Assalamualaikum

Terjaga dari tidur ketika sayup-sayup kedengaran bacaan al-Quran dari masjid. Belum masuk waktu subuh rupanya. Tangan lantas mengambil telefon untuk melihat jam dan ketika itu baru jam 5.48 pagi. Kelihatan ikon whatapps dan  terus membuka untuk membaca mesej daripada siapakah. Dan...Allahu!

"Innnalillahi wa innalillahhirrojiun". Bertubi-tubi ucapan takziah dari rakan-rakan grup whatapps. Rupa-rupanya telah hilangnya sebutir permata Islam di bumi Malaysia ini. Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat telah meninggalkan dunia. Kite semua telah kehilangan ulama yang tinggi ilmu agamanya. Allahu... Sebak, gugur luluh rasa hati ini. Mata terus menjadi terang, hilang rasa mengantuk dn terpinga-pinga. Allahu akbar...benarkah cerita ini. Rasa masih tidak percaya.

Terus aku bangkit dari katil, pergi mandi dan solat subuh. Selesai solat, terus hadiahkan bacaan yaasin untuk tuan guru yang dihormati. Walaupun tidak pernah bertemu muka dengannya. Walaupun kau hanya dapatku lihat dari jauh di atas pentas ceramah itu, aku doakan semoga Allah tempatkanlah dia bersama-sama orang yang soleh.

Hati tetap bermonolog. Akal seperti masih tidak percaya. Bermacam-macam perkara berlegar-legar di benak. Itu tidak kena, ini tidak betul. Allah. 

Kemudian aku keluar dari bila dan sampaikan berita ini. "Mak, nik aziz dah meninggal." "Aah, malam tadi", jawab mak. 
oh, mak dah tahu rupanya. Kenapa aku baru terlambat tahu. Malam tadi aku tertidur awal ke? Tak, kerana aku sempat menonton cerita Delina di TV3 dan sempat menonton K-drama di laptop. Sedihnya. Aku terlalai dengan hiburan.


Ya Allah, Tuhan Pemilik seluruh alam serta makhluk seisinya.

Kau kasihilah, Kau sayangilah, Kau jagailah dia. Perginya beliau meninggalkan kami. Dan pada ketika ini, kami memerlukan guru pembimbing seperti beliau.
 
Beliaulah orang yang selalu memberi teguran, ingatan kepada kami tentang agama-Mu, Ya Allah. 
Janganlah Engkau hilangkan ingatan itu dari hati kami. Jangan Engkau lalaikan kami, jangalah Engkau pesongkan hati dari agama-Mu ini.

 Wahai guru, selamat beristirehat.  
Setelah penat lelah kau berjuang untuk agama Allah. Semoga kau tenang di sisi Allah, dan orang-orang yang dipilih Allah. 

Al-fatihah



wassalam

HILANGNYA PERMATA ISLAM

by on February 13, 2015
Assalamualaikum Terjaga dari tidur ketika sayup-sayup kedengaran bacaan al-Quran dari masjid. Belum masuk waktu subuh rupanya. Tangan l...
Assalamualaikum

Cik suri tak ada niat nak ucapkan selamat tahun baru. bukan tidak mahu mengalu-alukan kedatangan tahun 2015 ini, tetapi terlalu banyak cerita duka di tahun 2014. terlalu banyak musibah yang telah melanda negara kite ini. ini petunjuk yang kite perlu kembali kepada Allah. jangan terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang lalai dan merugikan.

pada akhir tahun 2014, kita juga telah diuji dengan kejadian banjir yang tersangat luar biasa. lebih luar biasa daripada tahun 2013. tetapi cik suri bersyukur kerana pada tahun ini rumah cik suri tidak mengalami banjir yang teruk, seteruk tahun 2013 di mana paras air sehingga mencapai paras rusuk.

kami sekeluarga sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang bakal tiba. rumah telah dikemas seawal mungkin, begitu juga barang-barang, dan alhamdulillah segalanya dengan izin Allah, kami dihindari daripada musibah itu lagi. tetapi masih ada sebahagian bilangan jiran tetangga yang mana rumah mereka juga dinaiki air kerana limpahan air dari alur sungai. dan jalan untuk keluar dari kampung juga ditutupi oleh air. jadi, kami semua terperangkap. bekalan elekrik juga terpaksa diputuskan oleh tnb selama 3  hari.

cik suri tidak dapat membayangkan perasaan pada hari air mula-mula menunjukkan tanda akan melimpah. ketika itu cik suri baru pulang dari kerja dalam jam lima petang. dan ketika berada di jalan cik suri sudah terlihat ada kawasan sebelah di sekitar jalan utama kemaman-terengganu telah dinaiki air. pada ketika itu, cik suri berada di lampu trafik merah. hati terasa paniK dan tetiba nak menanggis melihat air yang melimpah. tangan terasa menggigil memegang stereng kereta, muka mula terasa panas, tangan kiri dah mula terasa kebas. ketika itu juga terus capai telefon untuk menelefon ayah cik suri. ayah kata masih okay, dia cakap terus pulang rumah.

