktu pagi dan stay satu malam. 


Jika kamu mengambil keretapi pada waktu pagi, kamu akan sampai Hualien waktu tengahari. Tempoh ini kamu boleh melawati sebahagian dahulu tempat menarik. Keesoknya boleh sambung lagi.


Pada waktu petang dan malam, kamu boleh pergi ke pasar malam di sekitar bandar Hualien ini. Ataupun boleh juga kamu menikmati suasana malam di Hualien City.


Hotel Kami

Sebelum saya meneruskan perihal menarik tentang Hualien, bagi saya kongsi dahulu penginapan kami semalam di sini. 


Sejujurnya, saya ingin nasihatkan agar kamu memilih hotel di sekitar bandar. Ini kerana kelebihannya lebih banyak fasiliti dan dekat dengan pengangkutan awam.


Hotel yang kami tempah ini agak jauh sedikit daripada bandar Hualien. Ia mengambil masa lebih kurang 10-15 minit perjalanan menaiki teksi. Walaupun harga teksi hanya NT$100, tetapi ia adalah kawasan sedikit luar bandar. Tetapi yang bestnya, suasananya tenang dan sunyi daripada bunyi kenderaan.


Kami memilih Fly Guesthouse. Ianya adalah sebuah hotel walaupun namanya guesthouse. Harga yang murah dengan bilik yang sangat luas. Di tambah pula dengan pemandangan yang sangat cantik. Dari kaca tingkap bilik boleh nampak pergunungan Taroko Gorge.  



Bonus point, ownernya yang peramah. Semasa kami ingin check in pada malam tu, disambutnya kami dengan ceria. Dia akan tunjuk bilik kami berserta dengan reviewnya. Haha. 



Cara kami berkomusikasi adalah melalui voice translate. Dia bercakap bahasa Taiwan sambil tunjuk translatenya di telefon kepada kami. Comelkan. 



Taroko Gorge National Park

Pagi itu kami bergerak seawal jam 8 pagi untuk ke Hualien Bus Station. Kami berjalan kaki ke Starbuck dahulu untuk membeli sarapan dan kopi. Di Starbuck, kami bertanya kepada staff cara untuk ke bus station. Untungnya, staff di situ tolong telefon teksi untuk kami dan memberitahu kepada driver arah tujuan kami. Harga teksi masih murah iaitu NT$100 untuk ke Hualien Bus Station.



Very friendly young girl. So, dia  lah yang tolong call teksi and explain dekat driver mana kami hendak pergi.

Setibanya kami di Hualien Bus Station, kami menaiki shuttle bus yang mana laluan bas ini hanya akan berhenti di tempat-tempat tumpuan pelancong. Jangan lupa untuk mengambil brochure di bus station, at least kita dapat merujuk jadual bus yang akan melalui di setiap hentian di sepanjang Taroko National Park ini.  


Qixintang Beach


Jika kamu pencinta pantai dan laut, Qixintang Beach perlu ada di dalam itinerari  Hualien. Pantai yang cantik dengan batu-batu pebel yang berwarna kelabu putih memang menarik hati. Sungguh cantik!!!



Di tambah  pula dengan ombak berwarna biru yang menghempas ke pantai berlatar-belakangkan pergunungan. Saya tidak tipu, ianya sungguh indah. Ciptaan yang Maha Agung!!!  



Duduk di atas batu pebel sambil melihat keindahan dan menikmati kopi bersama roti croissant. Seronok. Oh, di pantai Qixintang ini juga ada beberapa gerai yang menjual makanan dan cenderamata. Sempatlah Cik Suri membeli cenderamata umtuk adik bongsu Cik Suri. Harganya masih berbaloi. Sama sahaja jika kita membeli di Taipei City. Cuma, tidak banyak pilihan.



Kami banyak menghabiskan masa di sini, sehingga terlepas bas. Tapi jangan risau kerana laluan bas ke Taroko memang banyak. Ikut sahaja waktu dalam jadual. Apa yang penting, time management. Jangan lalai macam kami.


Shakadang Trail


Seterusnya kami ke Shakadang Trail. Ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit daripada Pantai Qixintang. Shuttle bus ini memang sentiasa penuh, baik dengan pelancong mahupun orang tempatan. Kamu akan terpaksa berdiri, just enjoy tanpa perlu merungut. Jangan lupa untuk selfie, sebagai kenangan.



Berpeluh juga ketiak berjalan mendaki ke ke Shakadang Trail ini. Tapi berpuas hati dengan pemandangan yang menjamah halwa mata ini. Semua ini berbeza dan tiada di Malaysia. 




Kami hanya berjalan sekejap sahaja di laluan Shakadang ini. Laluannya jauh lagi, kalau hendak sampai ke hujung rasanya petang kut baru sampai. Kami berjalan santai-santai sahaja melihat air terjun kecil di dalam laluan berhutan ini.



Buluowan-Yanzikou Trail


Dari Shakadang Trail, kami bergerak ke Buluowan-Yanzikou Trail dengan menaiki bas. Untuk arah turun ke Hualien, bas tidak akan berhenti di Shakadang kerana ianya hentian one-way sahaja. 


