Assalamualaikum

Salam akhir Ramadhan. Tinggal lagi 2 hari kita semua umat Islam berpuasakan.  Terasa begitu cepat pulak masa berlalu. Tup-tup dah esok last puasa. Raya pulak yang datang. 

Bagi Cik Suri, puasa tahun ini agak lemah dari puasa tahun lepas. Tewas di akhir 10 Ramadhan ini. Raya Cik Suri sejak dua tahun kebelakangan ini pun kurang meriah. Bukan dari segi family tetapi personally dari diri Cik Suri sendiri. Mungkin persiapan meriah tetapi jiwa untuk meraikannya tidak lagi seperti dulu.  Mungkin kerana Cik Suri sudah meningkat dewasa dan sudah ber”usia”. Semangat raya semakin hilang ke?!!!. Tidak dapat dipastikan.

Bagaimana persiapan Hari Raya tahun ni. 

Keluarga Cik Suri menyambut Aidilfitri biasa-biasa sahaja. Tidak berlebih kerana kami bukanlah dari golongan berada. Apa yang ada, itulah yang kami pakai. Tapi sekarang ni emak dan ayah agak berasa senang sikit. Sebab kami adik beradik dah kerja and dah boleh support keluarga untuk membuat persiapan. Cik Suri hanya mampu tong-tong serba sedikit. 

Kuih raya pun tidak beli banyak seperti tahun lepas, kerana tahun ni orang yang buat kuih tahun lepas tidak membuat kuih tahun ni. Jadinya, Cik Suri tidak membeli  banyak dan hanya sempat membuat dua tiga jenis sahaja. Agak bernasib baik jugak, adik Cik Suri ada membeli beberapa balang kuih raya dari kawan-kawan office dia. 

Baju raya pun tak membeli sangat. Semalam keluar dengan rakan sepejabat untuk membeli tudung. Malangnya, Cik Suri balik dengan tangan kosong sahaja. 

Petang tu, balik dari office Cik Suri sempat singgah kat kedai untuk membeli tudung. Akhirnya, dapat jugak. Itu pun pekerja kedai tu yang tolong pilihkan selepas Cik Suri tunjuk gambar baju.

Pulang rumah, tunjuk kat mak. Mak tanya berapa harga, tetapi tak sampai hati nak beritahu, kerana Cik Suri telah tewas dengan nafsu untuk sehelai tudung singkat ni.

Bersambung....

Wassalam dan senyum selalu :)

PERGINYA RAMADHAN

by on August 07, 2013
Assalamualaikum Salam akhir Ramadhan. Tinggal lagi 2 hari kita semua umat Islam berpuasakan.   Terasa begitu cepat pulak masa berlalu. T...
Assalamualaikum

Ramadhan, hari ke-9.

Bulan-bulan Ramadhan, boleh pula Cik Suri nak bercerita tentang jodoh dan cinta. Bukan apa, Cik Suri baru menerima jemputan ke majlis kahwin ex-housemate masa kerja jadi Assitance Researcher di UKM dulu. Tahniah buat sahabatku, Zaihanadia dan bakal suami. Cik Suri harap majlis akan datang berjalan dengan lancar hendaknya dan berharap kalian berbahagia hingga ke hujung nyawa. Haa gitu...

Cik Suri cuma ingin kongsi gambar yang Cik Suri jumpa ini dengan viewer blog Cik Suri ini.

Kadang-kadang, kita ini terlalu meletakkan sempadan dalam memilih jodoh. Mungkin dengan gambar di atas ini, ia dapat menyedarkan kita yang usaha itu penting. Ditambah pula dengan doa dan tawakal. 

Pernah seorang sahabat Cik Suri berkata pada  "Sue, jodoh tu tak datang bergolek, kau kena cari. Bukan duduk menunggu sahaja." Dan itu yang tidak mampu Cik Suri lakukan. Cik Suri hanya mampu duduk menunggu dan hanya berdoa kepada Allah. Tetapi, tanpa ada usaha yang dilakukan. Kenapa? Cik Suri pun tidak ada jawapannya.

Mencari pasangan adalah perkara yang amatlah sukar untuk Cik Suri buat. Sedarlah, Cik Suri sudah berusia 28 tahun dan masih belum mempunyai teman istimewa. Kadang-kadang, tergelak juga seorang diri. Kelakar. Terfikir kenapa aku masih single. Kawan-kawan yang dulunya single, sekarang masing-masing sudah berumahtangga dan memiliki anak.

Cik Suri terpaksa akui, Cik Suri malu untuk mengatakan "ya" apabila ada yang memberi ruang. Walaupun hati suka. Jadi, terpaksa menerima apabila si dia itu berubah hati kepada yang lain. Cik Suri sendiri tidak memberi ruang dan peluang kepada diri sendiri. Malunya...huhuhu... 

Dan, Cik Suri terpaksa menyedapkan hati dan memujuk hati sendiri yang itu bukan jodoh yang terpilih Cik Suri. Allah telah sediakan jodoh untuk Cik Suri tetapi ia masih belum tiba yang masa terbaik untuk Cik Suri menemuinya. Kelakar apabila memikirkan hal memujuk diri sendiri. hehehe... 

Yakinlah, Allah itu Maha Mengetahui, dan jodoh adalah rahsia dia.

 
Cik Suri berdoa agar bertemu dengan lelaki yang berusaha untuk menjadi Imam untuk Cik Suri dan anak-anak. Mendidik kami menjadi muslim dan muslimah yang terbaik. Membimbing kami ke jalan yang diredhai Allah.

************************************************
Rindu... 

Cik Suri rindu sangat dekat kucing Cik Suri, Si Boyen tu. Hari ini telah masuk enam hari dia mati. Cik Suri masih teringatkan dia. Rindu. Macam-macam kenangan yang menjengah ingatan. Kenakalan dia, kecomelan dia. Memang tidak boleh dipadamkan dari otak ini. Huhuhu... 

Wasalam
Selamat Berpuasa dan jangan lupa senyum :)

JODOH DAN CINTA

by on July 18, 2013
Assalamualaikum Ramadhan, hari ke-9. Bulan-bulan Ramadhan, boleh pula Cik Suri nak bercerita tentang jodoh dan cinta. Bukan apa, Cik ...
Assalamualaikum

Ramadhan, hari keempat. Sekitar jam 7:15 pagi, kucing oren yang menjadi kesayangan kami sekeluarga , Si Boyen, telah pergi meninggalkan kami dan tidak mungkin ia akan kembali lagi. Boyen mati kerana dilanggar oleh motosikal yang melalui jalan di depan rumah kami. Sedih sangat.

Selepas Boyen dirempuh oleh motosikal tersebut, Boyen terus lari dan terjatuh di dalam longkang tepi pagar. Kemudian dia lari masuk ke dalam pagar rumah dan hilang menyorak. Puas kami panggil nama Boyen tetapi ia tidak muncul juga. Mungkin kerana terkejut dan kesakitan akibat dilanggar. 

Dalam jam lebih kurang 10 pagi, baru Boyen muncul, ia duduk di atas titi kayu. Masa kami jumpa ia sudah nazak. Kami usap-usap kepala dia dan tidak lama kemudian ia pun mati. 

Tidak mahu cerita banyak. Tapi orang yang langgar Boyen itu terus jalan tidak berhenti pun. Padahal adik Cik Suri ada dekat situ juga. Silap juga adik Cik Suri, dia bergi jawab call tepi pagar, jadi Si Boyen ikut dia duduk tepi pagar bergayut dengan telefon. Adik Cik Suri yang jerit bagitahu Boyen kena langgar dan jatuh dalam longkang tepi pagar. Sakit hati dengan orang yang langgar Si Boyen ini. 

Wassalam
Assalamualaikum

Salam Ramadhan. Hari ni hari kedua kite semua berpuasa. Harapan hari kedua ini kita akan lagi bersemangat untuk meneruskan ibadat puasa dengan lebih cemerlang dari hari semalam.

Ada seorang rakan facebook share video ni. Menarik sungguh.



Tiada apa yang Cik Suri mahu katakan. Tapi Cik Suri berasa bangga, seperti yang Cik Suri sedia maklum. Negara Korea bukanlah negara yang orang beragama Islam ramai. Tetapi, kita semua kena tahu dan  sedar, agama Islam sedang berkembang di sana. Alhamdulillah.Syukur nikmat agama fitrah yang Allah berikan kepada kita.

Selamat Berpuasa
Wassalam

RAMADHAN

by on July 11, 2013
Assalamualaikum Salam Ramadhan. Hari ni hari kedua kite semua berpuasa. Harapan hari kedua ini kita akan lagi bersemangat untuk menerus...
Assalamualaikum

Part madah M. Nasir, Cik Suri paling suka. Sungguh syahdu, tatkala mendengar butir-butir bicara yang mengasyikkan. Menabur janji sehidup semati.

Wahh., kelass gitu... *senyum* 

"Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda kepada adinda."

"Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda.
Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama."

"Belayar berbelok-belok. Sawah dibongkar ditempat tenang.
Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang."

"Bila sampai waktu, kita akan bersama"

Puteri Gunung Ledang

Bagaikan Sakti, nyanyian M. Nasir dan Siti Nurhaliza

Mendengar lagu ni, Cik Suri mengenangkan cerita Puteri Gunung Ledang dan juga cerita tulisan Ramlee Awang Mursyid, Laksamana Sunan. Lebih kepada novel bertajuk "Bagaikan Puteri".

Suka sangat jalan cerita kedua-dua garapan kreatif karya ini. Sungguh berbeza daripada cerita-cerita mengarut baik di layar perak yang mengisahkan kisah mat rempit atau pun kisah cinta novel yang meruntun jiwa sehingga merasakan masih adakah kisah cinta yang sangat sadis sebegitu. 

Apapun,
Cik Suri terpaksa mengaku yang Cik Suri dulu juga merupakan salah seorang kaki novel cintan cintun yang tegar. Tapi selepas membaca "Bagaikan Puteri" minat Cik Suri lebih terarah cerita-cerita begini. Sama seperti novel "Hatiku Harajuku".

Wassalam.

BAGAIKAN SAKTI

by on July 04, 2013
Assalamualaikum Part madah M. Nasir, Cik Suri paling suka. Sungguh syahdu, tatkala mendengar butir-butir bicara yang mengasyikkan. Mena...

Ad Code

Responsive Advertisement