dan, ketika cik suri memasuki lorong ke kampung cik suri, air sungai sudah hampir melimpahi jalan. dan kebetulan pula, ketika itu diramalkan air pasang besar bakal berlaku untuk tempoh beberapa hari. sampai sahaja di rumah, cakap dengan ayah dan terus alihkan kereta ke kawasan yang tinggi. hujan malam itu lebat dan tidak menunjukkan akan berhenti, ditambah pula dengan keadaan angin yang kuat. pada malam itu kami bergelap untk selama tiga hari.

cik suri mohon agar semua mangsa bersabar atas ujian ini. Allah memilih kita kerana Dia tahu kita kuat  untuk hadapi ujian-Nya ini. bersabarlah terutama bagi rakyat di negeri kelantan, kerana mereka telah mengalami banjir yang teramatlah luar biasa. tiada apa yang tinggal. semuanya ranap ditimpa air bah yang sangat  besar ini. sabarlah wahai sahabat.

takziah juga kepada keluarga penumpang airasia, nahas qz8510. semoga tabah menghadapi ujian ini. innalillah wa innalillah hirrojiun  untuk mangsa banjir dan juga untuk nahas qz8510. sama-sama kita sedekah al-fatihah untuk muslim yang terkorban.


dan, 
akhir kata

::SALAM MAULIDUR RASUL::

mari kita sama-sama berselawat ke atas nabi dan mengikut jejak sunnahnya. in shaa Allah!!!

wassalam
senyum sokmo

SELAMAT TINGGAL 2014

by on January 01, 2015
Assalamualaikum Cik suri tak ada niat nak ucapkan selamat tahun baru. bukan tidak mahu mengalu-alukan kedatangan tahun 2015 ini, tetapi...
Sesal Separuh Nyawa Alyah

Lirik lagu "Sesal Separuh Nyawa" nyanyian Alyah ini sangat menyentuh hati sang pendengar termasuklah Cik Suri.

Cik Suri suka sangat dengar lagu ini. Kalau DJ radio mainkan lagu ni, mesti kuatkan volume. Baru best melayan sambil drive. Feeling, feeling gitu ;)

Bait-bait liriknya sungguh... tak tahu bagaimana Cik Suri ingin gambarkan.  

Andai pastinya kutahu Takkan aku tinggalkanmu Namun masih keliru Teringat masa lalu Tetap tiada kulupakan Indah setiap sentuhan Cinta yang kau tinggalkan Kekalnya berdampingan Mana harus kuhamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang Masih terasa nafasmu Lembut menusuk jiwaku Dengan dihembus bayu Membawa kabar rindu Tapi sulit kuteruskan Engkau jauh ke hadapan Aku tabah berjalan Sembunyikan harapan Mana harus kuhamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang Separuh sayangmu di hati Separuh lagi kau bawa pergi Tiada arah jodoh kita Tuhan tentukannya Mana harus kuhamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang Mana harus kuhamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang

Bestkan lagu ni...
Melekat lagu ini nyanyi di mulut. Asyik ternyanyi-nyanyi selalu, melodinya terngiang-ngiang di benak ini. Kalau you all nak dengar lagu Sesal Separuh Nyawa, klik di sini.

Meletop!!!  
Itulah gambaran untuk nyanyian Alyah ini. Suara dah la sedap, lagu pulak menjadi. Tak puas nak dengar tau!!!

Harapannya agar lagu "Sesal Separuh Nyawa" ini akan menjadi Juara  di Anugerah Juara Lagu nanti. Korang semua jangan lupa vote lagi Sesal Separuh Nyawa tau. Kita sama-sama bagi sokongan padu pada Alyah di Anugerah Juara LAgu nanti ;)

Ahaaa...
Apalagi, jom sambung karaoke!!!
Walaupun suara sis tak berapa nak sedap ini ;)

wassalam, cik suri yang menulis
senyum sokmo ;)
#sesalseparuhnyawa #rinduseparuhnyawa #kembarasuri
Assalamualaikum

Lama betul cik suri tak share resepi kan?

Semalam cik suri plan hendak buat "m&m oat cookies". Kesemua bahan-bahan sudah siap dibeli. Sekali, balik rumah mak cik suri dah habiskan separuh blok margerin yang ada di dalam peti ais. Sedihnya, sampai rasa nak menangis. Ialah kita ni dah plan awal-awal. 

