Assalamualaikum


Sambungan kepada trip 6 hari 5 malam kami di Taiwan. Untuk makluman, ini adalah perkongsian yang telah basi. Cik Suri dan kawan baik iaitu Cik Dayah, melancong ke negara Taiwan pada Januari 2019 iaitu setahun sebelum Covid-19 melanda seluruh dunia. Baru sekarang Cik Suri terasa ingin berkongsi pengalaman bercuti di negara yang dikenali sebagai "Heart of Asia" ini. 


Harap anda sudi untuk membaca perkongsian ini. Teruskan membaca ya.


Perjalanan kami bermula dari kuala Terengganu. Kami mengambil flight petang dari Terengganu kerana penerbangan kami ke Taipei adalah seawal jam 6 pagi keesokan harinya. Jadi, terpaksalah kami bermalam di KLIA 2 dahulu. Sempatlah untuk mandi dan sarapan sebelum bergegas untuk check-in. Kami menaiki penerbangan Airasia.


Taoyuan Airport - Taichung


Setibanya kami di Taoyuan Airport, kami segera bergerak untuk urusan kemasukan di kaunter imigresen. Ketika ini kami banyak membuang masa dengan berselfie. Maklumlah excited dapat masuk Taiwan. Masa ini jugalah baru terhegeh-hegeh hendak menulis white card. 


Kami memulakan perjalanan ke Taichung terlebih dahulu dan baru bergerak naik ke utara Taiwan iaitu Taipei dan kemudian bergerak mengarah ke timur kepulauan Taiwan ini. Cik Suri sengaja mengatur perjalanan sebegini kerana kami kesuntukan masa dan banyak tempat yang ini kami lawati. 


Perjalanan kami adalah  bermula Taichung-Taipei-Keelung-Hualien-Taipei.


Selesai urusan di kaunter, kami bergerak turun ke aras 1 untuk menaiki intercity bus ke Taichung. Sebelum itu, Cik Suri sempat membuat tukaran wang di kaunter money changer dan juga sempat masuk ke 7-Eleven untu membeli easy-card. 


Untuk menaiki intercity bus, kami terpaksa membeli tiket di mesin automatik yang ada di bahagian luar. Kami dibantu oleh orang tempatan kerana tidak familiar untuk menggunakan mesin itu. 


Kami sempat membeli tiket bas untuk perjalan jam 4 petang. Bas di sini bergerak on-time. Semasa kami membeli tiket, bas sudah ada dan akan bergerak bila-bila masa. Nasib baik sempat dan bergerak pantas. Harga bas ke Taichung adalah sebanyak NT140 seorang. 


Perjalanan dari lapangan terbang Taoyuan ke Taichung mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah ke tiga jam. Sempatlah kami berehat, tidur dan berborak dengan seorang makcik indonesia yang sudah lama menetap di Taiwan dan berkahwin dengan rakyat Taiwan.


Setibanya kami di Taichung Bus Terminal pada jam 7 malam, kami mengambil teksi untuk pergi ke guesthouse yang kami book melalui booking.my. Tambang teksi sebanyak NT100 untuk jarak tidak sampai 5 minit. Rupa-rupanya guesthouse kami dekat sahaja dengan hentian bas. 


Day 1 : Taichung - Sun Moon Lake


Dari Taichung County kami menaiki bas untuk pergi ke Sun Moon Lake. Sun Moon Lake terletak di Nantou County. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kami berhenti betul-betul di Sun Moon Lake Terminal Bas. Untuk mengelilingi Sun Moon Lake ini, kita boleh menaiki bas transit atau dengan menaiki bot. 

Last stop bas yang kami naiki di Taichung adalah di Sun Moon Lake Bas Terminal. Ia berhadapan dengan Sun Moon Lake Boat Ticket Office.


Kemudian kami menaiki bus yang di khususkan untuk mengelilingi The Sun Moon Lake ini. Perhentian pertama kami adalah di Wenwu Temple. Cik Suri pun tak pasti kenapa kami memilih berhenti di sini. Mungkin mengikut pelancong-pelancong yang lain yang turut sama turun di situ.


