PANTAI PENUNJUK - REHAT MINDA AMBIL ANGIN


Assalamualaikum

Beberapa bulan yang lepas, sahabat yang sama-sama bekerja untuk projek drilling groundwater datang melawat. jadi aku membawanya ke pantai penunjuk, kijal. pantai ini merupakan antara pantai yang menjadi kunjungan ramai orang.


Sekitar pantai ni, tak begitu banyak gerai yang menjual snack, hanya terdapat dua atau tiga gerai sahaja yang mostly menyediakan makanan goreng dan juga ABC dalam kelapa.


I think she is ready to action with her camera.


Kawasan berbatu ini menjadi pilihan orang ramai untuk bermandi manda. tetapi untuk hari ini keadaan ombak yang besar dan angin kuat tidak sesuai untuk mandi.



Mak aku panggil, ini batu berlindung. sebab zaman kecil dia dulu, batu ini menghadang angin kuat dari merempuh rumah nenek di atas tebing pantai sana. itu ceita ketika dia berusia lima tahun, dan nenek berpindah ketika mak berusia 8 tahun. kenangan itu tetap ada kerana mak suka bercerita tentang kampungnya ini. hehehe (^.^)






CANTIKKAN PANTAI DI TERENGGANU

semoga sahabat aku ini sudi lagi datang melawat ke terengganu. tidak banyak tempat yang dapat aku bawa dia melawat. maafkan aku, wahai sahabat.

wassalam

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement