Not totally I am...

You Are Ariel!
Image hosted by Photobucket.com

Headstrong and fiesty. You have a mind of your own that's full of romantic dreams about the world around you. Exploring exotic places is your ultimate dream, and although you can be a little naive you'll realize that there is something to be gained from your family's wisdom.


Which Disney Princess Are You?

I'm Ariel!!!

by on December 16, 2008
Not totally I am... You Are Ariel! Headstrong and fiesty. You have a mind of your own that's full of romantic dreams about the world ar...

"Sayang, Abang minta izin nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak..

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya..

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


Kepada:

Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya.

Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!


>>>....terharu aku membaca coretan ini yg mana penulisnya tidak ku tahu siapa...tetapi betul menarik minat aku untuk membaca dan menilai betapa telus dan murni kasih si isteri ni untuk suami dia ni....<<<

mega structure


from left: yee liew, ah ching, boon chun, me and nisa'


no turning back..


Eagle...the lagend of Langkawi Island

behind her...it's me..


the girls with burning face..


after dinner..with PM. Datin Dr. Zaiton Harun


the night, before back to ukm..

dropstone..

the evident relating Langkawi to the cold Gondwanaland..

loadcasts in Pantai Pasir Tengkorak..


crossbedding at Pantai Pasir Tengkorak


loadcast and flame structure

crinoid stem..

map..Malaysia 70000 years

close up travertine in Gua Kelam, Perlis..

geomodels...

travertine..next on the right is pool..

ripple mark on the surface of fine sandstone..


formasi semanggul, at empangan pedu, kedah

loadcasts di empangan pedu kedah..
geomodel, Prof. Madya Dr Uyup Said(arwah)..
beautiful view..the way to Pantai Pasir Tengkorak..

archeology...this monument/artifact in museum
Sungai Batu Pahat, Lembah Bujang, Kedah.
minerals...


laminae...


one of the visited site in kedah..

tafoni structure.. this structure resulted from differential
erosion on massive fine sandstone

coarse grain minerals, tourmaline in Pulau Bumbun.

Langkawi Fieldtrip, 2006

by on December 12, 2008
mega structure from left: yee liew, ah ching, boon chun, me and nisa' no turning back.. Eagle...the lagend of Langkawi Island behind her...
Astagfirullah al-azim...
Mengucaplah banyak-banyak. Semoga dosa-dosa yang kita tidak sedari terhapus juga. Allah menguji kita dengan pelbagai ujian sebab dia nak suruh kita sedar yang kita makin jauh daripada-Nya..

So, apa yang perlu kita lakukan kembalilah kepada-Nya. Kadang-kadang ada kejahatan yang kita lakukan tanpa sedar dan Allah membalasnya secara cash. Sebenarya Allah sayangkan kita, sebab dia tidak mahu lihat kita leka dan lalai.

Kejadian yang menimpa aku adalah ujian Allah sebab dia sayangkan setiap makhluk ciptaan-Nya, termasuk diri ini yang pendosa.

Thank you Allah..

Rentetan Kejadian:

Hari/Tarikh: Ahad, Nov 23, 2008, jam menghampiri 9 pagi:
Kami semua  siap untuk keluar berjimba-jimbi, tapi si Lina belum bangun dari tidur lagi ni. Jadi, aku buatkan sarapan and makan seorang diri. Housemate yang lain masih di bilik.

Siti keluar dari bilik bertanya aku samada keluar berjalan tak hari ini. Aku balas, aku akan keluar sebab  berjanji dengan Lina untuk pergi MPH dan tengok movie. 

Aku sudah kejutkan Lina tadi tapi bila jenguk balik ke bilik, amboi, masih lena dibuai mimpi...

isk..
sebab lina tak bangun lago aku terus on laptop dan sambung tengok anime "Prince of Tennis".
Sengaja hendak habiskan baki episodnya yang beratus-ratus itu. Aku pun baru tengok sampai episod 27..hehe ;)

Hampir jam 10 pagi:
Lina tak bangun lagi..
masa ini aku kejutkan dia betul-betul. Die bangun juga akhirnya.. Siti sudah lesap keluar dengan Awie pergi PWTC untuk tengok pameran.
Aku masih melayan anime sambil tunggu Lina bersiap..walhal aku pun bersiap lagi..