Wenwu Temple

Wenwu Temple

Kami tidak masuk ke Wenwu Temple, sebaliknya kami memilih untuk menuruni tangga di depan Wenwu Temple Hiking Trail ini. Ia dikenali sebagai "Stairway to Heaven'. 


Stairway to Heaven

"Stairway to Heaven" memiliki 366 anak tangga yang mana setiap anak tangga mewakili hari-hari dalam setahun. 




Ukiran tarikh pada setiap batu anak tangga turut diukir mewakili tarikh lahir orang-orang terkenal. Mendaki keseluruhan anak tangga ini simboliknya adalah seperti kita menghabiskan keseluruhan satu tahun, 366 hari.



Di hujung tangga, akan ada pondok untuk berehat. Kita dapat melihat pemandangan tasik yang luas terbentang.


Pemandangan Sun Moon Lake, air yang berkaca seperti kristal.

Tunggu bas untuk ke next stop.

Songbolun Section, Bikeaway


Selepas penat bersiar-siar di sekitar Wenwu Temple Hiking Trail, kami menaiki bas lagi untuk ke next stop. Kali ini kami turun di Songbolun Section, ia itu laluan berbasikal menuju ke Sun Moon Lake Tourist Centre. Sebenarnya, kami main turun sahaja sebab tidak faham dengan route bas Sun Moon Lake ini.

Bas yang membawa kami mengelilingi Sun Moon Lake


Sebaik sahaja kami turun daripada bas, ada seekor anjing yang berada di laluan kayu pejalan kaki ini. Kami asalnya takut juga dengan anjing ini, takut kena gigit. Kami cuba menghalaunya tetapi ianya seperti tidak mahu mendengar kata. 

Apabila kami berhenti jalan, konon-konon hendak biarkan dia berjalan sendiri. Sebaliknya dia turut berhenti juga dan memandang ke arah kami seoalah-olah cuba menyuruh kami mengikutinya.

Apabila kami berjalan semula, dia akan berlari-lari ke depan dengan happy. Apabila jauh daripada kami, dia akan berhenti dan tunggu kami sampai. Comel jerrr!!! 

Laluan dalam hutan buluh ini sangat best sebab teduh dan berangin. Tambah pula dengar bunyi desiran daun-daun.
 
Anjing yang baik menemani kami sehingga sampai ke tasik.








Setelah berjalan kaki yang sangat jauh, akhirnya kami sampai di Sun Moon Lake Ropeway yang menjadi pengantara untuk ke The Formosan Aboriginal Culture Village. Dekat sini kita boleh menaiki cable car untuk pergi ke The Formosan Aboriginal Culture Village tetapi kami tiada plan pun untuk ke sana. Ini adalah stop terakhir kami untuk Sun Moon Lake visit. Kami perlu segera pergi ke Taipei.



Sempat mengambil gambar dan membeli sedikit hadiah untuk di bawa pulang ke Malaysia.


Kami bergerak keluar dari kawasan ini untuk menunggu bas di seberang jalan pintu masuk Sun Moon Lake Ropeway untuk kembali ke Sun Moon Lake Terminal Bus. 


Hari pertama ini sangat memenatkan kerana kami banyak berjalan dan membawa bag baju kerana kami akan terus menaiki THSR untuk ke Taipei.

Tiba di THSR Taichung Station untuk mengambil tiket THSR

Setibanya di THSR Station, kami terus bergegas ke kaunter untuk mengambil tiket yang telah kami tempah melalui Klook. Tidak perlu beratur panjang, terus ke kaunter. Kita hanya perlu tunjukan kod pembelian yang diberi oleh Klook dan juga tunjukkan passport. Semuanya berjalan dengan lancar.


Sementara menunggu THRS sampai, kita minum kopi dulu. 

Berehat dahulu. Tidur. 

Perjalanan untuk sampai ke Taipei mengambil masa lebih kurang satu jam. Sempatlah untuk kami melelapkan mata. 

Pemandangan bandaraya melalui THSR dengan kelajuan kilat...hehehe!!!

Di Songsang Airport

Setibanya di Taipei, kami terus mengambil MRT untuk ke Songsang Airport. Tujuan kami ke sana adalah untuk mengambil portable wifi yang kami tempah melalui Klook. 

Seharian berjalan memang penat sangat. Kami terus pergi ke hotel kami untuk check-in dan tidur. Kecewanya bilik yang kami terima di hotel ini sangat tidak memuaskan hati. Kami redha.

Sekian untuk seharian perjalanan Taichung-Sun Moon Lake- Taipei.

Assalamualaikum

Tak disangka-sangka bercuti di negara Taiwan adalah satu percutian yang tidak akan Cik Suri lupakan. Ia adalah satu pengalaman yang amazing and I love it!!!
 
Teruskan membaca, ya.

Pada akhir bulan Januari yang lepas, cik suri bersama teman baik telah "melebarkan sayap" kami ke negara TAIWAN, Heart of Asia. 

Pengembaraan kami ini selama 6 hari 5 malam dan  kami sempat melawat ke beberapa tempat yang wajib dilawati. 

Tetapi sayangnya, masih ada beberapa tempat yang tidak sempat kami kunjungi. Arghhh...sedihhnyaa!!! 

Untuk posting ini, saya akan kongsi dahulu info dan tips yang perlu anda tahu tentang negara Taiwan. Teruskan membaca ya!!!

Kenapa memilih Taiwan

Unexpected trip yang mana pada asalnya kami plan hendak travel ke South Korea. Tetapi terubah plan ke Taiwan pula. Mungkin kerana terpengaruh dengan Mira Filzah?


Sebenarnya ia lebih kepada pembacaan. Taiwan pada ketika itu tidak ramai orang Malaysia kunjungi. Boleh dikatakan underrated destination. Tapi sebenarnya mutiara yang tidak terlihat.

Taiwan adalah sebuah negara yang mudah untuk diakses. Kita tidak memerlukan apply visa atau ETA kerana rakyat Malaysia diberi keistimewaan free visa. Jadi, just book your flight, packing your bag and fly...!!!


Muslim friendly. Tidak dinafikan majority rakyat Taiwan adalah non-muslim, tetapi Taiwan hari ini sedang menuju ke arah industri pelancongan mesra-muslim. Telah banyak restoran-restoran halal dan jangan terkejut di Taiwan sendiri mempunyai 7 buah masjid yang menjadi pusat umat Islam Taiwan. 

Taroko National Park is one of the reason why I choose Taiwan. Saya teringin pergi ke sini kerana struktur geologinya. Ya lah, as a geologist mestilah kita berminat untuk melihat dengan mata kepala sendiri. Sama seperti perasaan ingin melihat Yellowstone di USA.

Pemandangan yang cantik di Yehliu Geopark juga menjadi alasan kenapa saya memilih Taiwan. Banyaklah alasannya. 

Trip ini pada asalnya akan menjadi my first solo trip. Tetapi selepas saya share my plan dengan sahabat karib saya, dia  teruja dan ingin ikut sekali. Jadi saya terpaksa booking tiket untuknya walaupun lewat sedikit. Nasib baik masih ada tiket yang sama tarikh dengan saya.

Review yang saya baca daripada internet banyak menyatakan bahawasanya Taiwan adalah one of the safest place in the world. Kita tidak akan tahu selagi kita tidak mencuba. 

And exactly 100% agreed. Selama 6 hari di Taiwan, saya setuju yang Taiwan adalah selamat untuk travel solo atau berkumpulan. 

Orang-orang Taiwan sangat peramah dan banyak membantu kita. Jangan segan untuk bertanya. Jangan terkejut, saya jatuh cinta pada lelaki yang tunjukkan jalan untuk ke masjid. 


Beli tiket AirAsia

Kami menggunakan penerbangan AirAsia kerana harga tiket yang pastinya tersangat murah. Sesuai dengan tema AirAsia iaitu "Everyone can fly". 

Harga tiket kami keseluruhannya berjumlah berjumlah RM502.40 seorang. 

Kuala Lumpur - Taoyuan - Kuala Lumpur


Musim sejuk di Taiwan

Setelah membuat beberapa bacaan dan kajian melalui capaian internet, kami memilih bulan Januari sebagai waktu yang sesuai untuk bersuka-ria di Taiwan.  Tambahan pula ketika itu adalah cuti tahun baru cina.

