TRIP TO SIEM REAP, COMBODIA - PART 3


Assalamualaikum

DAY 3 -  MASJID AL NAEKMAH  DAN CAMBODIAN CULTURAL VILLAGE

hari ketiga ini, kami bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar siem reap sahaja. hari ini kami hanya berjalan santai sambil melihat sekitar pekan siem reap ni. boleh la merasa hirup pikup dan melihat keletah warga kemboja. kami bagitau siap-siap dekat mustafa, supaya pagi tu dia tidak perlu menjemput kami. kebetulan pula hari jumaat dan jadual kami untuk ke cambodian cultural village adalah waktu petang. bolehlah dia berehat dan solat jumaat dulu. chewahh, gitew...hikhik :)


jam 8 pagi, kami dah menunggu di luar hotel untuk menahan tuktuk yang lalu lalang di depan hotel. kami suruh jer driver bawa round kawasan sekitar sebabnya kami memang tak tau jalan. sehinggalah kami minta die berhenti di depan restoran muslim family kitchen. bayaran sebanyak 1usd seorang. thank you kak yati sebab belanja naik tuktuk. ngeri plus excited jugak naik tuktuk ni. first time naik sepanjang 3 hari berada di siem reap.



ruang dalam masjid al-naek mah. masjid ini adalah antara masjid yang menjadi tumpuan masyarakat islam di kemboja.


kami sempat berbual-bual dengan imam masjid al-naekmah. seronok berborak dengannya. fasih berbahasa melayu dan banyak cerita yang diberitahunya.


kebetulan masa kami melalui di ruang tengah ini, terdapat beberapa orang sedang berkumpul. mungkin mereka berbincang tentang isu-isu semasa dan juga hal ehwal keagamaan. di sebelah kanan masjid terdapat sebuah dewan yang kelihatan kanak-kanak dan orang dewasa yang sedang belajar. mungkin kelas fardhu a'in seperti yang ada di malaysia.

 

gerai menjual kuih di hadapan dengan masjid.


lunch kami di muslim family restaurant, ustaz haji musa, bangunan yang beratap merah tu. ia terletak di bahagian belakang masjid al-naekmah. hidangan tengahari kami adalah tomyam, daging bakar dan juga nasi goreng. saya masih tak boleh move on lagi dengan kopi kemboja. tapi kopi yang dihidangkan restoran ini kurang kick daripada kopi semalam. kopi semalam lagi kawwww sampai ke ruang angkasa...sedap tak boleh lupa sampai hari ini.


hidangan tengahari kami. alhamdulillah rezeki hari ketiga di kemboja/cambodia. jumlah makan tengahari kami adalah usd15 untuk empat orang.


travel buddies. diorang happy, saya pun happy. sama-sama HAPPY.


kenyang perut hati senang. dah kenyang kite cari mamat kemboja. kebetulan terserempak dengan Din dan familynya. dia adalah saudara kepada mustafa. dia menawarkan untuk menghantar kami pulang ke hotel. nampak tak tuktuk dekat tepi masjid tu. itulah tuktuk mustafa. kami pulang ke hotel dengan percuma. terima kasih yaa...wanita kemboja memang pakai tudung stail macam ni. jangan ada yang terasa pelik pulak yer...


selepas solat jumaat, kami dijemput oleh mustafa untuk ke cambodian cultural village. harga pass masuk adalah sejumlah usd15 seorang.


museum yang menceritakan perihal sejarah kemboja. dari saat kegemilangan, kejatuhan, peperangan sehingga kembali aman dan sentosa.


antara lukisan yang menarik perhatian saya. antara gambaran masyarakat dan aktiviti yang ada di angkor wat pada zaman dahulu kala. gituuu.


persembahan teater yang pertama. kisah perebutan cinta antara anak si kaya dan si miskin. lelaki tu watak orang kaya yang sombong. menarik dan seronok menonton pada petang itu.



di dewan yang kedua untuk acara majlis perkahwinan orang kemboja. di sini boleh lihat adat dan tradisi meminang sehinggalah ke perkahwinan masyarakat kemboja.


pengantin lelaki adalah visitor yang dipilih. kalau segan takleh join.


huntong lah abang ensem dapat berlakon sama gadis kemboja yang cantik ni...



kemuncak persembahan di cambodian culture village. persembahan tentang asal mula terbinanya angkor wat. daripada beberapa kali peperangan dan perebutan kuasa. ini adalah penutup yang terbaik. rugi kalau yang balik awal dari pakej cambodian culture village ni. 5 bintang sis kasi.


persembahan terakhir ini tamat lebih kurang 8 malam. kami semua bergegas keluar dari perkampungan kemboja ini. barulah tersedar yang kawasan ini luas. baru terasa penat berkejaran untuk memenuhi slot2 persembahan. perut mula terasa lapar.
nasib petang tadi, mustafa ada bekalkan kuih untuk kami. alhamdulillah, syukur dapat tour-guide yang memahami.

aktiviti terakhir kami di malam akhir di cambodia ini...shoppinggggg!!!
masa untuk topupkan cenderamata yang masih tak cukup. malam ni aku tak berbelanja sangat sebab sebelum ni dah sakan membeli belah. jadi, aku hanya beli freeze magnet dengan harga 1 usd, seluar rm 13 dan baju t- untuk anak buah semua harga usd 4.

jumlah keseluruhan untuk hari ketiga adalah:
Lunch at muslim family restaurant ustaz haji musa : 15usd/4pax ~ 3.75usd/pax
Ticket Cambodian Culture Village : 15usd
Shopping : 5usd + rm 13
TOTAL : usd24 + rm 13 ~ rm 113.80

(Day 1, 2 & 3)
Day 1 ~ rm 46.20
Day 2 ~ rm 256.20
Day 3 ~ rm 113.80
Flight & Room ~ rm 400

GRAND TOTAL : RM 816. 00

Siap shopping and balik hotel untuk solat, kemas and rest. jam 130 malam baru siap berkemas dan tidur,

Hari terakhir di siem reap, kami dijemput oleh mustafa jam 630 pagi dan terus ke airport. sedihh...


bye2 siem reap dan tour-guide yang terbaik di siem reap en. mustafa. thankss so much sebab tak kekok dengan kitorang dan all the best for your business.

so guys, yang mane plan nak melawat ke siem reap, boleh contact en. mustafa ni. he is very nice guy.

leaph saamnang, siem reap. till we meet again ;)

wassalam. END.

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement