Assalamualaikum
Esok genaplah cik suri berusia 29 tahun, dan esok adalah hari terakhir cik suri mempunyai angka dua pada umur cik suri. berasa sangat gelisah kerana umur semakin meningkat tetapi cik suri masih belum mencapai target kehidupan cik suri. memandang ke hadapan mencari sinar masa depan. bagaimanakah kehidupan cik suri di hadapan.
sungguh. cik suri takut memikirkan masa depan cik suri. di kala tangan ini masih menaip di dalam hati berdebar. bercampur gaul pelbagai rasa. takut. gementar. motivasi. demotivasi. dalam diri seperti ada dialog-dialog memujuk hati. merangsang minda. memberi semangat dan ade yang cuba memudar semangat. aduhhh...
cik suri masih belum mengecapi kejayaan yang cik suri impikan. memiliki sebuah kehidupan yang bahagia. mahu mempunyai kerjaya seperti kawan-kawan lain. bergaji besar yang mampu menguruskan kehidupan sendiri tanpa bergantung harap pada keluarga lagi. memiliki rumah dan dapur sendiri untuk kepuasan diri sendiri.
cik suri ingin menjadi anak yang tabah, sabar dan taat pada kedua ibubapa cik suri. menjaga mereka, berbakti kepada mereka dan menyenangkan kehidupan mereka. melawan diri ini daripada melakukan kekasaran kepada keduanya, dan terus menjaga hati mereka.
memiliki keluarga juga satu impian cik suri. menjadi ibu pada anak-anak yang comel. tetapi apakan daya, jodoh itu di tangan tuhan. siapa kita untuk menentukan. walaupun cik suri agak terasa hati apabila ada yang bertanya dan berkata sinis. itu bukan kuasa cik suri. siapa saja memiliki keinginan untuk berkeluarga tetapi itu semua diluar kemampuan kita. berdoa adalah jalan yang terbaik. agaknya lelaki takut dengan cik suri sebab cik suri garang kut. padahal cik suri biasa-biasa saja.
mejadi hamba yang taat pada pencipta. hala tuju terakhir bagi setiap manusia. jalan kita adalah menuju kepada penciptanya. mengasihi kekasihnya. semoga iman cik suri selalu dipelihara oleh ALLAH swt. syahadah yang kuucap akan dijaga. Allahu akbar, peliharalah hati hambamu ini.
wassalam dan senyum sokmo :)
::selamatulangtahunsayangkusuriyani::
TIADA TAJUK - Life Update
by
Suri Suriyani
on
May 29, 2014
Assalamualaikum Esok genaplah cik suri berusia 29 tahun, dan esok adalah hari terakhir cik suri mempunyai angka dua pada umur cik suri....