Assalamualaikum

Dulu cita-cita Cik Suri hendak menjadi seorang doctor. Puas belajar tapi nak buat macam mana tidak tercapai juga impian untuk menjadi doctor. Tapi saya sangat bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada saya untuk belajar dalam bidang geology. Mungkin memang Allah tetapkan bukan rezeki untuk menjadi seorang doctor, tapi bukan rezeki juga untuk menjadi geologist yang berjaya.


Entahlah. Sejak dua-tiga hari ini fikiran tidak selesa. Selalu memikirkan tentang sesuatu. Mungkin kerana Cik Suri di"suspect" menghidap penyakit itu. Jadi, mula rasa menyesal, dulu tidak serius belajar untuk menjadi seorang doctor. Mungkin dengan menjadi doktor sekurang-kurangnya dapat tau serba sedikit tentang sakit dan penyakit.  

Takut ke?!!!

Tak tahu. Cuma fikiran macam masih belum positive untuk memikirkan tentang itu. Walaupun, pernah Cik Suri memujuk hati ini "Bukan aku seorang sahaja yang sakit. Ramai lagi. Allah memilihku untuk menjadi salah seorang daripada mereka".

Kalau Cik Suri jadi doktor pun, mampukah diri ini mengubati diri sendiri. Benda macam ni memang tidak kita duga kerana semua itu ketentuan Allah. Sesungguhnya bila Allah berkata, " Kun, fa yakun". Jadi maka jadilah. Cik Suri kena ingat, setiap kejadian itu adalah atas kehendak Allah. 

Jadi, Cik Suri REDHA.
Redha dengan seikhlas hati ini.

Dan...

Ya Allah, kuatkan hati ini.

Sekadar menulis untuk tenangkan hati.

Doctor

by on February 28, 2013
Assalamualaikum Dulu cita-cita Cik Suri hendak menjadi seorang  doctor . Puas belajar tapi nak buat macam mana tidak tercapai juga impi...
Assalamualaikum

Hai...Nama saya Pok Yen. Tapi Cik Suri telah tukar name saya kepada Abe Galok. Sungguh kejam Cik Suri!!!
























Ah'ha...
Inilah dia kucing yang nakal, Mr. Pok Yen. Name dia Pok Yen sebab bulu dia berwarna oren dan juga matanya yang sama colour dengan bulu die. 

Tetapi,
Malang nasibnya, kerana Miss Suri telah menukarkan nama dia kepada Abe Galok. Kenapa? Why? Why she change my name?!!!
Padan muka mu Pok Yen. Siapa suruh galak sangat, kan dah dapat gelaran Abe Galok. Hehehehe...
Saya tukar nama dia ni bersebab tau...

Nak tau kenapa....
Sebab dia ni aktif sangat. Suka menikus. Suka acah-acah nak cakar orang. Suka kejar orang. Suka kacau orang. Suka masuk dalam selimut orang. Suka naik atas badan orang. Suka tidur dekat punggung mak kita. Suka curi ikan mak kita. Suka tidur dekat katil kakak kita. Suka kacau orang main laptop. Suka tarik tali mouse. Suka tarik tali headphone kita. Dan yang paling penting, suka cakar kaki kita yang tengah berayun atas kerusi sambil tengok cerita drama Korea Selatan. Kacau betul. Terkejut Cik Suri tau!!!

Galok kalau dalam loghat Terengganu banyak maksudnya. Biasa kita akan kata, galak tu gatal, salah satu maknanya. Satu lagi, galok bermaksud aktif, suka bermain ke hulu ke hilir dan juga bermaksud gediksss!!!
Hahaha...Pok Yen gediksss!!!

Pok Yen seekor sahaja yang masih tinggal. Asalnya, Pok Yen ini ada empat beradik iaitu Pok Yen, Pok Tam, Tompok dan Putih. Tapi, biasalah anak kucing, umur dia orang tidak panjang. Ada yang mati sebab kurus sangat. Tak cukup susu. Asyik Pok Yen minum. Kesian adik-adik dia kelaparan, Tompok dan Putih mati tidak cukup susu. Yang si Pok Tam mati sebab kecacingan. Tak tau macam mana boleh sakit kecacingan. Tapi, Pok Tam memang kurus dan kurang makan. Dia pun jarang minum susu ibu dia.

Akhirnya, tinggallah Pok Yen. Senang-lenang duduk dekat rumah. Siang tidur, malam pula kacau orang tidur. Ataupun kacau cicak dekat tingkap dapur atau ruang tamu kalau dia tidak ada kerja hendak buat. 

BOYEN, SI ABE GALOK

by on February 27, 2013
Assalamualaikum Hai...Nama saya Pok Yen. Tapi Cik Suri telah tukar name saya kepada Abe Galok. Sungguh kejam Cik Suri!!! ...
Assalamualaikum.

