Assalamualaikum

Last weekend, cik suri bawak mak ayah and adik-adik pergi jalan-jalan dekat pantai. bukan tak biasa bawak depa ni pergi pantai, dah selalu sangat. tapi this time  adalah second time cik suri jejak kaki dekat pantai nih. kali pertama ke sini masa darjah lima, pergi dengan basikal. gigih jugaklah kayuh basikal dengan kawan satu kelas tu. kenapa kayuh basikal? ye lah time tu, budak-budak kelas semua pergi dengan cikgu, tapi "aku dan dia" saje nak mengayuh, kekonon barulah thrilled kan. jauh jugak lah dari rumah, lebih kurang lima kilometer gitu. terketar-ketar jugak lutut time nak melintas jalan besar tu, jalan utama kuantan - kemaman. memory zaman sekolah, hinggus meleleh.



okay, nama dia easter, berusia 62 tahun dan telah travel dari rumah dia di switzerland, two years ago. dia and her husband decided to start their trip with their own truck, build by the husband.
wow, seronok kan. spend usia emas dengan travelling around the world.

hari jumaat tu, dah dah terserempak dia and the husband, jalan-jalan keluar dari kawasan pantai tu. sempat say hi sambil drive jadi, maybe dia tak dengar and tak perasan kut. then, arini, aku nekad jugak pergi dekat truck dia, and nampak dia tengah baca buku dekat luar, dengan nervous aku say hi lah dekat easter ni. she's very nice, friendly tapi tak sempat borak panjang, sebab aku dah nak balik. dia tanya, aku esok datang lagi ke, aku cakap tak sebab kerja, maybe next week me datang lagi. boleh sembang-sembang lagi sambil makan cekodok pisang. hahaha :)

***kasi posing sikit, adik aku ni, Nadia dengan Easter nih...


pantai chendor ni best sebab airnye cetek. sempat berjalan dalam air tu sampai ke tengah, air paling tinggi sampai paras lutut jer. maybe next week, boleh nak mandi, berenang-renang main air, best nyerrr. taksaba, taksaba :)


its time to go back home. masa ni aku snap gambar dalam air.

wassalam.

Assalamualaikum

Beberapa bulan yang lepas, sahabat yang sama-sama bekerja untuk projek drilling groundwater datang melawat. jadi aku membawanya ke pantai penunjuk, kijal. pantai ini merupakan antara pantai yang menjadi kunjungan ramai orang.


Sekitar pantai ni, tak begitu banyak gerai yang menjual snack, hanya terdapat dua atau tiga gerai sahaja yang mostly menyediakan makanan goreng dan juga ABC dalam kelapa.


I think she is ready to action with her camera.


Kawasan berbatu ini menjadi pilihan orang ramai untuk bermandi manda. tetapi untuk hari ini keadaan ombak yang besar dan angin kuat tidak sesuai untuk mandi.



Mak aku panggil, ini batu berlindung. sebab zaman kecil dia dulu, batu ini menghadang angin kuat dari merempuh rumah nenek di atas tebing pantai sana. itu ceita ketika dia berusia lima tahun, dan nenek berpindah ketika mak berusia 8 tahun. kenangan itu tetap ada kerana mak suka bercerita tentang kampungnya ini. hehehe (^.^)






CANTIKKAN PANTAI DI TERENGGANU

semoga sahabat aku ini sudi lagi datang melawat ke terengganu. tidak banyak tempat yang dapat aku bawa dia melawat. maafkan aku, wahai sahabat.

wassalam


Assalamualaikum

Sejak dua-tiga hari ini, hati tidak begitu senang dan tenag mengenangkan impian yang belum tercapai. Bermacam hajat di hati belum tertunai. Jiwa meronta, sedangkan perasaan takut mencengkam di dalam hati. Rasional dan emosi saling bergaduh. Bila masanya aku mahu nekad?

Hati gembira dan berkobar melihat kejayaan yang lain mengikut kata hatinya. Sedang aku masih takut membuat pilihan. Aku masih terperangkap. Berbalah dengan perasaan sendiri. Allah! Bila masanya akan tiba. Bila satu keputusan akan dibuat. Dan, bila aku akan nekad?

#jiwapengembara #impianmasihbelumtercapai

JIWA TRAVELER

by on May 17, 2016
Assalamualaikum Sejak dua-tiga hari ini, hati tidak begitu senang dan tenag mengenangkan impian yang belum tercapai. Bermacam hajat ...

Ad Code

Responsive Advertisement