Assalamualaikum

First time cik suri update blog menggunakan phone. lepas je install apps blogger on the go. yeay!!! mula hari ini, semuanye dihujung jari anda. 

seronok duduk lepak di rumah, kena pulak harini cuti. Bangun awal pagi niat nak pergi hantar sunan (keretaku) service tayar. Tup-tup kedai tutup pulak walhal haritu boss die suruh datang awal- awal pagi. haisshh...macam mane nih, bile driving je terasa tak selesa dan tak selamat, ade pulak kedengaran bunyi bising yang mengganggu konsentrasi pemanduanku. chewahh, macam iklan minyak shell pulak.

untuk beberapa hari ini cik suri kena masak sendiri. maklumlah, emak cik suri tiada di rumah kerana menghantar adik cik suri mendaftar di iium, gombak. mula hari ini cik suri kena masak. so planning cik suri nak masak ayam masak kunyit. resepi paling simple tetapi mengambl masa agak lama bagi tukang masak amatur macam cik suri.

resepinya,

1- Ayam beberapa ketul
2- serbuk kunyit
3- serbuk kari daging ayam 
4- bawang merah 2 ketul
5- bawang putih 3 ketul
6- bawang besar 1 ketul
7- gula dan garam
8- kicap lemak manis
9- sos tiram
10- lada hidup -dipotong wedges
11- cili api 
12- tomato
13- kacang panjang

mula-mula, cik suri perapkan ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam. perap beberapa ketika. kemudian, agak-agak perapan dah sebati, cik suri goreng ayam tu sehingga agak-agak ranggup dan angkat.

langkah kedua, 
tumiskan cili padi, bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk ala-ala manja (jangan lumat sangat) menggunakan 5 sudu besar lebihan minyak goreng ayam tadi. tumis sampai naik bau.

kemudian, masukkan sos tiram, kicap, gula dan garam sesedap rasa. campakan bawang besar, lada hidup, cili api yang dipotong kecil-kecil, tomato dan kacang panjang. gaul-gaulkan biar sebati. 
akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi, gaul dan campurkan sedikit air nak kasi berkuah tapi hasil masakan cik suri tiada kuah sebab dah kering. jadi kena make sure api tak pasang besar sangat... ala-ala jer.

dah siap dan sedap dimakan dengan nasi yang tengah panas-panas dan telur dadar.

note: tiada gambar hiasan, cik suri malas nak amik sebab terlalu lapar dan terus ngappp...

note lagi: make sure semua ingredient kena ade, jangan jadi macam cik suri, tengah-tengah masak terpaksa keluar pergi kedai cari kacang panjang. nasib baik kedai dari rumah lima minit jer naik motosikal.

wassalam dan senyum sokmo
::ciksurisukamasakkek::

Assalamualaikum


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Sekian, cerita ini cik suri copy and paste dari mane-mane ntah tiga-empat tahun yang lepas. cik suri pun dah tak ingat dari web mane. ambillah pengajaran dari cerita ini. buat diri cik suri sendiri.

wassalam dan senyum sokmo
::loveisanopendoor::

Ad Code

Responsive Advertisement