Taiwan adalah sebuah negara yang beriklim subtropika yang mana ia mengalami cuaca sejuk dan juga panas. 
Pagi pertama kami di Taichung, sinaran matahari yang...menyilau!!!

Masa yang terbaik untuk melawat Taiwan adalah antara bulan Februari sehingga April dan pada bulan October sehingga Disember.    

Seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada mengunjungi Taiwan pada bulan Jun sehingga September kerana dalam tempoh itu sering kali berlakunya ribut taufan. 

Saya ada terbaca satu blog daripada blogger Malaysia yang berhadapan dengan situasi ribut taufan ketika dia sedang bercuti di Taiwan. Saya dapat bayangkan betapa ngerinya pengalaman itu dan beliau juga ada menceritakan pengalaman terkandas di Hualien hampir 2 hari kerana terputus hubungan pengangkutan dan terlepas flight untuk kembali ke Malaysia.

Saya juga nasihatkan anda untuk membawa jaket tebal atau baju semi-tebal kerana cuaca di sana berangin dan sejuk, lagi-lagi di kawasan pergunungan seperti Jiufen dan persisiran pantai Yehliu.

Lagi satu jangan lupa untuk membawa payung atau baju hujan. Sepanjang tempoh kami berada di Taiwan sering kali hujan turun secara tiba-tiba. 

Atas nasihat orang tempatan, plan kami untuk ke Yehliu Geopark dibatalkan kerana tiba-tiba hujan.

Salah satu kekurangan jika bercuti pada bulan Januari adalah kerana ia musim perayaan tahun baru cina. Jadi, tidak banyak acara yang diadakan pada musim perayaan ini kerana penduduk tempatan sedang membuat persiapan perayaan.

Tetapi, kelebihan kepada kaki shopping kerana pada musim perayaan banyak jualan murah di outlet-outlet dan pasaraya. Discount yang tidak terjangkaui akal. Murah!!!. 

Hanya perlu sediakan wang yang banyak untuk berbelanja sehingga pengsan. 

Tukaran Mata Wang 

Setibanya kami di lapangan terbang Taoyuan, kami segera meyelesaikan urusan kemasukan di imegresen dengan mengisi white card dan dengan pantas bergerak ke Aras 1 untuk membeli tiket bas ke Taichung County.
 
Sebelum itu, kami sempat juga membuat pertukaran duit Ringgit Malaysia kepada matawang Taiwan. Kadar pertukaran wang di lapangan terbang ini tidaklah begitu ketara jika kita terus membuat pertukaran di Malaysia. 

NTD100 ~ RM 14.32

Kami juga ada membuat pertukaran wang di Malaysia. Cuma dengan kadar yang secukupnya kerana sengaja ingin mencuba tukar wang di negara orang pula. 

Anda perlu pastikan mempunyai cash kerana di sini mereka tidak menerima kad untuk pembelian tiket MRT , tambah nilai easy card atau pembelian di Night Market dan sebagainya. 

Anda juga boleh sediakan kad kredit yang telah diaktifkan untuk penggunaan antarabangsa, Selain itu, kad wise atau bigpay sebagai persediaan kecemasan. 

Kemudahan Pengangkutan

Di Taiwan, kemudahan pengangkutan awam adalah sangat mudah untuk diakses. Sepanjang percutian ini, kami menggunakan MRT, THSR, teksi dan juga bus. 

Menaiki bas untuk ke Sun Moon Lake

Untuk tiket THSR, kami membuat tempahan tiket terlebih dahulu melalui aplikasi KLOOK. Harga THSR lebih murah dan kami tidak perlu risau kerana hanya perlu membuat pertukaran tiket di kaunter sahaja. Tidak perlu beratur panjang dan tidak perlu risau tiket akan habis.

Tiket THSR yang kami ambil di kaunter. Fast lane.

Perjalanan di sekitar Taipei pula kami menggunakan kemudahan MRT. Bas pula kami naiki ketika lawatan ke Taichung, Yehliu Geopark dan Jiufen.

Kad Perjalanan - Easy Card

Pembelian easy-card boleh dibeli terus di kedai serbaneka seperti 7-Eleven, Family Mart dan lain-lain. Ini adalah perkara pertama yang kami lakukan kerana kami akan gunakan untuk membayar tambang bas ke Taichung. 


Setiap orang di Taiwan akan memiliki Easy-card. Dengan adanya easy-card, ia membolehkan kita untuk menaiki bas, bas intercity (jarak-jauh), MRT, express train, menaiki kabel car dan menyewa u-bike.

Tambahan pula, dengan menggunakan easy-card kita dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur di kaunter untuk membeli tiket. Yang paling seronoknya, ianya cashless. Jadi kita selamat tidak akan mengumpul banyak syiling yang pastinya sangat leceh!

Harga untuk sekeping easy-card adalah NTD100. Tetapi perlu ingat, kita kena topup nilai dahulu sebelum menggunakannya. Untuk pertama kali penggunaan, tambah nilai boleh dibuat dengan nilai NTD300- 500. 

Tempahan Hotel

Kami menempah beberapa hotel di sepanjang 6 hari berada di negara Taiwan ini. Satu malam di Taichung, satu malam di Hualien dan empat malam di Taipei. Kesemuanya tempahan dibuat melalui website booking.my.

Penginapan di Taichung yang sangat selesa. Berkonsepkan homestay.

Banyak sahaja pilihan hotel yang murah dan selesa. Ketika berada di Hualien, kami beruntung kerana mendapat hotel yang murah, besar dan pemandangan pergunungan yang cantik. Pemilik hotel juga sangat peramah dan banyak membantu kami.

Di Taipei pula lain jalan ceritanya. Kami tersilap memilih hotel kerana hotel itu sangat creepy dan sangat kecil sehinggakan kami terpaksa solat di atas katil. Tiada ruang langsung. ibarat seperti kami mendapat bilik store. 

Pintunya pula ada ruang besar di bawahnya. Kami terpaksa menyusun kasut untuk menutup ruang yang terlihat itu. Nasib baik hotel itu kami tempah untuk satu malam sahaja. Terasa seperti kena scam.

Bahasa Taiwan

Taiwan adalah negara hampir keseluruhan rakyatnya berbangsa Tionghwa. Jadi sudah tentulah mereka berbahasa Mandarin, Kantonis atau seangkatan dengannya. 

Sudah pasti akan berlaku "miscomunication" antara bangsa Melayu dan Cina. Seorang bercakap bahasa tempatan mereka dan seorang lagi menggunakan broken english. Sudah seperti ayam dan itik berbicara. 

Bersama orang local yang peramah. Kami bertanyakan jadual perjalanan bas di Sun Moon Lake

Lagi-lagi apabila berkomunikasi dengan pakcik tua. Manalah dia akan faham apa yang kami cuba sampaikan. 

Asalnya kami tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi macam mana dengan orang Taiwan ini. option terakhir selain berbahasa English adalah tunjuk-tunjuk menggunakan jari. 

Tetapi semasa berada di Hualien, pemilik hotel yang kami tinggal itu bercakap dengan kami menggunakan google voice. 

Dari situ kami belajar bercakap dengan orang Taiwan. Voice bahasa melayu terus akan translate ke pilihan bahasa yang kita pilih. Yeay!!!

Sewaan pocket-wifi

Untuk mendapatkan capaian internet, kami menggunakan Pocket-Wifi yang disewa melalui Klook. Tetapi kami terpaksa collect pocket-wifi tersebut di Songsang Airport dan akan return pula di Taoyuan Airport. 

Bergambar di Songsang Airport selepas collect pocket-wifi di kaunter. 

Untuk first day dan second day kami tiada internet kerana kami bergerak terus dari Taoyuan Airport ke Taichung. Satu kesilapan yang kami lakukan. Lesson learnt.

Bagusnya pocket-wifi ini kerana ianya dapat digunakan banyak device. Jadi, kami hanya berkongsi sahaja. Tak bestnya pula adalah baterinya cepat habis.

Sebenarnya sewaan pocket-wifi adalah lebih murah jika dibandingkan dengan pembelian sim-kad.

Akan ada sambungan untuk Itinerari dan kos di sepanjang Trip Taiwan ini. 

Ad Code

Responsive Advertisement