TRIP TO TAIWAN - Hualien and Taroko National Park
Assalamualaikum.
Salah satu sebab kenapa Cik Suri beria-ia sangat ingin ke negara Taiwan adalah kerana hendak melawat Taroko Gorge National Park. Taroko Gorge National Park ini terletaknya di wilayah Hualien County di bahagian timur pesisir kepulauan negara ini.
Hualien adalah satu daerah yang tersangat tenang. Cik Suri sangat suka akan suasananya. Malam yang tenang, sunyi dan juga sejuk. Pagi pun tenang juga, tidak sesibuk suasana bandar dan majoriti penduduknya sangat peramah. Berbeza dengan bandar Taichung, kami kena marah dengan pemandu teksi dan juga cashier 7E yang grumpy dan tidak peramah itu.
Berada satu hari di Hualien sebenarnya tidak mencukupi. Kamu tidak akan dapat menjelajah keseluruhan tempat-tempat menarik di daerah ini. Masa satu hari ini memang membuatkan kami agak rushing. mengejar masa. Tidak semua tempat yang dapat kami lawati.
Jadi untuk kamu yang teringin ke Hualien, saya mencadangankan agar tinggal untuk 2 hari. Mungkin kamu boleh mengambil keretapi waktu pagi dan stay satu malam.
Jika kamu mengambil keretapi pada waktu pagi, kamu akan sampai Hualien waktu tengahari. Tempoh ini kamu boleh melawati sebahagian dahulu tempat menarik. Keesoknya boleh sambung lagi.
Pada waktu petang dan malam, kamu boleh pergi ke pasar malam di sekitar bandar Hualien ini. Ataupun boleh juga kamu menikmati suasana malam di Hualien City.
Hotel Kami
Sebelum saya meneruskan perihal menarik tentang Hualien, bagi saya kongsi dahulu penginapan kami semalam di sini.
Sejujurnya, saya ingin nasihatkan agar kamu memilih hotel di sekitar bandar. Ini kerana kelebihannya lebih banyak fasiliti dan dekat dengan pengangkutan awam.
Hotel yang kami tempah ini agak jauh sedikit daripada bandar Hualien. Ia mengambil masa lebih kurang 10-15 minit perjalanan menaiki teksi. Walaupun harga teksi hanya NT$100, tetapi ia adalah kawasan sedikit luar bandar. Tetapi yang bestnya, suasananya tenang dan sunyi daripada bunyi kenderaan.
Kami memilih Fly Guesthouse. Ianya adalah sebuah hotel walaupun namanya guesthouse. Harga yang murah dengan bilik yang sangat luas. Di tambah pula dengan pemandangan yang sangat cantik. Dari kaca tingkap bilik boleh nampak pergunungan Taroko Gorge.
Bonus point, ownernya yang peramah. Semasa kami ingin check in pada malam tu, disambutnya kami dengan ceria. Dia akan tunjuk bilik kami berserta dengan reviewnya. Haha.
Cara kami berkomusikasi adalah melalui voice translate. Dia bercakap bahasa Taiwan sambil tunjuk translatenya di telefon kepada kami. Comelkan.
Taroko Gorge National Park
Pagi itu kami bergerak seawal jam 8 pagi untuk ke Hualien Bus Station. Kami berjalan kaki ke Starbuck dahulu untuk membeli sarapan dan kopi. Di Starbuck, kami bertanya kepada staff cara untuk ke bus station. Untungnya, staff di situ tolong telefon teksi untuk kami dan memberitahu kepada driver arah tujuan kami. Harga teksi masih murah iaitu NT$100 untuk ke Hualien Bus Station.
Very friendly young girl. So, dia lah yang tolong call teksi and explain dekat driver mana kami hendak pergi. |
Setibanya kami di Hualien Bus Station, kami menaiki shuttle bus yang mana laluan bas ini hanya akan berhenti di tempat-tempat tumpuan pelancong. Jangan lupa untuk mengambil brochure di bus station, at least kita dapat merujuk jadual bus yang akan melalui di setiap hentian di sepanjang Taroko National Park ini.
Qixintang Beach
Jika kamu pencinta pantai dan laut, Qixintang Beach perlu ada di dalam itinerari Hualien. Pantai yang cantik dengan batu-batu pebel yang berwarna kelabu putih memang menarik hati. Sungguh cantik!!!
Di tambah pula dengan ombak berwarna biru yang menghempas ke pantai berlatar-belakangkan pergunungan. Saya tidak tipu, ianya sungguh indah. Ciptaan yang Maha Agung!!!
Duduk di atas batu pebel sambil melihat keindahan dan menikmati kopi bersama roti croissant. Seronok. Oh, di pantai Qixintang ini juga ada beberapa gerai yang menjual makanan dan cenderamata. Sempatlah Cik Suri membeli cenderamata umtuk adik bongsu Cik Suri. Harganya masih berbaloi. Sama sahaja jika kita membeli di Taipei City. Cuma, tidak banyak pilihan.
