::Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian::


TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang. Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.


Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai. Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam."

Buku Elak Sambut Valentine's Day terbitan Jakim membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine. Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan. Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name). Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine. Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung. Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri. Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian. Laman web Spiritrestoration,org : The Premier, Ecumenical Christian Website.
A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine's Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular. Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: 'sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.' Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian.

Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam. Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain. Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.
Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sedikit peringatan buat kita sebagai umat Islam

Cerita ini aku ambil daripada mesej yang aku terima di Friendster ku… 
Mungkin ia boleh dijadikan ikhtibar untuk kita dan berfikir sejenak tentangnya.
Sama-samalah kita baca dan fikirkan.
Waallahualam… 
----------------------------------------------------------------------- 
Saya ingin berkongsi cerita ini dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang beragama Islam di Malaysia tercinta ini. 

Kejadian benar-benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang bekerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. 

Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang dipakai oleh pemuda cina tersebut. 

Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung melambangkan agama Islam. 

Pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. 

Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. 

Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka-sangka, menumbuk muka pemuda cina tersebut. 

Huru-hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. 

Apa yang dilakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk orang sesuka hati memanglah salah.

Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata-kata kesat. 

Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara se-islam yang disangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh pemuda cina tadi. 

Sekarang pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh pemuda cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar untuk menunggu disaman oleh pemuda cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian. 

Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut dicontohi kerana ingin menegakkan agama Islam. 

Pada anda, berhati-hatilah.. kerana saya percaya, t-shirt yang dipakai oleh pemuda cina tadi adalah salah satu strategi orang-orang kafir untuk menjatuhkan maruah Islam. 

Sebarkan kepada saudara-saudara Islam kita..!!!

1.Jika anda orang islam sila sebarkan email ini..!! 

2.Jika anda orang bukan islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara Malaysia islam ini

Saya Sayang Islam

by on February 13, 2009
Sedikit peringatan buat kita sebagai umat Islam Cerita ini aku ambil daripada mesej yang aku terima di Friendster ku…  Mungkin ia boleh dij...
Pilihanraya Kampus UTM

Disebabkan tiada idea untuk aku buat posting baru masa ini. Ini sedikit artikel yang aku "copy and paste" dari promahasiswautm.blogspot.com.

Pilihanraya kampus di UTM, Skudai.

Alhamdulillah hari ini merupakan pilihanraya kampus bagi UTM. Perjalanan hari pengundian di semua Fakulti berjalan lancar. Pengundian telah bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 5 petang tadi.

Keputusan PRK 2008:

Fakulti Kejuruteraan Awam - 3 kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding).
Fakulti Alam Bina - 3 Kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding).
Fakulti Pendidikan - 2 kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 1 kerusi Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Aspirasi
Fakulti Sains - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Sains Komputer dan Sumber Maklumat - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Elektrik - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Kerusi Umum : 2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 8 Kerusi Pro Aspirasi
Kerusi UTMKL: 2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 3 Kerusi Pro Aspirasi
ProMahasiswa telah memenangi 10 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.

Calon Fakulti Pro Mahasiswa Yang Telah Menang PRK ‘08

Mohd Fais Bin Yahya
2 SPI
Pengajian Islam(931 Undi)

Mohd Syahir Bin Hassim
2 SPI
Pengajian Islam(933 Undi)

Nor Arizal Bin Ramli
3 SKP
FKKKSA

Mohd Ariffudin Bin Shamsudin
2 SSE
FS

Siti Hasunah Bt Mohamamd
3 SET
FKE

Wong Ye Sing
2 SHR
FPPSM

Calon Umum Pro Mahasiswa Yang Telah Menang PRK ‘08

Nur Azim Fahada bin Ahmad
2 SEM
FKE
Mohd Affendi bin Ismail
2 SAW
FKA

(sumber promahasiswautm.blogspot.com)

hujung kata...
aku ucapkan tahniah kepada calon2 yang menang..terutama bagi calon dari promahasiswa..walaupon utm keseluruhan pilihanraya ini dikuasai oleh calon2 aspirasi..tapi takpe..lumrah bertanding.
di sini juga, aku ingin ucapkan tahniah kepada calon promahasiswa FKKKSA, Nor Arizal Ramli..juga merangkap gelaran adikku..tahniah menang..pasni leh tanding utk parlimen laks..maklumlah nak jd YB katekan...

Pilihanraya Kampus

by on January 23, 2009
Pilihanraya Kampus UTM Disebabkan tiada idea untuk aku buat posting baru masa ini. Ini sedikit artikel yang aku "copy and paste" d...
Raihan: Untuk Mu Palestine

Berdzikir dengan nama tuhanmu 

Bermunajatlah di tengah malam 

Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba 

Agar doa kita di.. makbulkan 

Agar Palestina kita genggam semula 

Agar Palestin bebas di tangan kita 

Kembali damai disirami air 

Kebenaran Al-Quran dan sunnah 

Palestina kan dimiliki lagi 

Ingatlah Allah dan hindarkan dosa 

Palestin kan aman lagi 

Dengan ketaatan dan amalan soleh 

Palestine you will regain your land 

Remember Allah and stay away from sin 

Palestine will be at peace again 

And filled with the worship of Allah 

Dengan kata dan ketaqwaan 

Pada Allah yang maha kuasa 

Ketakutan dan kelemahan 

Peluru dan dentuman 

Bukan lagi penghalang 

Pembelaan Allah akan datang 

Palestin... Palestin... Palestin Palestin... Palestin... Palestin

 

AllahuAkbar!!!

wahai palestin, doa kami sentiasa mengiringi mu.... 

kekejaman israel laknatullah akan dibalas.. 

nasibmu pasti akan dibela.. wahai palestin.. ingat janji Allah.. 

Yahudi pasti akan musnah walaupun bukan sekarang.. 

tetapi pabila tiba masanya 

ia kan musnah jua .. 

Allahu Akbar… 

Save our Palestine… 

AllahuAkbar..AllahuAkbar.. 

Pembela Allah Pasti Akan Datang.. InsyaAllah...

Save our Palestine

by on January 15, 2009
Raihan: Untuk Mu Palestine Berdzikir dengan nama tuhanmu  Bermunajatlah di tengah malam  Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba  Agar doa ...
"Baca Peristiwa Bersejarah Di Bulan Muharam" Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.

Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a..s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt. Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.

ihsan daripada: atoQ..

Ad Code

Responsive Advertisement