kemudian huda laks bangun..die ckp nk kuar ngan adam tp tak confirm lg..aku pom ajak lah kuar ngan aku skali..alang2 klu tak jadi jumpa adam leh lepak ngan aku skali..tetiba aku terpikir malas pulak nk tgk movie..tp tak bitau lina lg..hehe..
lepak2 sementara bersiap..layan anime lg..tggu ank2 daraku tu siap..

jam 12 lebih skit:
kuar dari umah..pegi ke komuter ukm..huda park kete kat parking ukm..pastu dia pulak nk isi perut pulak..makan jap dkt kedai mkn kat komuter tu..aku dah tak larat nk mkn, so aku order air feverat aku, horlick ais..lyn diorg ni mkn and bla..bla..bla..
lepas mkn, berkejaran ke komuter..semangat nk g mid la katekan..

lebih kurang jam 1:
dah ade di mid..aku rase lah sbb tak perasan jam kul berape mse tu..takder arah tuju sbb tak plan betul2..so, tempat 1st kiorg masuk jusco..tgk pakaian baby..ade sale..comel2 laks tu..blah dr ctu, time ni lina ckp nk kuarkan duit..so, mencari lah atm yg sedia ade dlm jusco tu..tp transaksi xleh dibuat sbb atm tu tak terima kad dr bank lain..so,mencari atm bank yg lina guna tu, tp tak jumpe juga..last skali kiorg lepak lah kat mph..tempat feverat aku..seronok tgk buku2 yg banyak nih..bestnye mph ni sbb kite dibenarkan membaca di sni..hehe..free..

lebih kurang jam 3:
lame tak lame kat mph, ktorg pom gerak pergi ke jusco semula, di bhgn perabot, bhgn dapur..ntah ape ntah..jalan2 kat ctu..mase tu lina terus pegi ke surau, aku ngan huda masih merayau tgk2 barang..mse tu aku dah amek 2 buah buku cerita untuk haikal and perfume nk letak kat bilik aku..jalan2, jumpe lina die dah siap solat..aku ngan huda belom..so, aku pom bg barang yang aku nk beli tu suh lina pegang jap..nnt siap solat aku bayar..so, gerak masuk ke surau jusco tu..hehe dah lewat dah..

jam 345:
kat surau jusco...amek wuduk and siap2 nk solat..hbag aku ngan huda letak kat rak telekung tu..tetiba huda cakap,"tak leh harap ni letak handbag kat cni,baik amek". die pom angkat handbag die tu..dengar huda ckp cam tu, aku pom amek handbag aku and letak depan sejadan and terus solat...
lepas jer so, aku gerak ke belakang and lepak kat ctu sbb nk tggu waktu asar..huda pom same..

lebih kurang jam4:
"jam kul berapa skang huda",aku tanye huda..,"dah kul 4",die tunjuk jam kat hset die tu pd aku, dalam kul 4.02ptg..aku pom kuarkan hset aku and jam kat hset aku kul 4.07 petang..kat sebelah aku ni ade sorang kakak tu..tetiba die ckp,"nk tggu asar ke?",..aku jawap lah yer..memang aku dah plan nk tggu asar..
so, aku tu boraklah ngan aku..tp aku rase xder lah byk pom borak ngan akak ni..tetiba akak ni kuar kan paper metro..aku berminat la pulak nk tumpang bace skali..aku pom tegurlah cerita pasal artis yg kawen ngan lelaki muda kat paper tu..akak tu sua kan paper die tu dekat2 ngan aku..hehe..borak jap..
kemudian aku amek handbag aku dan letak depan aku..time tu aku tgk spek mate aku yang aku selit kat tali hbag tu..time tu. terdetik kat ati aku, klu lah spek ni kene pijak mesti kena buat lg skali..spek tu aku bru buat..igt lg tarikh die 30/08/2008..hehe..sayang lagi mate ke2 aku nih..
aku laplah spek mate aku elok2 and simpan dlm kotak die..then masuk dalam handbag aku..dan2 mase tu jugak aku angkat handbag aku and letak kat tepi dinding tu..huhu..

kakak kat depan aku tu asyik tengok2 jam kat tangan die jerrr..dah nk masuk asar..aku tgk bbrp org kat dpan tu bangun and diorg start nk solat asar..aku pom nk join skali..terus aku ke depan nk solat..malang skali aku tertinggal handbag aku kat belakang..mase tu, aku terpikir, huda akan tgk kan hbag aku tu..tp sbnarnye huda tak tau pom yg aku tggl bag aku tu kat belakang..waa..

425petang:
solat..
siap jer dari solat aku ke belakang nk amek handbag aku..tp dah tak der..mse tu aku pk huda amek letak dekat die kut..huda tgh solat time tu..aku tggu die siap..siap jer die solat..aku tanye handbag aku..die ckp xder amek..dan kakak yg borak ngan aku tu dah lesap...mungkin dgn hbag aku skali..waaaa...huda pakai tudung and terus pg cari kakak tu kat luar..

aku masih kat surau cri kakak tu tp dah xder..sorag jemaah tu bg aku pjm hphone die and suh call handphone aku..tp bile call number aku, org belah sne 'cancel'kan..hampehhh..
mmg dah xder harapan nk dpt balik bag aku tu..aku pom time tu 'blurrr' jer...

440 petang:
try msg kat hphone aku guna hphone huda..
"kakak dah tersalah amek bag sy nih, sy nk balik bag saya. sy tgg akak kat surau yer".lebih kurang camtu lah masej yg huda taip tu..
tp...
die reply balik...
"kamu ni sapa sih, mau nye ape kamu"...perrghh...terkejut ktorg..sah2 dah bag aku ni kene curikkk...
mse tu ktorg pom runding lah minta bag tu balik..pompuan ni ckp nk kasi and die ckp nk tggl kan kat surau..mse tu korg dah ugut die sbb nk repot polis and bitau kat surau tu ade cctv..
tp rupe2nye sia2 jer..pembohong..aku yg bendul ni pergi lah tggu kat surau tu..harap2 dapat balik bag tu..
last skali..aku pom dah geram ngan perangai pompuan tu..aku pom report lah kat org jusco..but no action from them..diorg kate xleh buat ape..isi form jer lah..xder harapan..
then, aku pom nk balik lah..kat pintu kuar, jln ke komuter tu..tetiba nmpk pak guard, tergerak ati aku nk tanye balai polis.. pakcik tu bg lah direction kat aku n ktorg pom bergegas buat report polis..
dkt balai polis tu, bru aku tau yg pencuri ni sengaja nk lengah2kan ktorg dgn alasan nk bg balik bag tu..kate polis tu, takder nye die nk bg balik..tipu sume tu..
ape yang aku terkilan...
si pencuri ni sms kat kawan2 aku, minta kawan2 aku ni topupkan kat die..
sms die kat kwn2 aku guna hphone aku..
"tolong topupkan kat aku 60..urgent ni,nnt aku bayar balik..cpt sket yer"..perghh kejutan untuk aku lagi..
dah la guna hphone aku, pastu boleh buat cam tu pulak..
cuba bayangkan..
dlm hset aku tu ade lebih kurang 200 number kwn2 and family members..
so, 200 X 60=12000..byk tu..
kwn2 aku ni pelik lah..apsal lak aku mintak topup banyak sgt..sbb jarang aku buat camtu..paling tidak pom rm10 jer aku pernah mintak diorg tlg topupkan...nahas aku..klu tak byk duit nk kena ganti balik tu..
kebetulan pulak, lina pom terima mesej tu..so, lina call sume kwn2 terdekat bitau yg bag and hphone aku kene curi..tektik pencuri tu gagal..
tetapi...
si pencuri ni licik..
dia call zana aka housemate aku..menyamar jd aku dan mintak no pin kad atm aku...kejutan lagi...betul2 jahat lah die nih..boleh borak2 ngan zana lg tu..sib baik no pin aku tak pernah bitau kat org lain..Allah selamat aku lg..
zana pom call aku and cerita kat aku pasal ni and die mintak phone umah aku kat kampung and call mak aku...thanks zana..
in the same time, aku aku block phone number aku and buat replacement..block kad2 atm dan segala yg berkaitan lah..
alhamdulillah settle aritu jugak..sume perkara dipermudahkan Allah..
lebih kurang jam 630petang..
terus kuar dr mid ke komuter..balik ke ukm..hujan lebat mse tu..rezeki Allah..sampai jer kat komuter ukm..hujan makin lebat jugak..banjir..redah jer ke kete dan terus balik umah..
745petang..agak2 lah:
Alhamdulillah selamat..sampai umah jugak..basah kuyup..kesian kete huda..
on sim card yg baru tu..hphone pulak buat hal maklum lah 3310 yg aku amek dr akak aku dlu..sib baik aku tggl 3310 kat umah..
byk sms dr kwn2 masuk..miscall dr mak..
reply sms kwn2..bitau hphone kene curi..pesan kat diorg jgn lyn ape2 yg berkaitan dgn aku buat mse ni..takut kne tipu ngan pencuri tu..segala macam lah...

kesimpulan:
perkara yg perlu dibuat a/bila berlaku kecurian sebegini:
1)bertenang..rilax..jgn gelabah..tp jgn jd cam aku..blurr tak tau nk buat ape..
2)buat report cepat2
3)block sume kad atm dan phone number(bergantung)..cam kes aku si pencuri mengambil kesempatan dgn menyamar dan mintak macam dr kwn2 aku..
4)jgn lyn sekiranya si pencuri kate nk pulang kan bag tu dan minta jumpe di satu2 tempat..cam kes aku, si pencuri kte nk pulangkan bag aku dan suh aku jumpe die kat kajang..aku bitau polis, polis tu ckp jgn lyn tkut die mintak yg bkn2 or ape2 kan kite..maybe die ade gang..kite tak tau kan??
5)call family members dan kwn2, inform dieorg ttg ni supaya diorg tak ditipu..
barang2 aku yg hilang:
1) spek mate (aku paling sayang sbb baru jer beli,dah la cantik..hehe..perasan)
2)purse dan duit
3)handphone
4)kunci umah
5)pendrive(resume dan semua hasil research aku..xder backup..huhu)
6)ic dan kad2 atm
7)dah tak ingat ape lg yg ade dlm bag aku tu...
buat kawan2:
terima kasih banyak2 sbb tolong aku..tanpa diorg..ntah ape jd pada aku mese tu..mesti tak tau nk buat ape..mmg 'blur' lah aku nih..hehe..thanks korang..1st time jd bende camni kat aku..pengajaran tul
pelajaran untuk aku:
1)jgn terlalu peramah
2)jgn mudah percaya kat org...nmpk jer baik tp kite tak tau dalam camne..
peribahasa dr dunia anita: rambut same hitam, tp hati lain2..ade kelabu, ade hijau..tp aku belajar bio hati manusia warna merah gelap skit..pastu rambut org skang ni pom cam2 kaler ade..perang lah, hijau lah, kuning..biru pom ade..hehe..
3)slalu pegang bag tu, jangan letak merata tempat..
4)buat backup..hasil kje jgn suka save dlm pendrive..ilang kan dah susah..kne buat lain...
pesanan kat pencuri:
ingat lah,
setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan,
dan setiap kejahatan akan dibalas dengan kejahatan..
tu janji Allah..
Living in healthy lifestyle

Living a healthy lifestyle.
 
Last week, I have read an article about healthy lifestyle. As we know, keep healthy is important for our body and inner system.

There some guide in healthy eating habits. 
 
Step 1: Clear your mind of false beliefs. The way we think and feel about our food determines how we eat. 
 
Step 2: Include an item from each food group to enjoy a balance meal. Among the popular food groups include grains, fruits, vegetables, dairy products, protein and soils. Choose to eat a portion of each item from your meal. 
 
Step 3: Stop eating when you’re full. Drink plenty of water before you become thirsty, as a thirsty body is already partially dehydrated. 

Step 4: Eat different combinations from each food group throughout the day. Think about balance and appreciate proportions with each meal and snack.

Step 5: Only eat when you feel hungry and stop eating when you are full. Eat every four hours to keep you body from starvation mode.

Okay...
Got it!!!

Let's talk about healthy

by on November 17, 2008
Living a healthy lifestyle.   Last week, I have read an article about healthy lifestyle. As we know, keep healthy is important for our body...

Ad Code

Responsive Advertisement