Assalamualaikum. 

Hari ini Cik Suri akan kongsikan resepi roti jala yang sangat menjadi dan pastinya tidak akan gagal. Tekstur roti jala yang lembut dengan lemak santan memang sedap bila dimakan bersama dengan kuah kari. 

Sesuai dijadikan sebagai hidangan waktu petang atau juga sebagai hidangan ketika tetamu bertandang. Malah, pada bulan Ramadhan punianya menjadi salah satu menu yang perlu disediakan.


Roti jala ini Cik Suri hidangkan bersama dengan kari kambing. Namun, untuk posting ini Cik Suri tidak akan kongsikan cara membuat kari kambing. Maaf ya sebab Cik Suri malas hendak menulis panjang lebar. Cik Suri akan cuba  tulis di posting yang lain.

Ini adalah cara paling ringkas yang dapat Cik Suri kongsikan. Bahan-bahan yang digunakan tidaklah terlalu banyak dan sukar untuk didapati. Cara membuatnya pun mudah juga. 

Cik Suri harap perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk anda yang membacanya. Selamat menjala.

Okay, teruskan membaca.

Bahan-bahan untuk adunan roti jala

Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk diperolehi. Boleh beli di mana-mana pasaraya ataupun kedai runcit. 
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan air santan cair - boleh juga diganti dengan susu cair 
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 butir telur
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning atau lain-lain warna pilihan

Cara-cara membuat roti jala
  • Sukat tiga cawan tepung gandum ke dalam bekas yang bersesuaian.
  • Dalam bekas yang lain, satukan telur dan santan cair kemudian kacau sebati. Campuran telur dan santan cair ini boleh terus dimasukkan ke dalam bekas tepung gandum.
  • Kemudian, masukkan minyak masak, sedikit garam dan pewarna. Kacau adunan sebati sehingga tiada sisa ketulan gandum.
  • Sekiranya masih ada ketulan tepung gandum, anda boleh gunakan penapis untuk asingkan ketulan itu.
  • Masukkan adunan ke dalam botol sos yang bermuncung dan kiraikan di atas kuali leper pada api sederhana. Boleh kirai berbentuk bulat atau juga petak-petak. 
  • Apabila adunan sudah masak, bolehlah diangkat ke pinggan dan gulung ia.  
  • Dah siaaap.... dan boleh dihidangkan bersama kari ayam atau daging atau kambing. Boleh juga dihidangkan bersama kuah serawa durian.

Tips :-
  1. Anda juga boleh menggunakan "blender" untuk memudahkan dan juga menjimatkan masa. Caranya dengan memasukkan semua bahan-bahan di atas kedalam pengisar dan kisar ia sehingga kesemua bahan sebati. Kemudian tapis ke dalam botol sos atau acuan roti jalan.
  2. Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan santan cair, anda juga boleh menggantikan santai cair dengan susu cair atau susu sejat. Hasilnya tetap sama cuma rasanya kurang lemak.
  3. Andai kata anda tidak mempunyai telur, boleh sahaja "skip" dan digantikan dengan susu sejat. Inshaa Allah, menjadi juga roti jalanya. Cik Suri pernah cuba juga. 
Akhir kata, selamat menjala semua. Jangan lupa komen jika anda berjaya membuat roti jala.


Korang pernah makan "soft cookies" tak sebelum ini. Cik Suri personally belum pernah lagi cuba soft cookies daripada mana-mana cafe mahu pun daripada bakery. 

Dua-tiga hari kebelakangan ini, selalu sahaja nampak resepi yang dikongsi di ruangan fyp tiktok. Jadi, Cik Suri ingin cuba satu resepi soft cookies yang lalu di ruang fyp Cik Suri.

Tetapi, Cik Suri ada buat sedikit olahan daripada resepi asal untuk memenuhi selera Cik Suri. Antaranya dengan mengurangkan sedikit kemanisan dan menambah kekacang untuk memberi rasa sedikit ranggup pada cookies ini. Jadi Cik Suri namakannya sebagai "Peanut Chocolate Soft Cookies".

Soft cookies adalah sejenis biskut yang mana teksturnya sedikit chewy. Normally, biskut yang biasa kita makan akan rasa ranggup. Tetapi, soft cookies ini berbeza sangat teksturnya, yang pasti ianya sedap.

Bahan utama yang membuatkan biskut rasa kenyal dan lembut

Adunan biskut ini adalah daripada bahan-bahan biasa yang kita gunakan untuk doh biskut seperti tepung gandum, garam-gula, mentega, telur dan vanilla esen. Tetapi apa yang membuatkan biskut ini berbeza dengan biskut normal adalah kerana sukatan dan suhu bahan-bahan ketika aduanan doh dibuat. 

