ASB 2023 : Cara Kira Dividen dan Bonus
BEBERAPA hari yang lepas, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan 2023.
Setiap pelabur akan menerima agihan keuntungan pendapatan sebanyak 4.25 sen per unit dan bonus sebanyak 1.0 per unit. Jumlah keseluruhan agihan keuntungan untuk tahun 2023 adalah sebanyak 5.25%.
Tiada bonus tambahan diistiharkan untuk tahun ini. Untuk makluman, pada tahun 2022 sebanyak 0.50% bonus tambahan diberikan kepada setiap 30,000 unit pertama.
Bagaimana Cara Kiraan Dividen ASB Tahun 2023
Mungkin ramai yang tertanya bagaimana cara kiraan dividend ASB. Saya pernah menulis artikel tentang Cara Kira Dividend ASB dan Bonus Tambahan di sini pada tahun 2022. Artikel ini saya tulis adalah untuk membantu anda semua membuat kiraan dividen bagi tahun kewangan 2023.
Cara mudah kira dividend 2023
- AGIHAN KEUNTUNGAN ASB 2023 : 4.25%
- BONUS : 1%
Agihan dividend adalah untuk simpanan dari 01hb Januari 2023 sehinggan 31hb Disember 2023
Contoh kiraan mudah:
RM 100 = RM 100 x 5.25% = RM 5.25
RM 10,000 = RM 10,000 x 5.25% = RM 525
RM 30,000 = RM 30,000 x 5.25% = RM 1,575
Katakanlah simpanan adalah sebanyak RM10,000 dari 01hb Januari sehingga 31hb Disember tanpa penambahan atau pengeluaran, dividen yang akan anda terima adalah sebanyak RM 525.
Tetapi, berbeza pula pengiraan dividen sekiranya anda membuat pengeluaran pada bulan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya simpanan anda RM 10,000 pada bulan Januari dan anda melakukan pengeluaran sebanyak RM5,000 pada bulan Jun, dividen yang anda terima adalah berbeza.
Ini kerana baki terakhir yang tinggal pada 31hb Disember adalah sebanyak RM 5,000. Jadi, dividen yang akan anda terima adalah RM 218.75 + RM 153.13 = RM 371.88
Cara Kiraan Dividen Yang Dibuat Tambahan Berkala Setiap Bulan
Sekiranya anda membuat simpanan secara berkala setiap bulan, kiraannya adalah berbeza.
Sebagai contoh pada bulan Januari, anda telah membuat pelaburan sebanyak RM 100,000 dan kemudian anda membuat penambahan sebanyak RM 1,000 setiap bulan. Nilai pegangan adalah berbeza pada setiap bulan.
Cara kiraannya adalah menambah keseluruhan baki setiap bulan, dan kemudiannya di bahagi kepada 12 bulan :-
Contohnya -
Baki akhir adalah : RM 1,266,000
Jadi, cara kira : RM 1,266,000 / 12 = RM 105,500
RM 105,500 x 5.25% = RM 5,538.75
***Begitulah cara kiraan ASB, bukannya dengan cara mendarabkan terus kepada 5.25%.
Untuk mendapat maklumat yang lagi jelas, anda juga boleh terus membuat rujukan di Panduan Perkiraan Pengagihan ASB. Di sini anda akan dapat melihat cara kiraan dividen untuk beberapa situasi pelaburan.
SEJARAH AGIHAN KEUNTUNGAN ASB UNTUK TAHUN 2022 DAN TAHUN SEBELUMNYA
Berikut adalah jumlah agihan yang pernah diberikan oleh PNB untuk tahun sebelumnya.
Dividen ASB Tahun 2022
- Dividen – 4.60%
- Bonus – 0.50%
- Kadar Agihan – 5.10%
Dividen ASB Tahun 2021
- Dividen – 4.25%
- Bonus – 0.75%
- Kadar Agihan – 5.00%
Selain itu, ada juga boleh membuat semakan secara online di website ASB atau menggunakan aplikasi myASB.
No comments:
Post a Comment