7 PERKARA WAJIB BUAT SETIAP PAGI UNTUK HIDUP CEMERLANG
"KAMU BERHARAP UNTUK MENJADIKAN KEJAYAAN SEBAGAI SATU KEBIASAAN?"
Sekiranya "YA", adalah jawapan anda, maka dengan mengikuti 7 langkah mudah ini pada setiap pagi, ai boleh membantu anda menjalani aktiviti harian dengan penuh semangat, positif dan optimis.
Menghabiskan beberapa jam pertama di permulaan hari akan menentukan corak rutin di sepanjang hari kamu. Cuba bayangkan ia seperti sekeping kain kanvas putih yang kosong -- anda yang akan mewarnainya dengan aktiviti, hala tuju dan produktiviti yang tinggi.
Jadi, jika anda ingin menjadikan kejayaan sebagai satu tabiat biasa, maka gabungkan kesemua tujuh perkara ini di setiap pagi untuk impak dan manfaat yang terbaik.
1- Bangun sebelum matahari terbit
Perkara pertama yang perlu kita ubah adalah dengan bangun dari tidur sebelum terbitnya matahari. Bagi seorang umat Islam, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana kewajiban menunaikan solat subuh melatih kita untuk bangun awal. Sudah pasti ia semudah "memetik jari" sahaja.
Pernahkah kamu mendengar tentang "The 5 AM Club"? Ia adalah sebuah komuniti global yang berkongsi pengalaman berkaitan aktiviti produktif 5 pagi. Mereka saling berkongsi cara dan rutin dilakukan untuk memanfaatkan waktu seawal pagi tersebut demi pembangunan diri.
2- Morning meditation
Melakukan aktiviti meditasi atau ketenangan minda di waktu pagi terbukti dapat mengurangkan rasa stres dan tekanan harian. Ia membantu meningkatkan daya tumpuan serta memulihkan emosi dengan baik. Oleh sebab itu, elakkan daripada memulakan pagi dengan emosi marah agar tekanan darah dan mood anda kekal stabil.
Gabungan meditasi ringkas di waktu pagi bukan sahaja dapat membina tenaga (vibe) positif, malah dalam masa yang sama dapat melatih anda mengawal emosi dengan tenang apabila berhadapan dengan perkara di lusr jangkaan sepanjang hari.
3- Bersenam
Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal terbukti dapat menyihatkan tubuh badan, di samping membantu menajamkan minda dan tumpuan. Senaman pagi secara khusus merangsang penghasilan hormon endorfin iaitu hormon kegembiraan semulajadi badan.
Aktiviti ringkas seperti berjoging, berbasikal, berjalan pantas, atau senam aerobik bukan sahaja dapat meningkatkan metabolisme badan tetapi turut menyuntik mood positif sepanjang hari. Produktiviti kerja anda pastinya akan meningkat seiring dengan emosi yang ceria dan positif.
4- Ambil Sarapan yang Berkhasiat
Jangan sesekali mengabaikan atau skip sarapan pagi. Sarapan adalah hidangan yang paling penting untuk membekalkan tenaga!
Kajian membuktikan bahawa pengambilan makanan yang bernutrisi pada setiap waktu pagi sangat mempengaruhi kawalan emosi dan fokus kita. Memulakan hari dengan makanan yang tidak sihat atau berat boleh mengundang rasa malas, letih, lemah, tidak bertenaga dan hilang motivasi. Pilihlah menu sarapan pertama anda dengan bijak.
5- Membaca untuk Menambah Pengetahuan
Kesilapan besar yang kerap kita lakukan sejurus bangun tidur ialah memeriksa telefon pintar dan melayari media sosial tanpa tujuan.
Alihkan tabiat tersebut kepada membaca buku, artikel bermanfaat atau mendengar audio siar (podcast). Rutin ini jauh lebih bermakna dalam membina ilmu pengetahuan serta meluaskan perspektif anda dalam pembentukan peribadi dan perkembangan karier profesional.
6- Amalan Bersyukur dan Visualisasi
Sebelum melangkah ke dalam kesibukan harian, luangkan masa beberapa minit untuk merenung kembali perkara-perkara yang anda hargai dan bersyukurlah. Lakukan visualisasi terhadap impian dan realiti hidup yang ingin anda capai.
Amalan ini akan membantu anda berasa puas hati dengan apa yang dimiliki sekarang di samping mengekalkan minda yang optimis tentang masa hadapan. Minda yang positif akan membina daya tahan (resilience) yang kuat untuk menghadapi cabaran dengan tenang dan terbuka.
7- Sediakan Senarai tugas (to-do list)
Merancang aktiviti harian dengan menyediakan senarai to-do list sangat membantu meringankan beban mental anda. Ini merupakan satu strategi terbaik dalam ppengurusan masa yang paling efektif.
Senarai tugas ini bukan sekadar peta laluan harian, malah ia membantu anda mengenalpasti dan memberi keutamaan (prioritize) kepada perkara-perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Kesimpulan
Kejayaan bukanlah suatu KEBETULAN sebaliknya ia adalah satu PERJALANAN yang mempunyai proses dan disiplin yang tersendiri. Ia datang daripada usaha, kesungguhan, pilihan dan tindakan konsisten yang kita ambil.
Jika anda mahu kejayaan menjadi satu KEBIASAAN HIDUP, maka laburkan masa dan tenaga yang luar biasa bermula daripada rutin pagi anda. Dengan mengamalkan 7 perkara ini, anda sedang membina asas yang kukuh untuk mencapai matlamat hidup yang cemerlang.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan