Assalamualaikum

"It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel"

itu dia, quote untuk pagi ini. bukan kerna cik suri putus cinta tau, tetapi sebab mms yang cik suri terima daripada celcom. perghh...jiwang siot.  

but still can be something yang korang boleh pikir-pikirkan. bagi yang single macam cik suri. pernah seorang sahabat pesan, jodoh tak datang bergolek yer, kalau kau duduk diam tanpa usaha. but how to usaha, sedangkan dia tidak pernah ajar macam mana mahu cari jodoh. alamak, melencong cerita pasal jodoh pulak. sowi-sowi, cik suri memang sengaja. hahaha :)

by the way, sebenarnya cik suri nak relate kan quote di atas dengan lagu alyah ni, "tak mungkin kerna sayang". tadi dengar dekat radio. sedap jugak suara si alyah ni. memang tak dinafikan sebab cik suri memang peminat alyah.


bait-bait lirik lagu ni memang cantik. "tak mungkin kerna sayang, cuma terganggu oleh perasaan" 



Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Mode : cik suri tengah susah hati, tak tau mahu pikir apa, menulis blog dengan harapan masalah boleh hilang buat seketika. jangan lari dari masalah tetapi cubalah berusaha untuk selesaikan masalah. tetapi sebenarnya itu bukan masalah cik suri tetapi terlibat dan terpaksa mengambil bahagian untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian. mohon doakan untuk cik suri. sekurang-kurangnya, jika masalah ini dapat diselesaikan, ia dapat mengurangan bebanan perasaan yang cik suri hadapi sekarang.

Wassalam
Senyum Sokmo :)
Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Alhamdullilah. 
Hari ini mentari muncul dengan ceria, hujan pun sudah kurang sedikit, cuma pada waktu petang kadang-kadang hujan renyai-renyai. 

Cik Suri pun start kerja seperti biasa selepas bercuti beberapa hari akibat banjir. Kemudian MC pula disebabkan demam dan juga sakit mata. Rumah sudah siap dicuci dan mula kemas barang sedikit. 

Masih ada beberapa ruang yang belum sempat dikemas dan disiapkan dengan sempurna. Ibu Cik Suri cakap, InshaaAllah, kita pastikan semua selesai sebelum Raya Cina nanti.


TILU
Kenapa tilu...?
Pagi tadi on the way pergi kerja, terdengar lagu dari kumpulan Tilu - Ku Bukan Aku di radio.
Terasa sedap pula lagunya. Catchy. Sambil bernyanyi-nyanyi di dalam kereta, petik-petik jari, make my day sangat, happy and ceria.

Disebabkan itu,

Tadaaa...!!!
Lagu Tilu untuk korang dengar sekali :)



Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2 kali)

Hopefully, this song can makes your day too...
Enjoy the song :)

Wassalam
Senyum Sokmo  :)

Ad Code

Responsive Advertisement