SIAPA ITU TRUSTEE. Pernahkah anda dengar tentang Pemegang Amanah atau dalam
Bahasa Inggeris dipanggil sebagai Trustee?
Jika anda pernah tahu atau faham tentang peranan dan tugas sesebuah syarikat pemegang amanah (Trustee), saya yakin risiko untuk anda tertipu di
dalam pelaburan atau di scam adalah RENDAH.
TRUSTEE biasanya sangat memain peranan di dalam sector
PELABURAN dan PENGURUSAN HARTA PUSAKA atau LEGASI. Saya akan fokus kepada peranan
Trustee di dalam pelaburan kerana saya adalah individu yang terlibat di dalam
industri pelaburan unit trust (unit amanah saham).
Di Malaysia, di dapati bermacam jenis pelaburan yang anda boleh ceburi antaranya Unit Trust, Pelaburan Emas, Saham, Hartanah dan lain-lainnya. Secara
generalnya, pelaburan boleh di kelaskan kepada dua jenis iaitu Pelaburan
Secara Langsung (Direct Investment) dan Pelaburan Secara Tidak Langsung
(Indirect Investment).
Pelaburan Secara Langsung (Direct Investment)
Pelaburan secara langsung ni bermaksud anda melabur secara terus terhadap sesuatu pelaburan tanpa melibatkan pihak ketiga atau orang tengah. Orang tengah ini bukan bermaksud ejen tetapi ia pengurus pelaburan (Fund Manager). Contoh pelaburan secara langsung adalah emas, hartanah, bon, sukuk dan juga saham. Dalam ketiga-tiga pelaburan memang korang memiliki aset tersebut secara langsung.
Pelaburan Secara Tak Langsung (Indirect Investment)
Pelaburan secara tak langsung pula adalah berlawanan dengan pelaburan langsung. Anda menggunakan khidmat pengurus pelaburan untuk menguruskan pelaburan anda. Contoh pelaburan secara tak langsung ialah unit amanah, exchange traded fund (ETF) dan real estate investment trust (reit).
Di Malaysia, semua jenis pelaburan yang diuruskan oleh pihak
ketiga WAJIB untuk melantik pemegang amanah, trustee.
Wang pelaburan mestilah disimpan dan dijaga oleh pemegang
amanah. Bukan individu atau syarikat yang uruskan pelaburan.
Syarikat pemegang amanah pula mestilah syarikat bebas dan
tiada kaitan dengan syarikat pelaburan. Bukan anak syarikat atau syarikat induk
bagi syarikat pelaburan tersebut.
Sebagai contoh dana PUBLIC e-ISLAMIC ENTREPRENUER 40 FUND,
Public Mutual melantik AMANAHRAYA Trustees Berhad sebagai pemegang amanah.
Pentingnya apabila anda sebagai pelabur untuk mengetahui atau bertanya kepada konsultan anda tentang siapa Trustee yang dilantik di dalam setiap dana yang anda labur.
Sekiranya tiada trustee yang dilantik, anda dinasihatkan
untuk menjauhi pelaburan tersebut kerana dikuatiri anda akan terjebak dengan
PELABURAN SCAM.