Kami banyak menghabiskan masa di sini, sehingga terlepas bas. Tapi jangan risau kerana laluan bas ke Taroko memang banyak. Ikut sahaja waktu dalam jadual. Apa yang penting, time management. Jangan lalai macam kami.
Shakadang Trail
Seterusnya kami ke Shakadang Trail. Ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit daripada Pantai Qixintang. Shuttle bus ini memang sentiasa penuh, baik dengan pelancong mahupun orang tempatan. Kamu akan terpaksa berdiri, just enjoy tanpa perlu merungut. Jangan lupa untuk selfie, sebagai kenangan.
Berpeluh juga ketiak berjalan mendaki ke ke Shakadang Trail ini. Tapi berpuas hati dengan pemandangan yang menjamah halwa mata ini. Semua ini berbeza dan tiada di Malaysia.
Kami hanya berjalan sekejap sahaja di laluan Shakadang ini. Laluannya jauh lagi, kalau hendak sampai ke hujung rasanya petang kut baru sampai. Kami berjalan santai-santai sahaja melihat air terjun kecil di dalam laluan berhutan ini.
Buluowan-Yanzikou Trail
Dari Shakadang Trail, kami bergerak ke Buluowan-Yanzikou Trail dengan menaiki bas. Untuk arah turun ke Hualien, bas tidak akan berhenti di Shakadang kerana ianya hentian one-way sahaja.
Buluowan_Yanzikou Trail ini, bas akan berhenti sebelum masuk ke dalam tunnel. Jangan risau, memang ada hentian tetap di situ. Kita naik bas di situ, kita akan turun pun di situ juga.
Setibanya di tunnel trail ini, kami berjalan mengikuti pengunjung yang lain. Risau juga kalau tersesat, tetapi tidak akan sesat kerana ianya laluan one-way. Semua orang bergerak satu arah sahaja.
Laluan bergua ini agak galap sedikit. Ada yang memakai topi safety untuk menjaga keselamatan kepala. Kita akan jumpa beberapa signboard yang menasihati kita untuk memakai topi keselamatan. Ia dapat mengelakan kita daripada terkena jatuhan batu. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami di trail ini tiada bad things happen. Checked!
Selepas puas berjalan, bergambar, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Hualien, kerana kami kesuntukan masa untuk balik Taipei. Nantikan tertinggal train pula.
Kami mengambil bus di Zhuliu Tunnnel. Ingatkan bas akan turun, rupanya kami tersalah naik bas naik ke atas. jadi, kami dapatlah melihat keseluruhan Trail Taroko Park ini melalui cermin kaca bas.
Bas memang bergerak dengan laju, dan banyak selekoh-selekoh di sepanjang perjalanan, Jangan risau, ada masa kamu akan rasa kecut perut. Bas laju naik dan turun cerun, siapa tidak kecut perut, kan?
Xincheng Station
Inilah hentian terakhir kami sepanjang lawatan di Taroko National Park. Xincheng Station adalah hentian keretapi untuk kami balik ke Taipei.
Menariknya Station Xincheng ini adalah rekabentuk luar dan hiasan dalamannya yang berbeza. Station ini agak sunyi daripada pengunjung.
Sedang Cik Suri dan Hidayah bermain dan selfie di ruangkan kaunter, terperasan ada satu hiasan unik tergantung di siling ruangkan ini. Ianya adalah cebisan kain yang dicantum menjadi satu bentuk yang Cik Suri sendiri tidak pasti apa rupanya itu.
Habislah penerokaan kami di Taroko National Park. Kami akan teruskan pula baki lawatan kami di Taipei New City.
Harga tiket keretapi daripada Xincheng ke Taipei Main Station adalah NT$403.
Kesimpulan
Ada beberapa tempat yang terpaksa kami skip kerana kesuntukan masa. Tempat-tempatnya adalah seperti senarai di bawah:
1- Taroko Visitor Centre
2- Changchun Shrine
3- Lushui Trail
4- Tianxiang
Paling terkilan adalah tidak sempat singgah di Lusihui kerana di situ adanya Geology Exhibition Hall, yang mana ianya banyak terdapat informasi tentang geology dan topography tentang Taroko ini.
Nota Kaki:
Taroko National Park kini ditutup kepada semua visitor kerna ianya mengalami kerosakan major akibat daripada gempa bumi yang berlaku pada awal April lalu. Menurut daripada update Taiwan Tourism berkemungkinan ianya akan ditutup untuk tempoh setahun bagi proses pembaikpulihan dan juga memantau keselamatan.
Jadi, bagi kamu yang ingin ke Taroko National Park adalah dinasihatkan untuk tangguh sahaja. Tetapi, untuk ke Hualien bagi aktiviti atau lawatan luar Taroko tiada masalah.
No comments:
Post a Comment