Aku, Dia, Mereka dan Tuan Rumah

Kisah tentang aku, dia, mereka dan tuan rumah

Mangsa: aku dan housemate,
Suspect: penyewa terdahulu
Penyelesai: tuan rumah...

Apa yang sudah terjadi?

Kejadian ini berlaku dua hari yang lepas dan petang semalam houselord (diambil daripada perkataan landlord) datang ke rumah untuk settlekan problem ini!

Apakah masalahnya?
Tangki air rumah sewa kami ada sumthing...
sumthing yang memang kami tidak expect langsung berada di situ. Huhu..😭😭

Apakah ia?

Ianya adalah seekor ikan buntal..
opps..salah. Ikan bandaraya!!!
(aku pom xpernah dgr nme ikan nih..tp tuan umah ckp ikan tu)..

Ikan ini telah menetap dan menjadikan tangki air rumah kitorang sebagai habitat semulajadi dia...cehh.!
Kesian dekat kitorang ni. Rupa-rupanya mandi air ikan selama ini.
Tidak pula kami dugaan, air yang berbau busuk ini adalah disebabkan oleh ikan itu sudah mati. Agak-agaklah baru mati barangkalilah.
Malam itu, time aku cuci baju memang sudah ada bau yang kurang menyenangkan..tetapi lebih kurang bau macam clorox. So, aku fikir, pagi tadi mungkin ada orangg cuci main tank dekat bawah kawasan flat ini...

Keesokan paginya, aku mandi macam biasa sahaja. Takkan lah luar biasa😂😁..aku sudah start demam dan selsema. So, hidung aku sudah tidak dapat kesan any bau-bauan. Housemate dah bising, air berbau lain macam katanya..macam-macam andaian yang dapat dihuraikan (betul ke dihuraikan).. ada yang kata berbau macam bangkai, tapi aku tetap kata bau clorox. takleh tahan, siap aku katakan patutlah lantai bilik air putih lain macam jer...😄

Pada petang itu, balik dari ofis, kami pergi makan dekat kedai makan (memang lately ni kitorg sudah jarang memasak di rumah)

Then, sampai ke rumah dalam jam 630 petang. Terus melayan drama Matahari sekejap sementara nagi makanan turun ke perut sambil tunggu giliran untuk mandi dan maghrib. Tiba-tiba si Zai bising lagi. Katanya, air bau sesangat busuk, dah macam bau bangkai. Dia suruh aku cium bekas air di tangan dia ni. Aku pun trylah hidu. Unfortunately (mat salleh word), hidung aku tersumbat. Jadi, tak berbaulah. Mahu bertanya pada jiran sebelah kut-kut air tangki rumah diorang berbau juga tak, masing-masing penyegan. Last-last si Zai send text message to our tuan rumah.

Jam pukul 7malam,  tuan rumah dan husband dia sampai. Pakcik tuan rumah pun panjatlah ke tangki air tu. Tengok-tengok apa yang ada. Mula-mula dia tengok takde pape pun. Puas disuluhnya.
Haaaa... Itu dia. Ada ikan katanya. Seekor ikan bandaraya yang telah mati. huhuhu😅😅
Patutlah busuk gilerrzzz. Hidung aku yang tersumbat ini pun boleh bau sikit-sikit bila tuan rumah keluarkan ikan tu. Agak besar jugalah...isk!!😏

Bermulalah misi tuan rumah mencuci tangki air. Kesian ada juga, tapi lagi kesian dekat kitorg berempat nih. Sudah tiga bulan bermandikan air ikan, dan semalam mandi air bangkai ikan pula...hwaa33x😭😭

Bekerja keras pakcik tuan rumah mencuci tangki air. Sudahlah sorang-sorang dan hanya dibantu oleh makcik tuan rumah. Kami pun bantu jugalah apa yang terdaya. yer ker😄😎

Semuanya settle dalam jam 8.00malam. Terima kasih pakcik dan makcik tuan rumah.
So, masing-masing tengah fikir hendak mandi atau taknak...phobia hoii!!! 
Last-last, mandi jugalah masing-masing. Yakin air sudah bersih, suci dan menyucikan.

Alhamdulillah...

Moral of the story:

1~ klu pindah rumah, 1st thing kena check adalah tangki air. MAna tahu kut-kut ada mende2 yang tidak sepatutnya. Contohnya ikan, kucing ker, tikus ker..or anythinglah..
2~ tuan punya rumah @ penyewa sebelumnya., klu kaki pancing..jangan lah simpan ikan yang dipancing tu ke dalam tangki air..kesian dekat ikan tu...terkurung...kesian lagi dekat orang lain..mandi air ikan... busuk, tahu tak?

Sedikit info tentang ikan bandaraya nih

1~ Common ikan bandaraya species found in Malaysian households include the H. plecostomus (sucker mouth) or leporacanthicus galaxies (vampire plec). This is in addition to several other species of dotted or spotted sucker fish variety.
>
2~ sesetengah orang gunakan ikan bandaraya ini sebagai pencuci akuarium kerana ikan ini suka makan lumut dan kotoran.
3~ mempunyai kulit yang keras dan mukanya seakan-akan catfish tapi takde sengat..memang pun sebab ade orang kata ianya adalah dari suku sakat keturunan kumpulan ikan keli.
4~ ikan bandaraya suka mengorek tanah tebing sungai or tasik. kadang2 sampai beberapa kaki ke dalam tanah...just to lay their eggs in...hati-hati dengan korekan ini kemungkinan boleh menyebabkan small erosion.
Inilah rupanya seekor ikan bandaraya. 

Nota:
Kami di Terengganu, belum pernah jumpa atau dengar lagi nama ikan bandaraya ini. Saya yakin ikan ini hanya tinggal di bandaraya Kuala Lumpur sahaja. 😜😝

5 comments:

nadya said...

mende yg xpenah dibuat org kot...
trok tol kene smpai cani kan...
pe r slh kite...huhu

Suri Suriyani said...

kite tak salah..
salah mereka dan keluarga mereka..
apsal g simpan ikan dalam tangki air...
huhuhu...

Naqiuddin Zairi said...

now aku dah phobia pasal tangki tak bersih. huhu.

ape2pun, makang lah ikang tu. goreng pun sodap. hehe

Suri Suriyani said...

yark!!!
x makang pom xpe...hehehe...

sufi_sakinah said...

salam..wah..unbelieveable!..sabar jela.

Ad Code

Responsive Advertisement