Hayatilah Hidup Ini

Alhamdulillah… 
syukur di atas nikmat kehidupan yang diberikan pada. Terima kasih Allah kerana masih membenarkan jantung dan paru-paru aku menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan kawalan otak serta akal yang masih waras. 

Terima kasih kerana masih diberi ruang untukku menikmati sisa-sisa kehidupanku. Aku sangat bersyukur. Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Aku ingin hayati hidupku dengan tenang. Tanpa ada lagi rasa benci di antara manusia dan biarlah ianya diisi dengan kasih sayang sesama manusia seperti mana yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w. 
cheewah. ustazah gitew!!…

Kadang-kadang terfikir juga tentang hubungan aku sesama manusia. Tidaklah baik sangat dan dengan binatang lagilah jauh Bahasa kami yang berbeza. Hehehe. Aku merepek😉

Mak dan ayahku…
Terima kasih kerana susah perit anda, saya masih hidup di dunia fana ini dan masih berupaya menikmati hidup ini. Kasih sayang yang diberi tidak mampu untuk saya balas walaupun dengan apa jua yang bernilai di dunia ini. Terima kasih, ya Allah kerana aku dikurniakan mereka.

Kakak dan adik-adik yang menjadi teman untuk bergaduh, teman untuk bercerita., teman untuk mengusik dan teman yang selalu buat aku menangis…

Kawan-kawan, ampunilah dosa sahabatmu ini. Terima kasih kerana menerima kebaikan dan keburukan diri ini. Terima kasih kerana bergaduh dengan saya dan terima kasih kerana memberi kenangan-kenangan indah sepanjang perkenalan kita bersama. Terima kasih kerana sudi sayang dekat saya..

Nikmat hidup yang tidak terhingga. Aku mohon kepada Allah agar aku dapat kemudi hidup aku ini pada jalan yang lurus, jalan yang diredhai dan dirahmati. Jauhkanlah aku daripada keburukan dunia dan azab akhirat. Ampunilah dosa ini dan tunjukkanlah aku jalan yang benar. Rapatkanlah hubungan aku dengan insan-insan yang berilmu  tinggi dunia dan akhirat. Ustaz Don tetap di hati.

Terima kasih kerana aku diberi ruang untuk menghayati hidup ini, ruang bersama keluarga, ruang untuk bersahabat, ruang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa dan ruang untuk bersendirian.

Terima kasih. Aku seronok, menghayatinya…

Dan aku ingin untuk terus menghayatinya sehingga aku kembali kepada-Mu
dan sememangnya aku tahu Kau sayang pada hamba-hambaMU.

Aku Masih Ada Di Sini

by on April 20, 2009
Hayatilah Hidup Ini Alhamdulillah…  syukur di atas nikmat kehidupan yang diberikan pada. Terima kasih Allah kerana masih membenarkan jantung...

Haluuu...
hehehe...saje jer hari minggu xder kerja mai ofis nih...for my next entry...last week I ade jemputan kenduri kawen one of my fren...ermm...budak geo yang pertama kawen nih(batch aku lah)...pembukaan bak kata org...huhu...dah lepas dah sorang...kita tunggu jemputan kedua...siapakan org yg bakal bakal mengikut jejak itu...kita tunggu....adakah saya???


pengantin berbaju oren...kena pulak dengan baju yang I pakai tu...ikut tema la pulak..hehehehe... anyway tahniah kepada sang raja sehari... sempat jugak pengantin mem"puhh" kat ktorg nih...ambil badi/berkat kate nya...hahahaha...
a few friends yang datang pada majlis tu...sempat juga lah berjumpa dan berborak...maklumlah lame tak jumpa..even aku bukan lah bagus dlm skill berbual-bual...diam lebih baik...hehehe...tp seronok jugak jumpa kawan2...seronok tgk diorg nih...ade yang makin kurus dan ade yang makin tembam...but one of my frens said that I jer yang maintain...wahhh..seronok...tp maintain kurus ker...maintain tembam..yg tu...I'm not sure...hahaha...yang penting seronok tgk kwn2 gumbira dgn life masing2...but, do I happy wif my life??of course I do...

lastly...congrate to sang pengantin (Nurul Hidayah and husband)...semuga bahagia hingga ujung hayat...and to others...nnt nk kawen jg lupe jemput I yer...insyaAllah I datang if xder aral yang melintang di jalanan...huhu...ayat ape nih...main blasah jer...ok lah...adios....takut nk merepek lame2 nnt you all buhsan...

The First Wedding

by on April 19, 2009
Haluuu... hehehe...saje jer hari minggu xder kerja mai ofis nih...for my next entry...last week I ade jemputan kenduri kawen one of my fren....
Aku Peminat Movie James Bond

Aku dengan James Bond memang tiada kaitan pun. kihkih!!!
Actually aku teringin sangat pergi menonton movie terbaru James Bond : The Quantum of Solace. Akan tetapi aku buat masa ini aku tidak ada kesempatan untuk pergi menonton and tiada kawan yang boleh temankan aku pergi tengok movie tersebut. (huhu. Siapa suruh tiada BF). Housemate aku yang pergi menonton movie ini cakap, ceritanya tidak seperti yang diharapkan. Tidak seperti movie James Bond yang sebelum-sebelumnya (Casino Royale,007) yang mana setiap adegannya mesti wujud alatan-alatan yang canggih.
Barulah James Bond yang kaya dengan hi-tech gadget, racing cars dan sebagainya. Jadi, aku tidak boleh komen kerana aku belum tengok lagi.


Inilah sedikit gambar yang aku ceduk daripada internet. 
Sengaja letak supaya blog aku ini nampak lebih menarik dan tidaklah terlalu kosong.
::Sama-samalah kita menghayatinya::

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
Saya tak email...tapi saya post kan dalam blog saya..hehehe..
thanks to the sender:
Kak Zira Cibec

Sama-sama Kita Hayati

by on April 10, 2009
::Sama-samalah kita menghayatinya:: Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya ...
::Peta Benua Kuno::


Kajian yang dilakukan oleh Christopher R. Scotese














50 juta tahun akan datang

150 juta tahun akan datang


250 juta tahun akan datang

Sources: http://pkukmweb.ukm.my/~kamal/paleomap/paleomap.htm

Peta Benua Kuno

by on April 09, 2009
::Peta Benua Kuno:: Kajian yang dilakukan oleh Christopher R. Scotese www.scotese.com 50 juta tahun akan datang 150 juta tahun akan datang ...

Ad Code

Responsive Advertisement