Sebenarnye butter tu sudah lama sis suri beli dan simpan dalam peti, dan semacam tiada sesiapa pun yang sudi gunakan. Itu yang cik suri plan untuk baking, alang-alang dari dibiarkan benda itu rosak atau luput tarikh. 

Semalam tengah hari yang terik, cik suri jalan banyak tempat mencari bahan-bahan yang terlupa nak beli, jadi bila kehilangan marjerin secara misteri ini betul-betul merosakkan mood nak baking. 

Panas-panas hati, terus masuk bilik dan tidur di kala tok khatib tengah membaca khutbah Jumaat. Tapikan, bila semangat kerajinan itu ada, keinginan nak buat jugak cookies tetap tidak boleh dihalang, cik suri terus bangkit dan buat juga separuh adunan dengan menggunakan separuh marjerin yang berbaki.... hehehe :)

Okay, cik suri kongsi resepi untuk membuat m&m oat cookies!!!! 
(sila baca dengan nada doraemon sedang mengeluarkan alatan dari poketnye)

Bahan-bahannya adalah:
100g gula castor
100g gula perang
115g butter
1 biji telur gred A
120g peanut butter 
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
120g mini m&m
120g chocolate chips
250g oats

Dan cara membuatnya pula:

Mula-mula satukan gula castor, gula perang dan marjerin ke dalam bekas. Pukul sehingga menjadi creamy. Kemudian masukkan sebiji telur dan esen vanilla, dan kacau secara perlahan-lahan sehingga adunan sebati.

Langkah seterusnya, masukkan peanut butter, garam, baking soda. Gaul perlahan sehingga adunan sebati, creamy.

Kemudian campurkan mini m&m, chocolate chips, dan oats. Gaul rata dan sebati. Scoop kan satu sudu kecil dan susun sebaris-sebaris di atas dulang pembakar.

Sementara itu panaskan oven dengan suhu 160 celcius selama beberapa minit.

Masukkan dulang dan bakar cookies dengan suhu 160 celcius tadi selama 10-15 minit mengikut kesesuaian oven. Pandailah adjust, takut nantikan terbakar pula cookies awak.

Taadaa...dah siap!!!

Bila sis suri makan memang tak boleh berhenti. Sedap!!!
Sayangnya adunan cik suri separuh sahaja, boleh dapat sedikit sahaja cookies nya, tak sampai lima puluh biji. 

Pesanan:
Ingat!!! scoop kecil-kecil tau sebabnya cookies ini akan mengembang jadi gemok apabila ia dibakar.

Mana gambar...gambar mana?
"oppss...sorry laa.. tak ada gambarlah. cik suri tak snap gambar pun." 
Lain kali cik suri cuba buat lagi dan letak gambar kat sini yer!!!

daaah....jangan lupa cuba buat yer...!!! :)
Sedap, tak tipu.


wassalam
senyumsokmo
~bila cik suri masuk dapur~

Assalamualaikum

Hai, semua. 
Wah!!! Lame betul tak update blog Kembara Suri. Sibuk sangat dengan persiapan untuk hari raya la tu. Di tambah pula kerja office yang melambak tapi malas untuk siapkan. Sebab itulah selalu kena marah dengan bos. Lepas itu, macam-macam lagi alasan yang pokok pangkalnya Cik Suri yang mengelat. Hihihi :)

Sorry boss!

Pernah tak korang set dekat otak untuk pergi tempat-tempat yang teringin sangat untuk melawat. Cik Suri pun dah letak bermacam-macam angan-angan dalam otak ini. Nak pergi situ, nak pergi sini! Banyak betul tempat yang teringin sangat hendak pergi. Dapat melihat dan menikmati tempat orang pasti seronok, kan.

Lagi-lagi bila dapat melihat keindahan alam dan suasana yang segar, aman damai, itulah yang paling Cik Suri suka. 

Nak bagitahu, Cik Suri ada tujuh tempat yang mesti, akan, kena, perlu, whatever is it, Cik Suri kena lawati juga. Bak kata orang, ini adalah tempat impian Cik Suri. Sampai terbawa-bawa, termimpi-mimpi. Katanyalah... Over, kan?


1- Kundasang, Sabah.

Bah kalau-kalau kau!!



Itu dia, gambar pemandangan yang di ambil dari Google Search!

Kenapa Kundasang, Sabah? 
Sebenarnya, Cik Suri pernah tengok dalam televisyen, pemandangan di Kundasang tersangatlah  cantik, segar-bugar dan hijau. Lagi-lagi kalau kita lihat dari atas bukit. Cantik betul pemandangannya. 

Kundasang ini ibarat macam Cameron Highland jugalah. Sejuk, damai, tumbuhan segar, hijau dan suasana kampung. Tapi, Cik Suri tidak berapa tahu dan jelas sangat tentang apa yang menarik di Kundasang. Maksudnya, Cik Suri kena pergi dulu, then barulah banyak ceritanya!
Hehehehe!

2- Kota Mekah al-Mukarramah



Mekah dan Madinah adalah tempat yang menjadi impian setiap muslim. Sudah pastinya setiap umat Islam wajib untuk sampai ke sini bagi melengkapkan rukun Islam yang ke-enam. Sama ada untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan. 

Bagi orang yang mempunyai kemampuan baik dari segi kewangan, kesihatan, kelapangan memang wajib sampai ke sini. Berdoa di hadapan Kaabah, memohon kesejahteraan dunia dan akhirat. Tempat yang mustajab doa kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Inshaa Allah.


3- Hallasan Mountain, Jeju-do Island, South Korea




Benda yang menarik di Kepulauan Jeju, Korea Selatan ini.  Selain melawat Hallasan National Park dan mendaki Gunung Hallasan yang merupakan bekasan shield valcano. Sudah pastinya bekas pergunungan hasil valcano ini sudah tidak aktif.

Hallasan Mountainini juga telah diiktiraf sebagai salah satu "World Herritage Sites" oleh UNESCO Biosphere Reserve pada December 2002. Kalau di Malaysia, kita ada Tapak Geopark di Langkawi yang juga telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO. 

Bangga tau sebab dulu Langkawi Geopark ini salah satu projek research Cik Suri bersama Prof. Madya Dr. Shafeea Leman, Prof. Ibrahim Komoo dan team dari Pusat Lestari, dan Dr. Jamaiah sebagai ketua projek dari Fakulti Teknologi dan Sains Multimedia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sempatlah Cik Suri berkerja selama satu tahun sebagai Research Assistant (RA) di bawah Dr. Jamaiah dan Prof. Shafeea. Kemudian berhenti kerja sebab dapat offer lain.

Selain mendaki Hallasan Mountain, kita juga berpeluang untuk melihat lava tubes di Manjang Cave. Di kawasan pergunungan ini, mereka juga menyediakan tapak perkhemahan untuk sesiapa sahaja yang suka akan aktiviti berkhemah macam Cik Suri. Bestnya kalau dapat buat aktiviti-aktivi macam ini. Lama betul tidak beraktiviti lasak.

Melawat musium beruang yang terkenal di Jeju iaitu  Jeju Teddy Bear Museum. Seronok juga kalau dapat melawat sambil memeluk teddy bear yang gebu. Museum ini mempamerkan pelbagai koleksi teddy bear dengan pelbagai jenis gaya. Mesti cute! Teringat K-drama, My Princess (Goong). Berangan lah kejap.

Memiliki cultural yang menarik, pemandangan pantai yang cantik, makanan korea macam dalam drama tv, Jeju Island juga mempunyai Pusat Perkembangan Islam yang mewakili menjadi rujukan muslim do negara Korea Selatan ini. Jadi, tidak perlu  risau untuk mendapatkan makanan yang halal.

4- Negara Turkey





5- Paris, France
 
Kota cinta yang menjadi pilihan ramai pasangan romantis sebagai lokasi honeymoon. Memiliki Eifel Tower yang menjadi ikon cinta. Pemandangan yang cantik untuk kenang-kenangan.





6- Kyoto, Jepun







7- Australia

Adelaide, Melbourne, Perth, Sydney, Brisbane antara lokasi yang ramai orang lawati. 
Cik Suri meletakkan Australia di dalam bucketlist tempat yang ingin dilawati. Teringin sangat melihat dengan dekat kangaroo dan kaola. Mesti cute, kan. Jom kita pergi ke Kangaroo Island yang semestinya banyak kangaroo yang melompat ke sana, ke mari. Pandangan pantai yang cantik, mempunyai alam semulajadi yang dipelihara. Mungkin negara ini mempunyai sistem perancangan permodenan tanpa merosakan alam sekitar. Kelestarian terjamin.





Beginilah ceritanya. Sekadar membuat posting supaya tidaklah sendu sangat bloh Kembara Suri ini. Panjang-panjang tulis, last sekali hilang mood dan malas nak mengarang. 

Actually, ini adalah draft yang sudah lama di dalam list post yang tidak sempat untuk disiapkan dan update. Asyik ter"pending", kerana kebelakangan ini sangatlah busy. 

Hari ini sempatlah rehatkan otak. Semalam baru selesai external audit dari client, Baker Hughes. 

Sebelum balik ke rumah, curi masa sedikit update blog. Barulah kurang sikit sawang-sawang spiderman di blog Cik Suri nih!!!

okey, daaa...


wassalam. senyum sokmo!

Ad Code

Responsive Advertisement