  • Mentega Cair - Mentega yang dicairkan akan menghasilkan rasa chewy dan lembut pada cookies. Menggunakan mentega yang dicairkan memudahkan kita untuk tidak perlu lagi mengadun aduan menggunakan mixer.
  • Lebihkan gula perang berbanding gula putih - Cik Suri menggunakan nisbah gula 2:1 yang mana 70 gram gula putih dan 140 gram gula perang. Kelembapan di dalam gula perang akan memberi rasa yang lebih kenyal pada biskut ini.

Doh biskut akan lebih lembut dan tidak melekit apabila kita gaulkan ianya dengan coklat chip disebabkan kita menggunakan mentega cair.



Tips untuk dapatan doh yang cantik

  • Doh perlu dibeku terlebih dahulu - Tips untuk mendapatkan biskut yang kenyal adalah dengan bekukan dahuku doh di dalam peti ais seketika. Ini adalah supaya adunan doh dapat set together atau ia sebati dahulu selepas proses masa kita mix tadi. Doh yang sejuk dapat mengekalkan ketebalan biskut ketika dibakar. Semasa penyimpanan di dalam peti ais, pastikan aduanan ditutup dengan plastik atau penutup bekas. Boleh bekukan antara 2 hingga 3 jam dan adunan mampu bertahan selama 3-5 hari  di dalam peti beku.
  • Bulatkan doh dengan ketebalan yang bersesuaian - Doh yang tebal akan menghasilkan biskut yang tebal dan lebih lembut jika dibandingkan dengan doh yang sedikit nipis. Semakin nipis doh biskut akan menjadi ranggup dan akan hilang kelembutan isi dalamnya.

Bahan-bahan untuk membuat Peanut Chocolate Soft Cookie

  • 115 gram marjerin atau juga butter - dicairkan dan biarkan ianya sejuk atau suam-suam kuku sebelum dimasukkan ke dalam aduan
  • 75 gram gula perang
  • 50 gram gula putih
  • 1 biji telur, pada suhu bilik - biarkan seketika di luar jika telur anda di simpan di dalam peti ais.
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 160 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking Soda
  • Sedikit / secubit garam
  • 250 gram chocolate chips
  • 100 gram kacang tanah yang dihancur kasar
  • Chocolate Coins sebagai hiasan

Cara membuat Peanut Chocolate Soft Cookies

  • Panaskan dahulu oven pada sehingga suhu 175'Celsius
  • Langkah pertama, cairkan marjerin di atas dapur pada api kecil supaya mentega tidak terlalu panas atau hangus. Masak sehingga marjerin sedikit keperangan. Kita juga boleh cairkan marjerin di dalam microwave. Kemudian biarkan ianya suam atau sejuk sebelum langkah seterusnya.
  • Ayakkan campuran tepung gandum, baking soda, garam di dalam mixing bowl. Ketepikan sementara kita menunggu mentega sejuk. 
  • Apabila mentega sudah suam atau sejuk, boleh masukkan campuran gula perang dan gula putih di dalam mentega cair tadi kemudian kacau perlahan supaya campuran gula tergaul sebati. Pastikan sehingga tiada butiran gula yang tertinggal. 
  • Kemudian masukkan sebiji telur dan kacau sebati, diikuti pula dengan satu sudu kecil esen vanila. Pastikan campuran digaul sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan campuran tepung yang diayak tadi bersama-sama dengan coklat chips dan kacang tanah. Gaul sehingga sebati.
  • Tutup adunan doh dengan penutup bekas atau boleh gunakan wrapping plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk selama dua hingga 3 jam. Adunan boleh dibekukan untuk lebih 3 hingga 5 hari sebelum dibakar. Boleh juga bulatkan doh dahulu sebelum dibekukan.
  • Sebelum doh dibakar, selepas dikeluarkan daripada peti ais dan biarkan doh menjadi lembut seketika pada suhu bilik selama 10-15 minit.
  • Kemudian susun adunan doh di atas baking pan. Pastikan dilapik dengan baking paper supaya biskut tidak melekat apabila sudah masak nanti. 
  • Bakar biskut di dalam oven selama 12-15 minit pada suhu 175 celsius. Biskut akan kelihatan perang dibahagian tepi menandakan ianya sudah masak sepenuhnya.
  • Biarkan biskut sejuk di atas wire rack. Biskut boleh disimpan selama seminggu di dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. 

Ad Code

Responsive Advertisement