5 Tempat Best dan Cantik untuk OOTD di Kemaman
Kemaman bukan sahaja terkenal sebagai wilayah kopi yang kaw dan juga hidangan satar yang asli, malah daerah ini juga menyimpan pelbagi lokasi menarik yang sangat Insta-worthy. Bagi anda yang suka bergambar dan ingin mencari latar belakang yang estetik untuk Outfit of the Day (OOTD), berikut adalah 5 tempat terbaik yang wajib anda kunjungi di Kemaman:
1- Pantai Kemasik
Pantai Kemasik boleh dikatakan antara pantai paling ikonik di Terengganu. Keunikan utama pantai ini adalah struktur batuan besar yang terletak di pesisir pantai serta pembentukan lagun semulajadi apabila air pasang.
- Tips OOTD: Rakam gambar berlatarbelakangkan batuan besar pada waktu golden hour iaitu ketika matahari terbit atau terbenam untuk dapatkan pencahayaan yang dramatik dan estetik.
2- Pantai Penunjuk, Kijal
Sekiranya anda mahukan suasana pantai yang lebih tenang dan pemandangan batuan tepi pantai yang unik, Pantai Penunjuk yang terletak di Kijal adalah jawapannya. Di sini terdapatnya jeti nelayan dan kawasan berbatu yang sering menjdai tumpuan jurugambar profesional.
- Tips OOTD: Berdiri di celah-celah batuan besar dengan memakai busana berwarna cerah atau pastel supaya penampilan anda lebih menonjol berbanding warna semula jadi batuan dan laut.
3- Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)
Pantai Teluk Mak Nik sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan untuk aktiviti santai bersama keluarga. Bagi anda yang suka berpiknik, Pantai Teluk Mak Nik sangat sesuai untuk anda dan keluarga. Susunan pohon-pohon rhu yang berbaris di sepanjang pesisir pantai membuatkan seperti suasana seolah-olah anda berada di luar negara.
- Tips OOTD: Ambil foto berkonsepkan cinematik atau vintage di celah-celah pohon rhu dengan pencahayaan matahari yang menembusi dedaun.
4- Jeti Kuala Kemaman & Perkampungan Nelayan
Jika anda mahukan konsep OOTD yang bertemakan street style atau heritage, anda boleh singgah di Kuala Kemaman. Anda akan disajikan dengan pelbagai jenis bot nelayan tradisional berwarna-warni yang berlabuh di jeti serta seni bina rumah kampung lama yang memberi latar belakang yang penuh dengan karakter budaya tempatan.
- Tips OOTD: Gayakan dengan pakaian kasual atau tradisional seperti kain batik atau kemeja linen sambil berlatar belakangkan bot nelayan atau kedai klasik di sekitar perkampungan.
5- Lorong Seni Kemaman (Kemaman Street Art)
Lorong seni Kemaman juga dikenali sebagai Lorong Seni Chukai, yang terletak di Jalan Sulaimani. Lorong di belakang deretan kedai di hadapan Stesen Bas Chukai. Lorong ini dihiasi dengan pelbagai seni lukisan mural berwarna-warni yang memaparkan budaya tempatan dan warisan Terengganu.
- Tips OOTD: Ambil gambar dari sudut bawah (low angle) untuk menampakkan anda lebih tinggi dan memuatkan keseluruhan mural yang tinggi ke dalam bingkai. Jangan sekadar berdiri kaku tetapi cuba berinteraksi dengan lukisan seperti berpura-pura menyentuhnya, berjalan melintasi dinding atau bersandar pada dinding mural.
Anda sudah bersedia untuk penuhi feed Instagram atau Tiktok anda? Jangan lupa untuk pastikan bateri telefon anda fully charged. Atau, lantik kawan anda yang pandai mengambi gambar untuk memotret gaya anda. Selamat bergambar di Kemaman!





Tiada ulasan:
Catat Ulasan