RAJIN

Assalamualaikum.
Hi semua...

Selamat berehat pada hari cuti sambil menonton drama Korea Selatan, "The Last Queen in The Earth" di channel Tv al-Hijrah. Maklumlah sambil melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Hehehe...

Macamlah banyak kerja sangat dekat office. Padahal satu hari suntuk duduk update blog, delete content yang tidak perlu dan tambah apa yang sepatutnya. Maklumlah untuk mencantikkan lagi blog ini. Lepas update blog, buka pula Facebook. Banyak betul kerja ya. Boss marah dikatakan boss tak sayang pekerja. Hah...Berdosa kan?

Isk... takut pula bila fikirkan balik. Tapi memang hari ini tiada kerja untuk dibuat. Semua kerja telah siapkan awal-awal. Clear meja. Biasalah ada hari meja akan penuh dan ada hari meja kosong.

Tender projek satu pun tidak ada yang masuk. Tetapi jikalau sekali masuk tender, tidak menang tangan dibuatnya nanti. Masa itu, banyaklah orang yang kena contact. Supplier ini, orang itu. Dari Singapore, dari Norway, US, Australia dan juga company di Malaysia. Hendak kena tanya "prinsipal" lagi fasal harga dan kena call client untuk confirmation spect dan sebagainya. Banyak hal perlu ditanya itu dan ini. Time itu barulah tidak kenal bila siang, bila malam. Terpaksa pula stay up sampai malam di pejabat. 

Jadi, hari minggulah peluang untuk berehat sambil update knowledge sikit tentang product dan technical skill. Tapi, perasan tak satu benda lately?
Ya, saya semakin rajin update blog. Sudah tidak bersawang lama-lamakan.

Pendek sahaja tulisan hari ini. Sekadar berkongsi penat lelah di office.

Okay!!! 

SELAMAT BERISTEREHAT & SELAMAT MALAM...
Semoga dilindungi Allah...ALWAYS!!!


Enjoy the song. 
One of my favorite band.

No comments:

Ad Code

Responsive Advertisement