Showing posts with label Infotainment. Show all posts
Showing posts with label Infotainment. Show all posts

Saya busy. Saya busy. Saya busy!!!

Assalamualaikum. 

Lama betul Cik Suri tidak update blog. Tersangat busy dua tiga bulan kebelakangan ini. Beginilah lumrah kerja sebagai "freelancer". Ada masa terlalu sibuk tidak sempat mengurus masa. Bila lapang, terlalu lapang sehingga kerjanya membuta sepanjang hari. 

Disebabkan terlalu sibuk dan ditambah pula dengan stress kerja, beberapa minggu lepas sempat Cik Suri menjengah panggung wayang di Mesra Mall selepas habis waktu kerja 7.30 pagi - 7.30 malam. Tiada perancangan asalnya, sekadar ingin menekan-nekan mesin kiosk di TGV. Manalah tahu kut-kut filem "The Meg 2" masih ditayangkan. Rupanya yilek. Sedihnya😭

Entah macammana, terasa malu pula dilihat orang perangai Cik Suri tengah main scroll mesin kiosk tanpa arah tuju, maka terbelilah tiket filem "Jawan". Rupanya teraju utama filem ini adalah Shah Rukh Khan. 

Okaylah, sekali-sekala melayan cerita hindustan apa salahnya. Tayangan pada jam 8.30 malam. Berbaki lagi 10 minit, sempatlah Cik Suri makan nasi ayam di foodcourt. Solat Maghrib sudah ditunaikan awal-awal lagi. 

Maka, jemputlah korang untuk membaca review jujur daripada Cik Suri tentang filem JAWAN ini. Semoga dapat membantu korang yang teringin menontonnya.

Cik Suri berikan ⭐⭐⭐⭐ setengah daripada ⭐⭐⭐⭐⭐.

 Sinopsis Jawan 

Jawan bermaksud "Soldier" atau askar. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin membalas dendam terhadap kerajaan yang korup dan membela nasib orang miskin yang dianiayai oleh kerajaan tersebut.

Sebelum itu, layan dahulu trailer filem Jawan ini.



Daripada sedutan trailer ini, ditonjolkan susuk tubuh manusia yang berbalut kain seperti mumia. Pada awal mulanya filem ini, Cik Suri ingatkan ia sebuah kisah horror tetapi telahan Cik Suri meleset. Sepanjang menonton bermacam teori yang berlegar di kepala, dan, "yes" ada teori yang tepat di pertengahan ceritanya. Korang kena tonton sendiri😆

Daripada scene berganti scene, I feel the vibe yang cerita ini best. Jalan ceritanya yang akan buat kita terfikir, siapa lelaki mumia ini? Kemudian, muncul mula Shah Rukh Khan yang muda remaja. Eh, pening. Satu Shah Rukh Khan tua berwajah mumia dan satu lagi Shah Rukh Khan muda. Bergerak-gerak otak sambil menonton filem ini.


Rupa-rupanya....
Haa...korang kena pergi tengok sendiri. Identiti sebenar kedua SRK ini akan terungkai sedikit demi sedikit sepanjang filem ini. Tidak best lah sekiranya Cik Suri bocorkan kenapa ada mumia Shah Rukh Khan.

 Filem Jawan Best. Kenapa? 

Pertama, intro filem ini awal-awal lagi telah menarik minat Cik Suri. Ini kerana visual cinemagrafiknya yang sangat cantik dan kemas. Bermula dengan suasana pemandangan hutan kampung yang tenang walaupun suasana gelap tetapi visualnya jelas dan cantik. Membuktikan yang pengarahnya mengambil inspirasi daripada filem-filem Hollywood. Malaysia's producer, please do the same.  

Banyak babak perlawanan yang epik nampak seperti menonton filem mat saleh. Korang sendiri akan rasa teruja dengan scene berlawan, letupan dan speed. Menggenggam tangan nanti. 

