Eh! Dah kenapa?
"Sorong papan, tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu,
Suruh makan, aku makan (banyak pulak tu),
Suruh mengaji aku tidak mahu."
Siapa berani balas, aku jual pantun ni ;)
Assalamualaikum.
Baru nak start mukadimah! Terima kasih kerana sudi singgah blog Cik Suri yang suam-suam kuku ini. Harap setiap penulisan Cik Suri dapat memberi manfaat kepada awak semua.
Apa kaitan pantun dengan buah keranji, mengaji, Tuan Guru Haji Hadi dan Cik Suri?? Jeng..jeng..jeng!!!
Cerita apalah yang Cik Suri hendak ceritakan kali ini.
|
Inilah rupanya buah keranji. Baru pagi tadi beli di pasar dekat Masjid Marang. |
Flashback ke tahun awal tahun 1990 (mungkin),
Apa kaitan dengan tahun 1990-an pulak ni??
Buah keranji lagi??
Year 1990, at that time I am just 5 years old, little young girl. Masa itu kena tinggal dengan tok and to'ki ku yang berada di Marang, Terengganu.
A memory of little cute chubby plus sweet girl. Our routine every Friday morning is pergi to majlis agama di Masjid Marang atau dikenali sebagai Masjid Haji Hadi.
Tiba-tiba...
Aku teringat tentang buah keranji di dalam perahu ini. Sudah lama betul tidak makan buah keranji ini. Kali terakhir seingat Cik Suri makan buah keranji pada first year di UKM. Masa pergi fieldwork Jalur Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung. Short trip for one week.
Padahal dekat pasar area rumah aku berlambak orang jual buah keranji. Tapi tidak ada pula aki ini hendak membelinya. Saja je tau!!! Tiba-tiba hari ini mengada-ngada tahi kuda teringat dekat buah keranji tu.
Dulu masa kecil, buah keranji inilah yang selalu tok aku belikan untuk aku dekat pasar hari Jumaat.
"Dekat mane tu?
"Mana lagi kalau bukan Masjid Tuan Guru Haji Hadi lah"...
Setiap kali hari Jumaat mesti akan dibawa ke Masjid Rusila untuk mendengar ceramah, solat dhuha, mengaji Quran dan semua bagai. Memang rutin wajib penduduk sekitar untuk berkumpul di sana.
Dan, setiap kali Jumaat itu juga Tok and To'ki aku akan bawa aku pergi ke sana. Mereka berdua memang sukalah pregi ke sini, mendengar ceramah agama di masjid. Ramai juga orang tempatan yang akan datang dekat masjid. Boleh dikatakan penuh masjid sampaikan melimpah keluar. Mereka sanggup duduk di atas tanah sambil mendengar pesanan tentang akidah, sirah, akhlak dan bermacam-macam ilmu Islam. Peringatan untuk bekalan akhirat. Pendek kata bukan sampai tidak muat masjid, memang sudah tidak muat.
Masih segar di dalam ingatan aku, yang mana tok akan bawa tikar mengkuang dan kami akan duduk santai di bawah pokok nyor (pokok nyior) sambil mendengar ceramah.
Pokok nyor itu merujuk kepada pokok kelapa. Harap korang fahamlah ya!
pokok nyor (pokok kelapa), harap anda tahu?
Tuan Guru Haji Hadi
Siapalah pula dia ni??
Korang kenal ke tidak??
Dahulu aku tidak kenal siapa dia ini. Tetapi selepas aku selalu dengar tok dan toki aku disebut-sebutnya nama besar itu. Bila sudah dewasa barulah aku faham siapakah dia itu. Seorang agamawan dan juga seorang politician. Masjid itu adalah dibina oleh ayah beliau sebagai tempat mengajar agama Islam untuk penduduk setempat.
Beliaulah, guru yang selalu mengajar dan menyampaikan ceramah agama dekat Masjid Marang aka Masjid Rusila itu. Khas untuk penduduk tempatan dan ada juga orang luar yang datang semata-mata untuk belajar bersama. Tuan Guru Haji Hadi ini adalah antara tokoh yang tersohor bukan hanya di Terengganu atau di Malaysia. Malah terkenal juga di dunia antarabangsa.
Kenangan masa kecil memang banyak di situ. Bak kata orang, "tempat bermain, tempat makan buah keranji". Apa tidaknya setiap Jumaat mesti tidak pernah miss beli buah keranji. Rindunya zaman kanak-kanak!
Pembetulan Fakta:
Kali terakhir Cik Suri makan buah keranji adalah dua tahun lepas, pada musim tengkujuh 2007.
Masa itu Cik Suri menghadiri kursus CiBEC di Kolej Telekom, Marang.
Pada hari Jumaat, kami peserta CiBEC sedang buat gotong-royong membersihkan kawasan kubur di situ. Kemudian selepas selesai semuanya, aku dan kawan-kawan berjalan kaki ke Masjid Tuan Guru Haji Hadi. Masa itulah aku beli buah keranji dan memakannya di tepi pantai berhadapan dengan masjid.
Melayan deruan ombak yang menghempas ke pantai, sampaikan berubah pantai...
Ombak musim tengkujuh memabg besar. Seram melihatnya!
Sedikit infomasi tentang buah keranji:
- Nama saintifiknya adalah Dialium laurinum
- Buah keranji ada dua jenis;
- Jenis kecil, yang biasa kita makan
- Jenis kedua pula sedikit besar daripada jenis satu. Jenis ini aku tidak pernah makan dan tidak pernah tengok. Jadi, tidak tahu macam mana hendak ceritakan.
Buah keranji sudah hampir pupus. Mungkin orang zaman moden ini sudah tidak kenal dengan buah keranji.