Assalamualaikum...

Apa khabar rakan-rakan semua. Terima kasih sebab sudi jengah blog Cik Suri yang tak seberapa ni *ade ke yang singgah blog ni*. Perasan betul Cik Suri ni kan. Hehehe...
saje nak syok sendiri.

Zaman belajar dulu Cik Suri seorang kaki library. Tempat yang paling suka lepak adalah library dan juga bookstore. Walaupun Cik Suri tidak study atau membaca, library akan menjadi tempat tidur Cik Suri jugak. Tegakkan buku, lapik tangan dan tidur, sampai habis waktu prep. Time tu Cik Suri di MRSM Balik Pulau. Banyak kenangan di Balik Pulau. Antara tempat yang Cik Suri rindu :)

Sampaikan tebiat ni terbawa-bawa di UKM. Perpustakaan Tun Seri Lanang. The classic library yang Cik Suri kenal. Macam-macam cerita ada kat PTSL ni, termasuk cerita-cerita mistik....jeng jeng jeng...Jangan lepak sampai lewat malam, ada mata yang memerhati...scaryyy!!!

MPH, Popular, Kinokunya Bookstore antara the best place to lepak and santai sambil-sambil dikelilingi pakwe-makwe yang bernama buku. Tak boring tau. Boleh baca macam-macam jenis buku dan tidak akan ade orang akan marah korang. Best kan... :)

Cik Suri kalau sekali masuk bookstore, confirm 2-3 jam akan melekat kat sini. Kate orang "berakar punggung, tak mahu berganjak." 

Lagi satu kalau lepak dekat bookstore ni, kita tak perlu takut dan risau, sebab ia selamat daripada gangguan dan juga staff di sini baik-baik.

Itu cerita zaman Cik Suri belajar dan bekerja di Kuala Lumpur. 

Tetapi,

Sejak Cik Suri kembali ke Kemaman ni, memang dah tak ade bookstore macam di KL. Semua kedai buku kecik-kecik dan buku pun tak banyak. Kite tak boleh baca buku dan juga lepak lame-lame. So boring. MPH pun tak ada. Hanya ade Popular di Mesra Mall dan itu pun kecil dan tak begitu selesa. Buku yang tidak pelbagai. 

Cik Suri bukan berniat untuk memburuk-burukkan tetapi itu memang realiti yang terpaksa Cik Suri terima. 

Anyway, Cik Suri ade letakkan beberapa photo menarik beberapa bookstore around the world. Kalau nak tengok lagi banyak bolehlah korang semua pergi sini. Menarikan kedai-kedai buku di luar negara nih. Classic dan full with books. Bertingkat-tingkat.

Cik Suri pernah berangan-angan untuk memilik kedai buku sendiri. Gabungan kedai buku dan cafe. 
Ermmm...agak-agak tercapai tak impian ini. Insha Allah, semoga diberi rezeki oleh Allah :)







One day nanti, Cik Suri berharap sangat dapat pergi melawat setiap perpustakaan di oversea, seperti di Rom, Turki, Korea, Jepun, Spain dan banyak lagi.

Wassalam :)

Ad Code

Responsive Advertisement