 Pengkhianatan dan Kepercayaan 

Kumpulan pencuri ini bukan mencuri kerana kepentingan diri. Sebaliknya sebagai protes kerana penderitaan mereka akibat daripada kecurangan kerajaan mereka. Hasil curi adalah untuk diagihkan kembali kepada rakyat yang menderita ditindas oleh kerajaan yang zalim.

Konsep seperti "Robin Hood" moden yang mencuri dari orang kaya untuk membantu orang miskin teraniaya.

Kepercayaan yang dikianati. Ya, filem ini turut memaparkan tentang kepercayaan seorang sahabat yang akhirnya dikianati. Tidak sangka orang yang diharapkan akhirnya belot dan merosakan hubungan persahabatan yang terjalin.

 Kasih Sayang dan Kekeluargaan 

Cerita Hindustan tidak akan menjadi sekira tiada babak yang menyentuh jiwa dan mengalir air mata. Dua babak yang akan membuatkan berlinangan air mata. 

Babak ketika kampung polis ketika kecil diserang oleh penjahat. Ketika penjahat-penjahat itu memukul ibu polis dan kasih sayang yang ditonjolkan oleh anak iaitu polis yang mempertahankan ibunya daripada dipukul.

Babak kedua adalah yang paling sedih. Berjurai air mata. Korang kena tonton sendiri. Tidak adil sekiranya Cik Suri bagi spoiler lagi. 

Kesimpulan 

Plot twist filem ini sangat tidak terjangka. Tiga jam duduk di seat pawagam tidak terasa bosan langsung. Pameran dengan aksi dan debaran membuatkan Cik Suri leka menonton. Jalan cerita yang smooth, straight forward dan mudah untuk diikuti. Tiada liku-liku seperti filem Hindustan dan Tamil yang lain.

Lakonan Shah Rukh Khan dalam filem ini sangat mantap dan luar dari kebiasaanya. Pembawaan watak yang berkesan, lagi-lagi watak mumia. Memang best giler dan sangat berbeza dari filem-filem beliau yang lain. 

Scene lawak yang memang lawak. Scene sedih yang memang meruntum jiwa dan mengalir air mata. Scene aksi yang mendebarkan dan teruja. Dan, masih mengekalkan konsep cerita India yang mesti ada lagu dan tariannya. Yang pasti tidak membosankan.

Menariknya filem Jawan ini sendiri turut melibatkan isteri Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan yang berperanan sebagai producer filem.

AKHIRNYA SEBUAH PENGAKUAN telah dikeluarkan oleh pengarah kontroversi Malaysia, Syamsul Yusof yang beliau telah sah mengahwini Ira Kazar. 

Pengakuan tentang perkahwinan keduanya ini di buat melalui Instagram Feed petang tadi. Syamsul telah mengesahkan yang dia telah mengahwini Ira Kazar di Thailand. Turut diyatakan bahawa majlis akad nikah diwalikan sendiri oleh ayah isteri keduannya, iaitu pelakon Kazar Saisi.

"Ira sah isteri saya di sisi syarak dan Allah", katanya.

Syamsul Yusof kahwin Ira Kazar
Syamsul Yusof kahwini Ira Kazar di Thailand

Di dalam video terbuat, dia juga telah memberitahu yang perkahwinan keduanya itu telah didaftarkan.

Maka dengan pengakuan ini, terjawab sudah kemelut rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Syamsul juga menyatakan bahawa Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah. 

"Saya mahu menegaskan, Puteri Sarah masih lagi isteri saya. Kepada Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak". - Syamsul Yusof

Puteri Sarah yang baru pulang dari bercuti di Jepun bersama-sama dengan kedua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. 

Umumnya, sejak tahun lepas, Puteri Sarah telah mula membicarakan hal rumahtangganya bersama Syamsul Yusof yang goyah akibat kehadiran orang ketiga. 

Puteri Sarah juga turut membuat tuntutan daripada mahkamah yang dia selalu diganggu oleh pihak ketiga di media sosial.

Selepas pengakuan Syamsul Yusof petang tadi, Puteri Sarah turut membuat kenyataan balas di Instagram Feed untuk membetulkan beberapa fakta yang dikeluarkan oleh Syamsul.

Daripada video penjelasan daripada Puteri Sarah, beliau menyatakan, sudah empat tahun hal kecurangan Syamsul ini terjadi. Ketika itu beliau masih dalam berpantang selepas melahirkan anak keduanya. Sumayyah. Malah, pada ketika itu hal ini turut diketahui oleh keluarga mentuanya, Dato' Yusof Haslam. Namun, Syamsul tetap menafikan hal tersebut.

Sarah juga mendakwa yang nombor telefon beliau turut disekat oleh suaminya sejak setahun yang lalu. Sarah membidas kenyataan suaminya yang mengatakan beliau keluar rumah tanpa izin. Sarah turut  memaklumkan yang ketika itu beliau masih tinggal bersama mentua dan juga berulang alik dengan rumah keluarga sendiri.

Menjawab tuduhan Syamsul yang mengatakan dirinya keluar rumah dengan anak-anak  tanpa keizinan. Dakwa Puteri Sarah, ia adalah tuduhan tidak berasas. Sekiranya anak-anak boleh memberi kenyataan, pastinya mereka akan mengatakan bahawa ayah mereka selalu keluar dari rumah. Sarah juga mendakwa, beliau terpaksa berbohong kepada anak-anak mengatakan ayah mereka keluar untuk bekerja.

Di dalam video yang berdurasi lebih tujuh minit itu, Puteri Sarah turut mengucapkan terima kasih kepada Syamsul Yusof.

"Terima kasih kerana  mengkhianati saya dan memutar belitkan fakta apa yang berlaku sebenar" - Puteri Sarah

Puteri Sarah turut menyatakan kekesalan kerana hal suaminya berkahwin dua hanya diketahui melalui media sosial. Beliau menyatakan, suaminya boleh mencarinya di rumah mentua atau di rumah ibu bapanya. 

Turut menyatakan kekesalan adalah kedua ibu bapa Syamsul.

"Syamsul, jangan jadi munafik". 

Itulah reaksi ibu Syamsul apabila mendapat tahu pengesahan bahawa anak sulungnya telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.

Melalui beberapa media akhbar, Datin Patimah mengakui telah mengetahui masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang dicetus oleh anaknya sebelum ianya tular di media sosial lagi. 

"Saya tidak redha dan tidak terima" - Datin Patimah

Katanya selepas diberitahu tentang perkahwinan keduanya oleh  Syamsul. 

Kesimpulan dari Saya

Terima kasih kerana sudi membaca laporan terkini daripada saya. Hari ini satu Malaysia, hati-hati perempuan turut tersakiti dengan perbuatan tidak gentleman Syamsul Yusof.

Sebenarnya dulu saya sangat adore dengan perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Siap ada buat satu posting tentang perkahwinan mereka. Boleh baca di sini, Perkahwinan Puteri Sarah & Syamsul Yusof. 

Saya minat sangat dengan kedua-dua figura ini. 

Tindakan berdiam diri dan tidak memberi penjelasan akhirnya memakan diri sendiri. Ingat lagi, ketika soalan panas dari Aznil Nawawi, Syamsul kononnya meletak jari di bibir menandakan dia mahu berdiam diri. Tak coollah, bro.

Buat salah mengaku sahajalah.

Tapi, saya berpuas hati dengan kata-kata akhir daripada Puteri Sarah kepada Syamsul Yusof

"Berhentilah menggunakan nama Allah, sebab itu lagi menampakkan you sangat munafik"

Berharap Puteri Sarah tabah dengan ujian ini. 

Go Sarah, we support you!!! - Tibeh.

