Aku Masih Ada Di Sini

Hayatilah Hidup Ini

Alhamdulillah… 
syukur di atas nikmat kehidupan yang diberikan pada. Terima kasih Allah kerana masih membenarkan jantung dan paru-paru aku menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan kawalan otak serta akal yang masih waras. 

Terima kasih kerana masih diberi ruang untukku menikmati sisa-sisa kehidupanku. Aku sangat bersyukur. Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Aku ingin hayati hidupku dengan tenang. Tanpa ada lagi rasa benci di antara manusia dan biarlah ianya diisi dengan kasih sayang sesama manusia seperti mana yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w. 
cheewah. ustazah gitew!!…

Kadang-kadang terfikir juga tentang hubungan aku sesama manusia. Tidaklah baik sangat dan dengan binatang lagilah jauh Bahasa kami yang berbeza. Hehehe. Aku merepek😉

Mak dan ayahku…
Terima kasih kerana susah perit anda, saya masih hidup di dunia fana ini dan masih berupaya menikmati hidup ini. Kasih sayang yang diberi tidak mampu untuk saya balas walaupun dengan apa jua yang bernilai di dunia ini. Terima kasih, ya Allah kerana aku dikurniakan mereka.

Kakak dan adik-adik yang menjadi teman untuk bergaduh, teman untuk bercerita., teman untuk mengusik dan teman yang selalu buat aku menangis…

Kawan-kawan, ampunilah dosa sahabatmu ini. Terima kasih kerana menerima kebaikan dan keburukan diri ini. Terima kasih kerana bergaduh dengan saya dan terima kasih kerana memberi kenangan-kenangan indah sepanjang perkenalan kita bersama. Terima kasih kerana sudi sayang dekat saya..

Nikmat hidup yang tidak terhingga. Aku mohon kepada Allah agar aku dapat kemudi hidup aku ini pada jalan yang lurus, jalan yang diredhai dan dirahmati. Jauhkanlah aku daripada keburukan dunia dan azab akhirat. Ampunilah dosa ini dan tunjukkanlah aku jalan yang benar. Rapatkanlah hubungan aku dengan insan-insan yang berilmu  tinggi dunia dan akhirat. Ustaz Don tetap di hati.

Terima kasih kerana aku diberi ruang untuk menghayati hidup ini, ruang bersama keluarga, ruang untuk bersahabat, ruang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa dan ruang untuk bersendirian.

Terima kasih. Aku seronok, menghayatinya…

Dan aku ingin untuk terus menghayatinya sehingga aku kembali kepada-Mu
dan sememangnya aku tahu Kau sayang pada hamba-hambaMU.

4 comments:

miss padelito said...

macam seram je dgn entri ko kali nie.....

Suri Suriyani said...

seram ker...huhu...
aku dpt idea mse majlis kenduri iderQ ari2..
ntah tetiba perasan aku jd cam2...
tgk korang sume...seronok pulak...
byk kenangan pahit dan manis ble kenal korang...terubat rindu pd korang sume...hehehe...aku jiwe skang nih...hahahaha....

nadya said...

waaa...xkusangke kejiwanganmu melampaui sifu jiwang...haha tahap gaban gak kejiwanganmu sekali sekale wahai cik sue...kakaka

Suri Suriyani said...

keinsafan wujud ble melihat org2 disekeliling ku...ini adalah perasan yang aku rase buat masa ini..at this time...huhuhu...

Ad Code

Responsive Advertisement