Rasa sekarang ni tak senang duduk kalau tak update blog. Addicted nak berblog katenyerr *ikut cara Jozan*. Kalau dulu malas bangat. Tak de idea lah…idea tetiba lesap lah time tengah update blog…kerja lagi…blablabla...!!! Macam-macam halang. Tetapi, lately ni, kalau tak bukak blog rasa lain macam jerr…hehehe *angau kut*  

Dua hari Suri cuti. Medical leave. Dua hari ni jugak lah tangan kite ni jadi mangsa suntikan. Sakit tau. Mase kena cucuk tu, memang dah tak pandang dah. Tengok arah lain. Huhu…

Hari Jumaat tu, memang saya sakit kepala. Tak tau kenapa. Ingatkan demam, tapi takde pulak panas sangat, tambahan pulak takde batuk-batuk atau selsema. Jadinya, ingatkan pening saja. Berlarutan lah sehingga hari Sabtu. Tidur pun masih rasa sakit kepala ni tau. Tapi tahan je lah, tak plan pun nak pergi klinik. Lagi satu segan dah dengan Dr. kat klinik panel tu asyik sakit dan MC aje.
Ahad tu, sakit lagi kepala ni. Dah la kena pergi kerja. Jadi, saya pun terus text dekat manager, cakap datang office lambat sikit. Mau pergi klinik dulu sebab tak sihat. Tapi petang jugaklah Suri pergi klinik. Tu pun klinik kerajaan. 1 Malaysia lagi tu. Ingatkan demam biasa-biasa je. Dah la hujan, parking kereta pulak tu jauh dari entrance. Terpaksalah redah jugak hujan tu.

Dah register bagai, tunggu giliran. Sebab case biasa je kann. Maknanye, jumpa medical assistant ajelah. Bila check punya check. Blood pressure rendah sangat. Katanya muka saya pucat, dia cuba picit kuku, pun pucat. Dia tanya sejuk ke, sebab mungkin sejuk sebab tu jadi pucat. Last, dia suggest buat blood testing.

So, kita pun terpaksalah follow dia pergi buat blood test. Tunggu result.

Tup-tup, bila tengok result dari lab tu, HB kita rendah. Below range normal. Tiga komponen rendah daripada tahap normal; HB, MCV and MCH rendah. So, MA pun transfer kita kepada Doctor yang bertugas.

Apa jadi..

Nantilah kita cerita. Kerana case Suri Suriyani ni terpaksa di bawa kepada  rujukan Specialist. Huhu…
Malu kita sebab menangis masa Dr. buat rawatan. Bukan sebab sedih, tetapi takut dan gementar. Lagi satu, Dr. sangat curious about the headache. 14 years mengalami sakit kepala sejak Suri di MRSM Balik Pulau. Apa kes?

Dan tengah tunggu result blood test yang dibuat semalam (kali kedua), atas alasan nak kena dapatkan fresh blood, maknanya darah perlu di ambil pada waktu pagi. So, result mungkin dapat awal bulan 4 nanti. Huh…lamanya.!!!

Allah tidak menguji kita, sekiranya Dia tahu kita tidak mampu dengan ujian-Nya. Kuatkan semangat!!!

HEADACHE

by on February 26, 2013
Assalamualaikum. Rasa sekarang ni tak senang duduk kalau tak update blog. Addicted nak berblog katenyerr *ikut cara Jozan* . Kalau dulu ...
Assalamualaikum...

Salam Hari Jumaat!!!

Alhamdulillah. Masih dipanjangkan nyawa dan masih bertemu hari Jumaat. Hari Jumaat kan hari yang banyak keberkatannya. Penghulu kepada segala hari. 

Marilah kita lakukan perkara-perkara sunat di hari Jumaat seperti:
  • Banyakkan membaca selawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w. Baginda s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Perbanyakkan selawat ke atasku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali". (riwayat Baihaqi)
  • Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Said meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat”. (riwayat daripada al-Nasa’i dan al-Baihaqi)
  • Memotong kuku, menggunting rambut dan misai dan sebagainya. Ingat potong kuku pun ada cara sunnahnya. Kena mulakan dari jari telunjuk tangan kiri ke jari kelingking  kiri, sambung pula dari jari kelingking kanan ke telunjuk kanan. Kemudian ibu jari kanan terus ke ibu jari kiri. Siap, dapat pahala.
  • Memakai  pakaian yang cantik dan wangi bagi lelaki. 
  • Jangan lupa amalkan zikir harian Imam al-Ghazali. Hari Jumaat banyakkan baca zikir Ya Allah sebanyak 1,000 kali.
  • Sembahyang Jumaat, untuk lelaki sahaja. Perempuan jangan pula gatal-gatal nak join *tapi masa belajar P. Islam di sekolah dulu, perempuan pun boleh solat Jumaat*. Pergi masjid di awal waktu. Baca quran banyak-banyak. Boleh dapat pahala lebih, duduk dekat-dekat dengan imam. Jangan tidur sudah masa mendengar khutbah jumaat nanti. Hehehe
Banyak lagi sunnah-sunnah di hari Jumaat yang kita digalakkan untuk amalkannya. Cuma saya dapat tulis banyak ini sahaja. Sorry...

Cik Suri tidak berapa sihat sangat hari ini. Tadi bangun tidur, badan panas lain macam. Demam agaknya. Tapi paksa jugak bangun awal sebab Jumaat pun kena pergi kerja. Malas juga untuk pergi kerja sebenarnya. Huhuhu 😢😢

Sekarang ini dekat office pun malas buat kerja. Boleh pula curi tulang update blog. Maklumlah bos belum naik ke office lagi. Minggu depan bos kita baru akan balik Malaysia. 

Tak suka...tak suka. Cakap berbelit-belit. Maklumlah rakyat India. Mat toleh bulu ketiak kuning pun cakap tidak berbelit melingkar macam dia. Jangan tidak disangka, saya adalah musuh dia di Malaysia ini. Kenapa? Sebab dia tu cakap pandai, kerja tidak buat, kemudian sesuka hati hendak mengarah orang mana yang dia suka. 
Poodahhh!!!*sakit hati haku*

Eh, sempat lagi hari Jumaat marah-marah dan kutuk-kutuk "manager" sendiri. 

Assalamualaikum.
Assalamualaikum

"Guru-guru diingatkan jangan marah, denda, rotan atau mengambil tindakan disiplin jika murid tidak buat kerja sekolah atau tidak mahu belajar. Penjaga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap guru jika berbuat demikain"



Jangan main-main tau. Sekarang ni ibu bapa boleh ambil tindakan undang-undang sekiranya cikgu denda, marah atau rotan anak mereka atas sebab tak buat kerja sekolah atau tak nak belajar. Amboi, besar kuasa ibubapa nih. Nak anak depa pandai atau dop nih. Naik lemak lah budak-budak nanti. Cikgu pukul sikit kena saman. Cikgu rotan sikit dah kena masuk jail. Kesian kau cikgu. Nasib cikgu zaman sekarang lah.

Kalau macam nih, ape guna profesion perguruan diwujudkan. Apa fungsi jawatan cikgu diadakan. Bukankah ia diwujukan atas kerana untuk mendidik anak-anak kita. Ibubapa zaman sekarang confirm-confirm dah tak sempat nak didik anak. Balik dari kerja pun belum tentu leh jenguk anak atau tak. Untung-untung, anak dah tidur. Jadi, bagaimana ibubapa ni ada masa untuk melihat pelajaran anak-anak dia.

Dulu ingat la zaman-zaman saya sekolah. Selalu kena ugut dengan parents kalau malas belajar, mak nak report dekat cikgu. Hah...betapa pentingnye peranan cikgu zaman tu. Cikgu yang marah kite weii...bukan mak kite. Cikgu nak pukul, pukul lah, jangan sampai mati sudah. Janji anak kite pandai. Ingat lagi, itu kate-kate mak ayah saya. Betapa diorang nih meletak harapan pada cikgu supaya mendidik anak-anak. Hendak nya anak-anak berjaya. Tak masuk uni. pun takpe, janji perangai elok, jadi orang budiman.

Dibandingkan zaman millenium nih, anak-anak dah banyak terdedah pada perkara-perkara negative. Kau bukak je internet tu, macam-macam kau dapat. Baik ada, tak baik berlambak-lambak. Pilih jer mane kau nak. Telefon bulih rakam macam-macam. Tengoklah, banyak mane kes sosial anak-anak zaman sekarang nih. Fenim-fenim. Tu lah fungsi cikgu, untuk pantau diorang. Activities siang anak-anak. Ibubapa confirm-confirm sibuk bekerja. Lainlah, ibu kita zaman dulu-dulu. Diorang tak keje, masih ade mase nak didik, tengok-tengokkan anak-anak.Kalau lah cikgu tak leh nak sentuh langsung, bertambah rosaklah. Tak ade sape leh tegur mane yang baik, mane yang tak baik. Mana yang boleh kite buat, mane yang tak bulih kite buat.

Nasiblah. Hendak buat macamana. Itu pilihan kita. Kalau kita mahu anak-anak kita berjaya, let it to cikgu to do their job, but in the same time, kite pun kena main peranan jugaklah sebagai parents. Jangan 100% let it to cikgu. Had cikgu hanya di sekolah, dan selebihnya milik ibubapa untuk melihat dan mendidik anak mereka sendiri. Kedua-duanya, saling bergantung, demi membina anak-anak yang cemerlang masa depannya.

 Pengalaman di sekolah adalah kenangan yang paling indah bagi saya. Banyak benda yang saya belajar, baik daripada guru-guru mahupun kawan-kawan. Dan, saya selalu teringin mahu kembali ke zaman sekolah. Kerana ia adalah sesuatu yang paling indah.





Saya sayang cikgu saya, saya sayang mak ayah saya dan saya sayang kawan-kawan saya.

Wassalam...\(^_^)/

GURU ATAU PENJAGA

by on February 21, 2013
Assalamualaikum "Guru-guru diingatkan jangan marah, denda, rotan atau mengambil tindakan disiplin jika murid tidak buat kerja seko...

Ad Code

Responsive Advertisement