Rusuk Kiri Dia

Lelaki yang baik itu
Akan melamarku melalui ayah dan ibuku
Akan memetikku dari taman mereka
dengan penuh rasa hormat
dengan penuh rasa kasihkan Allah

Lelaki yang baik itu
Akan menjaga pandangan matanya
Akan menegurku dengan hemah
tidak akan menyentuhku selagi bergelar lelaki ajnabi buatku
tidak akan memilikiku tetapi mendidikku

Lelaki yang baik itu
Tidak perlu mengukir kata indah penuh lalai
Tidak perlu mengungkap kata cinta setiap hari
Tetapi akan selalu mengajarku mengucapkan kata cinta pada Allah
Akan selalu menyusun kata indah dan berseni menegur khilafku

Lelaki yang baik itu
tidak akan merasa gah dengan kuasanya
tidak akan mengaku dirinya sempurna
hanya peribadi dan iman penambat hati
kerana kumahu lelaki yang mampu membimbingku
Tetapi layakkah peribadi dan imanku memiliki kamu?
Semoga DIA mendengar permintaanku
Semoga DIA memakbulkan doaku
Kerana lelaki baik itulah yang akan mengimamkan solatku
kerana lelaki baik itulah yang kudamba sebagai suamiku.

Ilham: Siti Nurhayati Binti Dollah

Copy from blog my idea

~~Creadit to: Asnida Nordin~~

Rusuk Kiri Dia

by on April 29, 2010
Rusuk Kiri Dia Lelaki yang baik itu Akan melamarku melalui ayah dan ibuku Akan memetikku dari taman mereka dengan penuh rasa hormat dengan ...
::I will never give up::

Kata org "tuah ayam, pada tajinya. tuah manusia tiada sape yg tau. Rezeki setiap orang tu Allah swt dah sediakan...yg penting usaha yang berterusan dan sentiasa berdoa dan redha dgn ujian yg Allah berikan...

Dipetik daripada FB one of my frens:

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya".

lately nih...aku dah terasa down sgt with what had happen to me last week...huhuhu...takpe2...hati yg sabar akan menerima ganjaran yg besar drp ALLAH swt..insyaAllah...

DOWN

by on April 12, 2010
::I will never give up:: Kata org "tuah ayam, pada tajinya. tuah manusia tiada sape yg tau. Rezeki setiap orang tu Allah swt dah sediak...

Ad Code

Responsive Advertisement