BCL Blossom Intimate Concert - Live in Malaysia, buah tangan terbaru daripada penyanyi tersohor Indonesia Bunga Cinta Lestari buat peminat-peminat di Malaysia. Umumnya ramai yang mengetahui jatuh bangun seorang Bunga Cinta Lestari (BCL) selepas kehilangan suami tercinta, pelakon Malaysia-Indonesia Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada awal Februari 2020. Al-fatihah.

Setelah dua tahun lebih bergelut dengan kesedihan, kini BCL bangkit mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama anak tunggalnya, Noah Aidan Sinclair. 

Kepulangan BCL kembali ke Malaysia adalah ingin memenuhi impian bersama sang suami untuk mengadakan sebuah konsert di Malaysia dan sebagai sebuah penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong kedua nama besar ini di persada seni Malaysia-Indonesia. Akan tetapi, BCL kembali ke Malaysia seorang diri tanpa suami tercinta di sisi.

BCL Blosson Intimate Concert ini bakal diadakan pada 27 Januari 2023, jam 8.30 malam waktu Malaysia. Memilih Planery Hall Kuala Lumpur Conventional Centre sebagai lokasi konsert. 

Katanya, pemilihan tema Blossom ia memberi signifikan kepada perjalanan kerjayanya dan kehidupan pada masa kini dan seterusnya di masa hadapan.

"Blossom memberi maksud supaya saya bangkit terus dalam berkarya dan tegar menjadi anak seni." - BCL

Penjualan tiket dibuka pada 11.11.2022, tepat jam 11.00 pagi. Peminat-peminat BCL boleh membeli tiket secara online di ticket2u.com

Menariknya, tiket dijual mengikut ketegori tertentu. Setiap ketegori diberi nama mengikut judul lagu BCL. Harga tiket bermula RM 268 dan mengikut jenis ketegorinya. Kebanyakan kategori sudah hampir "sold out" dan ada yang telah "sold out". 

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk mencipta memori indah bersama BCL di Blossom Intimate Corcert nanti. Sudah tentunya ia adalah yang terindah juga untuk seorang yang bernama Bunga Cinta Lestari.

Semoga Bunga Cinta Lestari terus maju dan berjaya di persada seni Malaysia-Indonesia. 

pssstt: Cik Suri betul minat dengan BCL ni, tapi sayangnya tak sempat nak grab tiket yang murah-murah. Tinggal yang ekslusif sahaja. Ada tak yang nak belanja Cik Suri?




Assalamualaikum

Pagi tadi berlakunya gerhana matahari. asalnya cik suri tak perasan akan hal ini, tetapi kebetulan ketika dalam perjalanan pergi kerja, cahaya matahari betul menghadapan muka dan menyilaukan mata. ketika itu terlihat seperti bulatan yang ditindin oleh bulatan lain. matahari ketika itu kelihatn seperti bulan separa sabit. dan, baru terperasan yang hari ini akan terjadi gerhana matahari.

Mulut mengucap istighfar dan berzikir memuji Allah. hati berkata ya Allah, besar sungguh kejadian alam yang engkau pamerkan kepada hamba2mu yang kerdil ini. subhanaalah alhamdulillah allhuakbar. maha agung, maha suci allah dan pemilik alam semester.

Terkocoh-kocoh cik suri mengkhabarkan kepada rakan-rakan sekerja. mencari sesuatu yang gelap untuk melihat gerhana. membulat mata memandang matahari yang sebenar2nya memedihkan mata. begitu kesilapan kerana terlalu taksud akan gerhana sehingga lupa ada sesuatu yang perlu diteladani. allahuakbar, sungguhnya aku ini hamba-mu yang lalai.

Dari 'Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda;

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. jika melihat akan hal ini maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah dan kerjakanlah solat dan bersedekah.: (hr. bukhari, no. 1044)

Begitulah kita manusia hina yang terlalu lalai dan lupa akan saranan dan sunnah junjungan Nabi Allah, Muhammad s.a.w. cik suri leka dan terlalu galak untuk mengambil detik-detik kejadian alam yang jarang berlaku. dipikiran tentang solat sunat khusuf (solat sunat gerhana) tetapi terbaca dalam artikel solat ini dilakukan berjemaah sedangkan cik suri seorang diri. jahilnya aku. 

Pada zaman Rasulullah, tatkala berlakunya gerhana maka bermundar-mandirlah Rasulullah s.a.w dalam keadaan gelisah, khuatir dan risau. kerisauan baginda s.a.w  kepada ummatnya. baginda riasau dengan persoalan adakah ummatnya tahu akan gerhana ini salah satu petanda berlakunya kiamat.setiap kali tibanya gerhana, baginda s.a.w akan segera mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat-cepat berlalu kerana jika Allah s.w.t mengkehendaki menahan atau melanjutkan gerhana sehingga pada satu ketika yang DIA tetapkan kemudian DIA mengarahkan ia itu bumi, matahari atau bulan bergerak melawan dari kebiasaanya, maka berlakulah huru-hara ummat manusia kerana telah tertutupnya pintu taubat. itulah petanda besar berlakunya kiamat.


fenomena telur berdiri

ini adalah kerana keadaan kedudukan matahari, bulan dan bumi adalah sejajar dan tarikan graviti kuat. keadaan ini tidak mustahil kebolehan berlakunya perubahan graviti di mana matahari berubah arah dari terbit dari timur ke barat menjadi barat ke timur. wallahualam. segalanya atas kehendak Allah s.w.t .

"jadilah, maka jadilah sesuatu itu"
(surah yasin: 82)

Wassalam

GERHANA MATAHARI

by on March 09, 2016
Assalamualaikum Pagi tadi berlakunya gerhana matahari. asalnya cik suri tak perasan akan hal ini, tetapi kebetulan ketika dalam per...
Sesal Separuh Nyawa Alyah

Lirik lagu "Sesal Separuh Nyawa" nyanyian Alyah ini sangat menyentuh hati sang pendengar termasuklah Cik Suri.

Cik Suri suka sangat dengar lagu ini. Kalau DJ radio mainkan lagu ni, mesti kuatkan volume. Baru best melayan sambil drive. Feeling, feeling gitu ;)

Bait-bait liriknya sungguh... tak tahu bagaimana Cik Suri ingin gambarkan.  

Andai pastinya kutahu Takkan aku tinggalkanmu Namun masih keliru Teringat masa lalu Tetap tiada kulupakan Indah setiap sentuhan Cinta yang kau tinggalkan Kekalnya berdampingan Mana harus kuhamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang Masih terasa nafasmu Lembut menusuk jiwaku Dengan dihembus bayu Membawa kabar rindu Tapi sulit kuteruskan Engkau jauh ke hadapan Aku tabah berjalan Sembunyikan harapan Mana harus kuhamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang Separuh sayangmu di hati Separuh lagi kau bawa pergi Tiada arah jodoh kita Tuhan tentukannya Mana harus kuhamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang Mana harus kuhamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang

Bestkan lagu ni...
Melekat lagu ini nyanyi di mulut. Asyik ternyanyi-nyanyi selalu, melodinya terngiang-ngiang di benak ini. Kalau you all nak dengar lagu Sesal Separuh Nyawa, klik di sini.

Meletop!!!  
Itulah gambaran untuk nyanyian Alyah ini. Suara dah la sedap, lagu pulak menjadi. Tak puas nak dengar tau!!!

Harapannya agar lagu "Sesal Separuh Nyawa" ini akan menjadi Juara  di Anugerah Juara Lagu nanti. Korang semua jangan lupa vote lagi Sesal Separuh Nyawa tau. Kita sama-sama bagi sokongan padu pada Alyah di Anugerah Juara LAgu nanti ;)

Ahaaa...
Apalagi, jom sambung karaoke!!!
Walaupun suara sis tak berapa nak sedap ini ;)

wassalam, cik suri yang menulis
senyum sokmo ;)
#sesalseparuhnyawa #rinduseparuhnyawa #kembarasuri

Ad Code

Responsive Advertisement