Buluowan_Yanzikou Trail ini, bas akan berhenti sebelum masuk ke dalam tunnel. Jangan risau, memang ada hentian tetap di situ. Kita naik bas di situ, kita akan turun pun di situ juga.



Setibanya di tunnel trail ini, kami berjalan mengikuti pengunjung yang lain. Risau juga kalau tersesat, tetapi tidak akan sesat kerana ianya laluan one-way. Semua orang bergerak satu arah sahaja.



Laluan bergua ini agak galap sedikit. Ada yang memakai topi safety untuk menjaga keselamatan kepala. Kita akan jumpa beberapa signboard yang menasihati kita untuk memakai topi keselamatan. Ia dapat mengelakan kita daripada terkena jatuhan batu. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami di trail ini tiada bad things happen. Checked! 







Selepas puas berjalan, bergambar, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Hualien, kerana kami kesuntukan masa untuk balik Taipei. Nantikan tertinggal train pula. 





Kami mengambil bus di Zhuliu Tunnnel. Ingatkan bas akan turun, rupanya kami tersalah naik bas naik ke atas. jadi, kami dapatlah melihat keseluruhan Trail Taroko Park ini melalui cermin kaca bas. 



Bas memang bergerak dengan laju, dan banyak selekoh-selekoh di sepanjang perjalanan, Jangan risau, ada masa kamu akan rasa kecut perut. Bas laju naik dan turun cerun, siapa tidak kecut perut, kan?



Xincheng Station


Inilah hentian terakhir kami sepanjang lawatan di Taroko National Park. Xincheng Station adalah hentian keretapi untuk kami balik ke Taipei. 


Menariknya Station Xincheng ini adalah rekabentuk luar dan hiasan dalamannya yang berbeza. Station ini agak sunyi daripada pengunjung. 



Sedang Cik Suri dan Hidayah bermain dan selfie di ruangkan kaunter, terperasan ada satu hiasan unik tergantung di siling ruangkan ini. Ianya adalah cebisan kain yang dicantum menjadi satu bentuk yang Cik Suri sendiri tidak pasti apa rupanya itu.



Habislah penerokaan kami di Taroko National Park. Kami akan teruskan pula baki lawatan kami di Taipei New City. 



Harga tiket keretapi daripada Xincheng ke Taipei Main Station adalah NT$403.   




Kesimpulan

Ada beberapa tempat yang terpaksa kami skip kerana kesuntukan masa. Tempat-tempatnya adalah seperti senarai di bawah:

1- Taroko Visitor Centre

2- Changchun Shrine

3- Lushui Trail

4- Tianxiang

Paling terkilan adalah tidak sempat singgah di Lusihui kerana di situ adanya Geology Exhibition Hall, yang mana ianya banyak terdapat informasi tentang geology dan topography tentang Taroko ini.


Nota Kaki:

Taroko National Park kini ditutup kepada semua visitor kerna ianya mengalami kerosakan major akibat daripada gempa bumi yang berlaku pada awal April lalu. Menurut daripada update Taiwan Tourism berkemungkinan ianya akan ditutup untuk tempoh setahun bagi proses pembaikpulihan dan juga memantau keselamatan.


Jadi, bagi kamu yang ingin ke Taroko National Park adalah dinasihatkan untuk tangguh sahaja. Tetapi, untuk ke Hualien bagi aktiviti atau lawatan luar Taroko tiada masalah.

Gold Museum Tourism Information Centre

Assalamualakum.


Setibanya kami di Taipi dari bandar Taichung waktu sudah malam. Kami akan check-in hotel di bandar Taipei untuk satu malam. Hotelnya adalah sangat sukar untuk dijumpai. Kami tiba di hotel sudah lewat malam kerana kami pergi ke Songsang Airport terlebih dahulu untuk mengambil pocket wifi yang kami tempah melalui apps Klook.

Bergambar di Songsang Airport walaupun sudah penat ni.


Dalam keadaan penat sangat kerana seharian berjalan dan hotel pula sukar untuk dijumpai, kami berasa sangat kecewa keran bilik hotel yang kami dapat sangat kecil dan dhaif. Ini bilik atau stor? Sangat kecil, sempit dan ia adalah bilik yang paling mahal harganya dalam antara bilik-bilik yang kami tempah sepanjang di trip Taiwan ini. Nasib baik kami tempah untuk satu malam sahaja. Kami redha. Tanpa berlengah kami terus mandi, solat dan tidur. 


Keesokan harinya, kita akan check-out dan akan teruskan perjalanan ke Yehliu dan Hualien. 


Day 3 - 24 Januari 2019 


Sebelum ke Hualien, kami plan untuk melawat ke Yehliu Geopark terlebih dahulu. Kami akan menaiki keretapi ekspress dan akan turun di Station Keelung. Sayangnya, setibanya kami di Station Keelung, hujan turun dengan lebatnya. Kami terpaksa menunggu di station sehingga hujan reda.

Hujan turun dan kami terpaksa ubah plan.


Nampak gaya plan untuk ke Yehliu Geopark terpaksa ditunda pada hari yang lain. Dengan keadaan hujan ini sudah pasti mood untuk berjalan santai-santai akan berubah menjadi moody. Dan untuk bergambar pun mesti tidak cantik lagi.


Selepas perbincangan pendek dengan Hidayah, kami ubah perjalanan itenerari kami. Kami sepakat untuk pergi ke Jingushi dan Jiufen dahulu. Lawatan ke Yehliu Geopark akan kami pergi selepas pulang daripada Hualien.


Untuk pergi ke Jinguashi, kami menaiki bus bandar route No. 788 dari Keelung Station. Kami akan berhenti di Jinguashi Bus Station iaitu hentian terakhir bus No. 788. Jangan terkejut bas di sini sangat laju. Di sepanjang perjalanan dapatlah kami cuci mata melihat bandar-bandar kecil di Taiwan City ini. 


Tunggu bas untuk ke Jianguashi


Setibanya kami di Jinguashi, sempatlah kami melihat pemandangan pergunungan. Cantik kerana akan nampak kabus selepas hujan. Selepasa beberapa posing dan gambar diambil, kami terus berjalan kaki ke Gold Museum.


Pemandangan dari Jingushi Bus Station

Terpaksa menapak ke Gold Museum. Tidak jauh pun daripada bus station tapi penat jugalah berjalan. Lagi pula, setiap langkah kami akan berhenti untuk berselfie. Penat tau untuk dapatkan the best pose.





Gold Museum, New Taipei City

Dari hentian Jinguashi, kami berjalan kaki ke Gold Museum. Tidak jauh pun. Untuk masuk ke Gold Museum, kita kena beli tiket ya. Harga tiket adalah NT$80 seorang dan boleh dibeli di Tourism Information Centre, di hadapan pintu masuk museum.



Gold Museum ini sebenarnya tersangatlah luas. Kami tidak sempat habiskan kesemua tempat menarik untuk dilawati. Kami hanya memilih mana yang terdekat sahaja kerana kesuntukan masa. Sempatlah bergambar di beberapa spot yang menarik sahaja.


Four Joined Japanese-Style Residences


Sempat juga mencuba kimono di rumah Jepun ini.

Beberapa gambar di sekitar Gold Refining Building. 

Di sekitar Gold Refining Building



Selepas melawat Gold Mine Museum, kami berjalan menuruni bukit menuju ke Jiufen Market.


Berjalan di sepanjang Jiufen Old Street


Jiufen Old Street adalah satu laluan sempit yang di sepanjangnya penuh dengan "street food", kedai cenderamata, pottery shop dan juga "tea house". Lorong sempit ini memang crowded dengan pengunjung. Kamu kena sabar sebar ada masa akan berasak-asak dengan orang ramai. 

Tidak tahu lorong yang mana, tiba-tiba jumpa dah Jiufen Old Street.



Jiufen Old Street bukanlah satu lorong yang tenang. Don't expected yang kamu akan menemui suasana tenang di situ. Riuh-rendah dengan sang pengunjung dan suara-suara memanggil si penjual memujuk kita untuk singgah ke kedai mereka.


Sebenarnya agak sukar untuk menemui Jiufen Old Street ini. Kami asalnya terpinga-pinga juga. Tiada idea di mana kedudukan lorong Jiufen ini. Tetapi, apabila kami melihat orang ramai memasuki satu lorong dan kami pun ikut sama. Dan, itulah Jiufen Old Street. Lorong kecil dari jalan utama tetapi yang menjadi tumpuan ramai.


Kami hanya berjalan mengikuti arus orang ramai dan singgah di beberapa tempat sahaja untuk bergambar. Terasa malas untuk berasak-asak dengan orang ramai, kami hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit di situ dan terus bergerak keluar. Kami juga tidak singgah di mana-mana teahouse pun di area Jiufen Old Street ini. 


Seterusnya kami terus bergerak ke Ruifang Railway Station  dengan menaiki bas di Jiufen Station. Kami akan menaiki keretapi untuk ke Hualien pula.


Tiba sahaja di Hualien Station, kami terus menaiki teksi menuju ke tempat penginapan. Guesthouse ini agak jauh daripada Hualien Station. 


Kelakarnya, owner guesthouse ini sangat kelakar dan friendly. Ketika kami ingin check-in, dia datang sambut dan tunjukan bilik kami. Satu-satu dia cerita tentang bilik ini. Cara kami berkomunikasi adalah melalui google voice translate.


Kami pula sampai sudah lewat malam. Kawasan penginapan agak gelap dan sunyi. Selepas urusan check-in, kami segera keluar untuk makan malam. Tapi, semua kedai sudah tutup. 


Nasib baik masih ada kedai 7Eleven yang masih buka untuk 24jam. Sempat kami membeli beberapa makanan untuk dimakan. Mujur juga kami ada membawa makanan kering daripada Malaysia iaitu instant porridge. Boleh buat alas perut.



Esok kami akan sambung perjalanan kami ke Taroko George National Park pula. Teruskan membaca. See you next post story.

Ad Code

Responsive Advertisement