Kedai Buku & Perpustakaan Terkenal Di Dunia Yang Wajib Masuk Bucket List!

Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan semua? Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog ini.

Bercakap tentang tabiat membaca, zaman belajar dahulu, saya memang seorang "kaki perpustakaan". Tempat yang paling suka lepak sudah tentulah perpustakaan dan juga kedai buku (bookstore). Walaupun kadang-kadang bukan datang untuk study sangat pun, tapi menjadi tempat saya tidur -- siap pernah tegakkan buku, lapik tangan dan tidur sehingga waktu prep habis. Itulah kenangan Cik Suri semasa bersekolah di MRSM Balik Pulau dulu -- tapi aura dikelilingi buku itu sangat menenangkan. Rindunya!

Tabiat ini terbawa-bawa sampai ke UKM. Siapa alumni UKM mesti tahu Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). The classic library! Macam-macam cerita ada dekat PTSL, termasuklah cerita-cerita mistik... Jeng jeng jeng! Jangan lepak sampai lewat malam, ada "mata" yang memerhati...scaryyy!

Kenapa Saya Suka Lepak di Bookstore

Bagi saya, kedai buku seperti MPH, Popular dan Kinokuniya adalah antara tempat terbaik untuk bersantai. Kita boleh baca macam-macam jenis buku tanpa ada orang akan marah. Kalau sekali saya masuk, sudah tentu 2 hingga 3 jam akan "berakar punggung" di situ. Tidak berganjak!
Paling penting, suasananya selamat dan stafnya ramah.

Minat saya terhadap dunia buku tidak akan padam. Malah, saya ada impian (bucket list) untuk melawat beberapa bookstore dan library yang terkenal di dunia. Jom saya kongsikan antara perpustakaan yang sangat ikonik dan cantik untuk dilawati.

3 Rekaan Bookstore Famous dan Unik di Dunia

Bukan sekadar menjadi tempat menjual buku, malah kedai-kedai buku ini menjadi tumpuan pelancong kerana seni binanya yang luar biasa.

1. El Ateneo Grand Splendid (Buenos Aires, Argentina)

Sebut sahaja tentang kedai buku tercantik di dunia, tempat ini pasti tersenarai. Ia merupakan sebuah panggung teater mewah tahun 1920-an yang telah diubah suai menjadi kedai buku. Anda boleh mebaca buku di dalam bekas kotak tempat duduk teater (theatre boxes) sambil menikmati siling yang dipenuhi lukisan bidadari yang sangat memukau. 


2- Shakespeare and Company (Paris, France)

Terletak di tebing Sungai Seine, kedai buku berbahasa Inggeris yang dibuka sejak tahun 1951 ini sangat terkenal dengan hiasannya yang berkonsepkan bohemian. Buku-buku disusun bertingkat-tingkat memenuhi dinding dan lorong sempit, membuatkan anda rasa seperti berada di dalam dunia novel klasik!


3- Livraria Lello (Porto, Portugal)

Bagi peminat tegar siri Harry Potter, kedai buku ini wajib dikunjungi! Seni bina berkonsepkan Neo-Gothic, siling kaca (stained-glass), serta tangga spiral merahnya yang ikonik dikatakan telah memberi inspirasi kepada J.K. Rowling ketika menulis kisah ahli sihir terkenal itu.


3 Perpustakaan Terindah (Beautiful Libraries) yang Menakjubkan!

Selain kedai buku, perpustakaan lama di luar negara juga menyimpan khazanah sejarah dan seni bina yang mengagumkan.


1- Trinity College Library (Dublin, Ireland)

Merupakan perpustakaan terbesar di Ireland, bahagian yang paling terkenal di sini ialah The Long Room. Lorong sepanjang 65 meter ini diperbuat daripada kayu gelap dengan siling melengkung, mampu menampung lebih 200,000 buah buku purba yang sangat berharga.


2- Klementinum (Prague, Czech Republic)

Sering digelar sebagai perpustakaan paling indah di dunia, perpustakaan yang dibuka pada tahun 1722 ini mengekalkan hiasan gaya Baroque dengan lukisan siling yang menggambarkan sains dan seni serta koleksi jam astronomi yang sangat unik.


3- Royal Portuguese Reading Room (Rio de Janeiro, Brazil)

Apabila melangkah masuk ke sini, anda akan rasa seperti berada di dalam istana buku. Dibina oleh imigran Portugis pada tahun 1837, ia menempatkan lebih 350,000 naskah buku. Dindingnya dilitupi rak buku setinggi tiga tingkat dan diterangi oleh cahaya semula jadi dari bumbung kaca di bahagian tengahnya.

Royal Portuguese Reading Room di Rio de Janeiro, Brazil

Impian dan Hasrat Saya

Tengok gambar-gambar kedai buku di luar negara ini membuatkan hati saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjunginya pada satu hari nanti. Saya sebenarnya mempunyai impian untuk memilik sebuah kedai buku sendiri suatu hari nanti -- sebuah gabungan kedai buku dan kafe. Sambil membaca buku dan menikmati bau kopi yang wangi... Bestnya! 

Agaknya tercapai atau tidak impian saya ini? Semoga saya dimurahkan rezeki oleh Allah untuk memiliki sebuah kedai buku satu hari nanti. Inshaa Allah. 

One day nanti, saya berharap sangat dapat pergi melawat ke setiap perpustakaan atau kedai buku di luar negara seperti di Rom, Turki, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan banyak lagi.

Anda pula bagaimana? Ada tidak perpustakaan atau kedai buku impian yang anda teringin lawati? Sudi-sudilah untuk kongsikan komen di bawah ya!

2 ulasan:

nabihah berkata...

moh kita pergi!

Suri Suriyani berkata...

pergi turki yup...
menarik jugak.. :)

Popular Post