GERHANA MATAHARI CINCIN - KEMBALI SELEPAS 21 TAHUN
Assalamualaikum
Gerhana Matahari Cincin berlaku hari ini 26 December 2019. Gerhana Matahari Cincin atau nama lainnya iaitu Gerhana Anulus adalah fenomena gerhana matahari yang jarang sekali berlaku dan kali terakhir ia terjadi adalah pada 21 tahun yang lepas, di Mersing, Johor. Buat sekian kalinya, selepas 21 tahun, ia berlaku lagi sekali di mana kita boleh lihat fenomena ini di beberapa negeri antaranya di Terengganu.
Cik Suri juga berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin ini pada tengahari tadi di antara jam 1230 sehingga 1330 petang. Keadaan menjadi gelap seketika (maksudnya seperti mendung), Cik Suri keluar dari rumah sambil memegang kamera untuk merakamkan detik tersebut.
Cik Suri pernah menyaksikan Gerhana Matahari beberapa tahun yang lepas, tetapi ia adalah berbeza dengan kejadian pada hari ini. Boleh rujuk kepada entri Cik Suri yang sebelum ini. Klik di sini.
MENGAPA GERHANA MATAHARI CINCIN BERBEZA DARIPADA GERHANA MATAHARI PENUH?
Ini adalah disebabkan apabila Bulan melalui tepat dihadapan Matahari tetapi disebabkan jarak kedudukan Bulan pada ketika itu adalah jauh sedikit daripada Bumi. Maka saiznya kelihatan sedikit kecil dan tidak dapat menutupi Matahari sepenuhnya. Jadi, ia akan kelihatan seperti sebentuk cincin.
bagaimanapun sebagai umat Islam, kita disarankan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana (Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan). Solat sunat gerhana ini boleh dilakukan secara berjemaah atau secara bersendiri.
Bertepatan dengan sabda Rasulullah,
"Dengan tanda-tanda ini Allah SWT menakutkan hamba-hambaNya. Maka apabila kamu melihatnya perlu kamu bersolat seperti solat yang baru dilakukan daripada solat-solat fardu" — Riwayat Bukhari
Demikianlah kita sebagai hamba, makhluk yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa, Lagi Berkuasa atas sesuatu, hendaklah kita sentiasa mengingati akan Kekuasaan-Nya. Bertasbih, bertahmid lah memuji Allah.
Antara moment yang sempat CikSuri rakam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment